✨39✨

532 52 8
                                    

Lino keluar dari biliknya menuju ke dapur. Dia telah bersiap siap untuk ke tempat kerja. Sampai sahaja di dapur, dia terlihat bekas tunangnya cuba membuat sarapan.

"Pft- bukannya dia pandai masak pon" Bisik hati Lino.

"Kau buat apa?" Soal Lino pura pura tak tau.

"Ahh...i cuba buat sarapan tapi macam yang u tau i ni mana pandai masak" Kata Momo sambil menggaru telinganya.

"Tapi i ada buat roti bakar. U makan lah hehe" Sambung Momo dengan wajah polos.

"Takpe lah. Aku makan dekat office je. Kau buat je lah rumah ni macam rumah sendiri. Just jangan masuk bilik aku" Kata Lino sebelum berlalu pergi.

Senyuman Momo yang polos tadi hilang selepas kelibat Lino tidak lagi kelihatan. Dia mengetap gigi sambil mengeluh kasar.

Lino berjalan menuju ke keretanya. Mindanya merawang ke masa lalu dia bersama Jisung.

Lino terjaga dari lena. Dia menepuk tilam untuk memeluk seseorang. Mata Lino terus segar apabila merasakan Jisung tiada di sebelahnya.

Dia terus bangun dan mencari Jisung di dalam bilik mandi. Kosong. Lino terus turun ke bawah untuk mencari Jisung di ruang tamu namun tiada. Sampai sahaja di dapur dia ternampak Jisung sedang memasak sarapan. Lino menghembus nafas lega. Sikit sahaja lagi dia ingin mengamuk.

Lino menghampiri Jisung. Baru sahaja dia ingin memeluk Jisung secara tiba tiba Jisung pusing kebelakang sambil tangannya memegang pisau. Lino terus mengundur ke belakang untuk mengelak dari terkena pisau. Dia tidak dapat mengimbangkan badan dan terus terjatuh. Terbuntang mata Jisung melihat Lino.

"Aduh" Lino mengaduh kerana punggungnya terhentak dengan kuat. Jisung meletakkan pisau sebelum mendekati Lino.

"Awak ok tak? Tu lah kenapa tak tegur awal awal. Kan dah kena macam ni" Bebel Jisung. Lino hanya pasrah. Sudah lah dia sedang sakit boleh pula Jisung membebel.

"Ala orang nak bagi surprise je" Kata Lino sambil memuncungkan bibirnya. Perlahan dia bangun dengan bantuan Jisung. Punggungnya digosok kerana sakit. Jisung membantu Lino ke arah meja makan.

"Tu lah lain kali nak bagi surprise tengok juga keadaan. Nasib sempat elak. Kang tak pasal pasal saya dituduh nak bunuh awak" Bebel Jisung. Lino terus menutup mulut Jisung.

"Okay okay. Sorry okay? Dah jangan bebel lagi. Awak masak apa?" Soa Lino mengubah topik. Tidak sanggup dia ingin mendengar Jisung membebel lagi.

"Nasi goreng kimchi" Kata Jisung. Lino mengangguk.

"Pandai ke masak?" Soal Lino. Jisung memuncungkan bibirnya.

"Eh mestilah pandai. Awak je yang tak tau" Kata Jisung. Lino tergelak kecil.

Lino tersenyum kecil mengingati kejadian tersebut. Namun, senyumannya mati apabila teringat gambar Jisung yang dia terima.

Lino hanya mengabaikan fikirannya lalu masuk ke dalam kereta menuju ke pejabatnya.

*****

"Han Jisung! Kau makan sekarang! Aku taknak nanti orang tua tu bebel kat aku!" Marah Changbin. Suka hati dia je panggil Chan tua.

"Kau ni Binnie! Janganlah garang sangat. Dia tengah sakit tu. Kan baby kan??" Gurau Felix sambil mencubit perlahan pipi Jisung.

Sejujurnya Jisung tak tau dia sebenarnya di jaga oleh kawan Bangchan atau orang gila-

"Please Han. Makan ok? Tak banyak pon. Sikit je jadi lah. Cukup untuk alas perut buat kau makan ubat" Kata Bangchan kali ini dengan menggunakan nada yang lembut.

Jisung mengangguk sahaja. Kesian pula dia tengok. Orang tu dah penat penat masak untuk dia, takkan dia mahu menolak.

Changbin tersenyum melihat Jisung. Bubur yang masih panas itu ditiup sebelum masuk kedalam mulut Jisung.

Cukup sekadar tiga suap, selera Jisung hilang. Semua makan yang dia makan terasa pahit. Tekaknya perit untuk menelan makanan.

Felix disebelah sudah bersedia dengan ubat dan segelas air.

Jisung mengambil ubat di tangan Felix lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Felix menghulurkan gelas air untuk memudahkan Jisung menelan ubat tersebut.

Setelah selesai makan ubat, Changbin membaringkan Jisung semula. Selimut dibawa naik sehingga ke dada Jisung.

"Thanks" Kata Jisung dengan perlahan. Felix tersenyum gembira manakala Changbin hanya mengangguk.

"And thanks sebab kau sanggup makan walaupon aku tau kau takde selera" Kata Changbin kepada Jisung. Jisung hanya tersenyum kecil lalu mengguk perlahan.

"Dekat meja lampu tu ada butang emergency for you. Chan hyung yang sediakan. So if you need anything, just tekan je button tu and one of us akan datang" Kata Felix. Jisung sekali lagi mengangguk.

"Thanks again korang" Kata Jisung. Kedua dua mereka hanya mengangguk sambil tersenyum sebelum meminta diri untuk beredar.

Jisung memerhatikan mereka keluar sebelum mengambil keputusan untuk tidur.

[C] Forbidden Love || Minsung ✓Where stories live. Discover now