✨14✨

800 50 0
                                    

Pagi ini Han Jisung terbangun lewat kerana alarmnya itu tidak berbunyi. Jisung segera berlari mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi.

*****

Turun sahaja dari bilik, Jisung terserempak dengan Lino yang sedang berbaring di atas sofa sambil earphone berada di telinganya dengan mata terpejam. Dia tidur ke?

Jisung mendekati diri Lino. Badan Lino digoncang sambil mulutnya memanggil nama Lino. Lino terus membuka matanya lalu tersenyum apabila melihat Jisung di hadapannya.

"Kenapa?" Soal Lino lalu mencabut earphone yang berada di sebelah kiri. Lino bangun dari pembaringannya memberi ruang kepada Jisung untuk duduk.

"Ingatkan awak tidur tadi" Kata Jisung. Lino tersengih.

"Baru bangun ke?" Soal Lino. Jisung menggumam sambil mengangguk.

"Buat apa?" Soal Jisung. Lino kembali baring di atas sofa. Dia menarik Jisung untuk berbaring bersamanya. Kini Jisung berada tepat di atas badannya. Kepala Jisung tepat tepat di dada Lino.

Earphone yang di cabut tadi diletakkan di telinga Jisung. Lagu yang bertajuk OMG dari USHER berkumandang di telinga mereka berdua.

"There's so many way to love ya" Bisik Lino di telinga Jisung. Dia terus memeluk badan Jisung. Matanya terus terpejam.

"Why do you love me?" Soal Jisung. Lino yang terpejam terus membuka matanya. Dia tidak tahu hendak bagaimana memberi jawapan. Terlalu banyak. Terlalu banyak sebab kenapa dia mencintai Jisung.

"There's too many reasons why i love you" Jawab Lino tenang. Jisung mengangkat wajahnya memandang Lino. Dia melihat mata Lino yang kelihatan berwarna hazel jika dilihat dari dekat.

"Salah satu nya?" Soal Jisung. Lino tersenyum.

"Because you're cute" Kata Lino.

"Seriously?" Soal Jisung tidak berpuas hati dengan jawapan Lino. Lino tertawa kecil mendengar rungutan Jisung.

"Perlu ke ada sebab untuk kita mencintai seseorang?" Soal Lino. Jisung memandang Lino lama. Bibir Lino dicium sekilas. Lino kelihatan terkejut dengan perbuatan Jisung.

"I love you" Bisik Jisung perlahan cukup buat dirinya dan Lino sahaja yang dengar.

"Why you love me?" Soal Lino. Jisung tersengih.

"Because i love you" Kata Jisung lalu ketawa kecil. Lino mencuit hidung Jisung dengan jari telunjuknya.

"Then. I love you too because i love you" Kata Lino. Jisung mengerutkan dahinya.

"Merepek" Kata Jisung. Lino hanya ketawa. Dia sendiri pon tidak faham dengan ayatnya sendiri.

Lino membaringkan kepala Jisung di dadanya.

"Dengar tak?" Soal Lino. Jisung mengangguk. Jantung Lino. Berdegup laju. Sangat laju.

"Awak sakit ke Lino?" Soal Jisung. Kenapa jantung Lino berdegup laju?

"Haah. Saya sakit" Kata Lino. Jisung terus mengangkat wajahnya. Wajah Lino ditelek Jisung sepuasnya.

"Awak sakit apa Lino?" Soal Jisung risau. Lino tersenyum.

"Saya sakit sebab ada orang dah curi hati saya" Kata kata Lino berhenti seketika. Jisung hanya memandang Lino menunggu Lino menghabiskan kata katanya itu.

"Dan orang tu ada depan saya sekarang" Kata Lino. Jisung terus menjatuhkan wajahnya di bidang dada Lino semalu. Pipinya berona merah mendengar ayat Lino.

"Cheesy lah dia ni" Kata Jisung malu. Lino hanya ketawa. Tak sangka pickup line nya itu menjadi.

"I'll always love you. And promise me that you'll never leave me" Kata Lino. Jari kelingkingnya di angkat untuk membuat pinky promise. Jisung menganggukkan kepalanya. Jari kelingkingnya kini berpaut pada jari Lino tanda dia berjanji.

"Yagsog" Kata Lino. Jisung mengangguk.

"Ermm yagsog" Kata Jisung sambil tersenyum. Mereka berpelukan di atas sofa sehingga tertidur.


Ok kita bagi happy ii dulu. Chil ii dulu

[C] Forbidden Love || Minsung ✓Where stories live. Discover now