✨46✨

420 41 0
                                    

Jisung, dan Felix berada di dapur menunggu Bangchan dan Changbin. Jisung masih lagi seperti biasa, tiada selera untuk makan.

"Now Jisung. Kau kena habiskan makanan ni and aku akan bagi kau cheesecake sebagai hadiah" Pujuk Felix atau lebih kepada arahan.

Mata Jisung kelihatan bersinar apabila mendengar perkataan cheesecake.

"No ubat?" Soal Jisung masih lagi dengan mata yang membulat dan ceria.

Felix memandang Jisung serba-salah. Orang dah happy tapi nak buat macam mana. Dia kena juga cakap-

"No! Ubat still kena makan" Kata Felix dengan tegas. Jisung yang tadinya ceria kini berubah murung.

Sinar di dalam matanya hilang dan bibirnya melengkung ke bawah.

"I'm sorry baby but ubat still kena makan" Kata Felix sambil tersenyum.

"Aku dah sihat lah-" Belum sempat Jisung ingin menghabiskan ayatnya, dia terus terbatuk kering. Felix mengangkat kening bahagian sebelah sahaja.

"Sihat? Bagitau aku sihat kau tu dekat mana?" Guru Felix. Jisung menjeling Felix merajuk.

"Ala batuk sikit je" Jisung memuncungkan bibirnya.

Pada masa itu juga lah Bangchan dan Changbin balik. Kedua-duanya bergerak ke dapur dalam keadaan lapar.

"Hyung pergi mana tadi?" Soal Felix kepada Changbin. Tapi tu lah. Bangchan yang terasa.

"Hyung...kerja?" Jawab Bangchan lebih kepada menyoal. Takkan Felix tak tau dia pergi kerja.

Tergamam Felix apabila mendengar balasan Bangchan.

"I mean...Changbin hyung. Hmm Changbin hyung pergi mana-" Felix berkata sekali lagi. Bangchan hanya mampu meng'oh'kan sahaja. Malu la teuw-

"Keluar ambil angin" Jawab Changbin dengan bersahaja. Takkan dia nak cakap dia jumpa Hyunjin.

Nanti Jisung tanya pula memandangkan Hyunjin berlagak seperti tidak kenal Minho.

"Ouhh- eh duduk lah makan. Lix dah lapar. Jisung pon dah lapar, kan?" Soal Felix sambil memandang Jisung.

Jisung yang mendengar namanya disebut itu ternganga. Dia selera makan pon takde, macam mana pula boleh lapar?

"Erk- ha'ah-" Jisung memandang makanannya semula.

Akhirnya Changbin dan Bangchan duduk di meja makan itu dan bersedia untuk makan.

Tiba-tiba Jisung mengeluarkan batuk yang kuat. Tangannya digunakan untuk menutup mulutnya.

Terasa bagaikan ada cecair yang melekit di tangannya segera dia melihat tapak tangannya itu.

Darah.

Jisung terus berlari ke singki sambil terbatuk-batuk.

"Jisung-" Panggil Bangchan panik. Mereka bertiga bergerak ke arah Jisung yang berada di sinki.

Beberapa tompok darah terlihat di dalam sinki. Mata Felix berlinang dengan air mata melihat keadaan Jisung.

Jisung memegang dadanya yang terasa sakit bagaikan ada yang mencengkam dadanya itu.

Jeritan terkeluar dari mulut Jisung kerana sakit yang di alami oleh dirinya itu.

Changbin sedang menghubungi pihak hospital untuk menghantar bantuan dengan segera.

Jisung merasakan nafasnya seperti tersekat-sekat. Batuknya masih lagi tidak berhenti serta darah yang keluar dari mulutnya dengan banyak.

"Jisung please-" Bangchan menggosok belakang badan Jisung dengan harapan Jisung bakal kembali tenang.

Niat mereka untuk makan serta merta dilupakan apabila mendengar Jisung batuk.

Felix masih lagi menangis melihat kawan baiknya merangkap kembarnya itu dalam keadaan yang terseksa seperti ini.

"Hyung, bawa Jisung masuk dalam kereta. Aku tak rasa ambulan boleh sampai cepat" Kata Changbin.

Bangchan mengangguk lalu mencempung badan Jisung ke arah kereta. Changbin menenangkan Felix lalu membawanya ke kereta.

Jisung masih lagi menggenggam dadanya yang sakit. Dia terasa sukar untuk bernafas.

Bangchan dan Jisung berada di tempat duduk belakang dengan keadaan Jisung berbaring di atas peha Bangchan.

Manakala Felix di tempat duduk penumpang dan Changbin di tempat pemandu.

Dengan pecutan yang laju, Changbin memandu kereta itu menuju ke hospital yang terdekat.

"H-hh- Hyu- hyung...Sa-sakit hh-hy-hyung" Kata Jisung dengan tersekat-sekat kerana cuba untuk menarik nafas.

Bangchan membuka kancing baju Jisung memandangkan Jisung sedang memakai baju kemeja.

Diurutnya dada Jisung dengan perlahan. Semoga ianya berkesan sehingga mereka sampai ke hospital.

Tidak sampai 5 minit, mereka telah tiba di hadapan hospital. Felix membukakan pintu untuk Bangchan manakala Changbin berlari memanggil bantuan dari doktor dan jururawat.

Jururawat dan doktor berlari sambil membawa katil roda. Bangchan meletakkan Jisung di atas katil tersebut.

Bantuan alat pernafasan di letakkan di bahagian mulut dan hisung Jisung untuk memudahkannya mengambil oksigen.

Felix masih lagi menangis sambil memeluk Changbin.

Mereka bertiga bergerak ke wad kecemasan menanti khabar dari doktor.

Semoga sahaja berita yang bakal mereka terima itu berita baik. Sesungguhnya mereka tak sanggup untuk mendengar berita buruk.

Bangchan masih lagi dalam dilema untuk menghubungi Minho atau tidak. Dia ragu-ragu dengan apa yang bakal Minho balas.

Adakah balasan yang baik? Atau mungkin balasan yang buruk?

Jadi dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja.








[C] Forbidden Love || Minsung ✓Where stories live. Discover now