✨33✨

612 51 3
                                    

"Hyung! Jom jalan jalan" Ajak Jisung. Dia terlampau bosan duduk di atas katil tanpa buat apa apa. Sudah lah telephonenya di rumah  Lino.

Bangchan yang sedang bermain telephone terus memandang Jisung.

"Han nak pergi mana? Kan doktor dah cakap yang Han tak boleh bergerak sangat. Luka kat tempat tu pon tak baik lagi" Bebel Bangchan. Jisung memuncungkan bibirnya.

"Ala Han bosan lah. Lepastu hyung main phone tak layan Han" Kata Han. Dia cuba untuk membuat Bangchan setuju dengan cadangan dia.

Bangchan tersengih serba salah. Bangchan menggaru kepalanya.

"Sorry lah" Kata Bangchan sambil tersengih.

"Ermm ok hyung pergi minta wheelchair dekat nurse dulu tau. Han jangan pergi mana mana" Kata Bangchan. Jisung mengangguk sambil tersenyum gembira.

Akhirnya dia boleh bergerak. Punggung dia dah kebas duduk lama sangat atas katil tu.

Tak lama kemudian, Bangchan kembali ke wad Jisung sambil menolak kerusi roda.

"Come" Bangchan menghulurkan tangan. Jisung mencebik tetapi tetap menyambut huluran Bangchan.

"Hyung ni layan Han macam budak kecik pula" Kata Jisung. Bangchan tersengih lalu mengusutkan rambut Jisung.

"Han memang budak kecik pon" Kata Bangchan lalu menolak kerusi roda Jisung.

Dia membawa Jisung melihat persekitaran hospital tersebut.

"Hyung. Kita berhenti dekat taman tu jom!" Cadang Jisung apabila melihat taman yang dipenuhi dengan bunga dan juga kanak kanak yang berlari lari.

Bangchan membawa Jisung ke taman tersebut. Dia duduk di kerusi yang terdapat di taman itu manakala Jisung diletakkan di tepinya.

"Hyung" Panggil Jisung. Bangchan hanya mneggumam sambil melihat kanak kanak yang sedang bermain dengan gembira.

"Kenapa Lino benci Han?" Soal Jisung sambil menundukkan kepalanya. Gelang ditangannya diperhatikan.

Bangchan menggenggam tangan Jisung untuk memberikan semangat.

"Lino bukan benci Han. Cuma...dia salah faham" Kata Bangchan. Air mata Jisung jatuh ke tangan Bangchan.

Badan Jisung terus dipeluk. Teresak esak Jisung menangis.

"Tapi kenapa? Han tak buat apa apa pon. Kenapa dia sanggup buat Han macam tu?" Soal Jisung sambil menangis di bahu Bangchan.

Belakang badan Jisung diusap perlahan.

"Jangan risau. Hyung akan cuba buat korang berbaik. Tapi buat masa ni, biar dia jauh daripada Han dulu" Kata Bangchan lalu melepaskan pelukan.

Air mata Jisung dikesat oleh Bangchan.

"Bila Han boleh keluar?" Soal Jisung. Dia terus menukar topik  tidak mahu topik ini menjadi perbualan mereka.

"Kenapa Han tanya?" Soal Bangchan.

"Han nak ambil barang. Lepasni kan Han akan tinggal kat rumah hyung" Kata Jisung.

Dia tidak mampu. Tukarlah topik macam mana pon, ianya tetap akan kembali pada Lino.

Kenapa? Kenapa dia sanggup buat macam tu pada orang yang dia sayang?

'Kenapa kau buat aku macam ni Lino. Lepas aku dah sayang kau. Cintakan kau. Kau tinggalkan aku. Kau benci aku. Apa salah yang aku buat?' bisik hati Jisung.

"Han!" Jerit Bangchan. Jisung tersentak apabila mendengar jeritan Bangchan.

"Han ok tak ni?" Soal Bangchan.

"O- ok je. Kenapa? Ani- hyung cakap apa tadi?" Soal Jisung gelabah. Bangchan tersenyum kecil.

"Hyung cakap Jisung boleh keluar dari sini lepas luka tu dah sembuh" Kata Bangchan.

"Ouh" Jisung menganggukkan kepalanya.

"Jom lah hyung. Han penat lah" Kata Jisung.

"Aik- duduk pon penat?" Soal Bangchan. Jisung tersengih.

"Ok jom lah. Kejap lagi Han kena makan ubat" Kata Bangchan.

"Ala kalau tak makan tu tak boleh ke?" Soal Jisung. Bangchan menggelengkan kepalanya.

"No! Han kena makan ubat. Kalau tak macam mana nak sihat?"

"Ye lah"






A/n : lepasni aku akan hargai kau lebih wahai Lino.
Lino : kalau macam tu kau kena buat aku jadi baik semula
A/n : ......
A/n : itu nanti lah-
Lino : yahhh!!

[C] Forbidden Love || Minsung ✓Where stories live. Discover now