Pada pagi hari Jisung terjaga dari lena. Dia melihat jam di atas meja kecil tepi katilnya itu.
"Eo dah pukul 9?" Soal Jisung tidak percaya. Dia segera bangkit dari katil dan ternampak Lino masih lagi lena. Segera Jisung mengejut Lino.
"Awak bangun lah. Tak pergi kerja ke?" Soal Jisung sambil menggoncangkan lengan Lino. Lino hanya mengguman kerana masih lagi mengantuk. Dia menarik Jisung untuk berbaring di sebelahnya. Terjerit kecil Jisung apabila badannya ditarik dengan mudah. Lino tersenyum kecil.
"Ish awak bangunlah" Rungut Jisung. Lino terus meletakkan jarinya pada mulut Jisung.
"Harini cuti sayang. Bagilah suami awak ni berehat sekejap" Kata Lino lalu tangannya memeluk badan Jisung.
"Eee sapa entah nak jadi isteri dia" Kata Jisung. Lino membuka sebelah matanya memandang ke arah Jisung.
"Kenapa? Taknak ke?" Soal Lino. Jisung terus menggeleng.
"Ok kalau taknak takpe. Saya jual je lah awak. Senang. Saya pon dapat duit" Kata Lino sengaja mengacau Jisung. Dia terus menutup mata tanpa melihat Jisung. Jisung yang mendengar kata kata Lino terus terbuntang matanya.
"Aa...awak jangan lah. Ss...saya janji akan dengar cakap awak. Tapi please jangan jual saya" Kata Jisung dengan mata yang bertakung. Tak dapat dibayangkan Jisung jika Lino tidak bermain dengan kata katanya. Lino hanya memejam mata tanpa melihat Jisung.
"Awak jangan lah macam ni. Ok saya jadi isteri awak" Kata Jisung. Air matanya masih lagi ditahan.
"Siapa entah nak jadi suami dia" Kata Lino seperti dingin. Sengaja membalas dendam.
"Awak...." Air mata Jisung terus terjatuh. Lino membuka sebelah matanya. Wajah terkejut ditayangkam apabila melihat air mata Jisung. Lino terus bangun dari pembaringan. Badan Jisung ditarik supaya terduduk sama.
"Heyy kenapa ni?" Soal Lino cemas. Salah sendiri pon nak tanya. Bodohlah kau Lino. Jisung hanya diam. Badannya terhincut kerana menahan esak tangisnya itu.
"Hey hey i'm sorry okay. Saya gurau je lah" Kata Lino lantas menarik Jisung ke dalam pelukannya. Kepala Jisung berada tepat di bidang dada Lino. Tangan Jisung terus memukul Lino sambil menangis. Lino mengusap rambut Jisung sebelum mencium lembut kepala Jisung.
"Kalau ye pon hiks...gurau jangan lah macam tu" Kata Jisung dengan tersedu sedan disebabkan tangisannya itu.
"I'm sorry okay? Saya janji takkan gurau macam tu lagi. Sorry okay" Kata Lino lalu tersenyum lembut. Jisung hanya mengangguk. Lino terus menarik Jisung untuk berbaring semula.
"Dah saya mengantuk. Teman saya tidur" Kata Lino. Jisung tersenyum sebelum mengangguk. Lino memejamkan mata semula. Jisung mengusap lembut rambut Lino sambil tersenyum sebelum matanya terpejam. Selesa apabila berada dalam pelukan Lino.
*****
Jisung memerhati Lino yang masih lagi memejamkan matanya. Nyenyak betul dia tidur. Jisung bermain dengan bulu mata Lino yang panjang itu sebelum Lino memegang tangannya secara mengejut.
"Dah puas?" Soal Lino. Jisung terkaku apabila perbuatannya disedari oleh Lino.
"Aw..awak dah bangun?" Soal Jisung. Lino tersenyum kecil.
"Hmmm sebelum awak bangun lagi saya dah bangun" Kata Lino. Terbuntang mata Jisung mendengar apa yang dikatakan oleh Lino. Lino tersengih melihat reaksi Jisung.
"Dah saya nak mandi. Nanti siap siap kita makan dekat luar je" Kata Lino lalu bangun dari pembaringannnya. Jisung hanya mengangguk. Dia memerhati Lino mengambil tuala sehinggalah Lino hilang dari pandangannya. Jisung menghembus nafas lega. Macam mana boleh kantoi tadi?
I have no idea...sorry ok😌
YOU ARE READING
[C] Forbidden Love || Minsung ✓
Randomlee minho × han jisung Cinta itu buta. Buta sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Pada mulanya perasaan itu tidak pernah hadir. Namun apabila perasaan cinta itu hadir pasti akan muncul orang ketiga untuk menguji adakah...