Pagi itu, Lino memasak sarapan pagi. Tetapi setelah selesai memasak dia segera masuk ke dalam bilik untuk mandi. Sempat dia meminta Jisung untuk menyediakan sarapan. Jisung hanya patuh tanpa membantah.
Selesai segala urusan, Lino turun dengan tangan yang masih lagi membetulkan tali lehernya. Jisung yang terperasan segera bergerak ke arah Lino. Tangan Jisung ligat membetulkan tali leher Lino agar kelihatan kemas. Lino hanya tersenyum. Jisung menepuk nepul bahu Lino agar tiada habuk.
"Ok done. Jom breakfast" Kata Jisung. Lino mengangguk. Langkah mereka di atur ke arah dapur untuk menikmati hidangan.
*****
"Sayang. Saya tak boleh lama ni. Ada meeting mengejut" Kata Lino sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Jisung hanya mengangguk. Lino mencapai air teh panas yang dibuat oleh Jisung. Air teh itu dihirup perlahan.
Selesai bersarapan Lino terus bangun. Dia bergerak ke arah Jisung lalu mencium bibir Jisung sekilas secara mengejut. Lino tersenyum.
"Bye. Saya pergi dulu" Kata Lino. Jisung mencium pipi Lino.
"Pipi je? Ni taknak?" Soal Lino sambil menunjukkan bibirnya.
"Gatal eh. Dah pergi cepat. Nanti lambat nak pergi kerja" Arah Jisung. Lino memuncungkan bibirnya.
"Ok lah. Pergi dulu. Kalau Hyunjin datang ajak lah dia sarapan sekali. Tau" Kata Lino. Jisung hanya mengangguk.
"Bye" Kata Lino. Sekali lagi bibir Jisung dicium sekilas. Jisung hanya tersenyum melihat Lino. Dia memerhati sosok tubuh Lino sehingga hilang dari dapur.
Lino membuka pintu untuk keluar dari rumah. Buka sahaja pintu dia ternampak Hyunjin yang baru sahaja sampai dengan sebuah teksi.
"Eo Hyunjin" Kata Lino sambil tersenyum. Hunjin tersengih. Dia menunduk hormat ke arah Lino.
"Tuan dah nak pergi kerja ke?" Soal Hyunjin. Lino tersenyum nipis. Sudah berkali dia mengarahkan Hyunjin supaya berhenti memanggil dirinya dengan pangilan itu. Namun pemuda itu tetap berdegil sehingga dia berasa penat untuk menegur.
"Ye saya nak pergi kerja" Kata Lino. Hyunjin mengangguk sambil tersenyum.
"Hati hati memandu" Kata Hyunjin sopan. Lino tersenyim kecil.
"Baik" Kata Lino.
"Ahh Jisung ada dekat dapur. Pergi lah join dia sarapan. Alas perut sebelum mulakan kelas" Arah Lino. Hyunjin mengangguk sambil menggumam.
"Baik tuan. Saya pergi dulu" Kata Hyunjin. Lino mengangguk sebelum berlalu ke keretanya. Pagar rumahnya terbuka secara automatik. Hyunjin memerhati dari pintu masuk sehingga kereta Lino menghilang. Hyunjin masuk ke dalam rumah untuk menyertai Jisung di dapur.
"Hello boss...ada seorang lelaki datang rumah dia...ye lelaki dan pakaian seperti seorang pengajar...baik boss" Kata seorang lelaki di dalam sebuah kereta. Dia hanya memerhati dari jauh agar dirinya tidak menjadi perhatian.
"Dah jalan" Kata lelaki tersebut. Kereta tersebut hilang dari persekitaran rumah Lino.
Konflik bakal tiba guys. Dan pertumpahan air mata bakal tiba. Just wait and see *wink*
YOU ARE READING
[C] Forbidden Love || Minsung ✓
Randomlee minho × han jisung Cinta itu buta. Buta sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Pada mulanya perasaan itu tidak pernah hadir. Namun apabila perasaan cinta itu hadir pasti akan muncul orang ketiga untuk menguji adakah...