Changbin dan Felix meraung di pemakaman itu setelah semua orang pergi dari situ.
Changbin dan juga Felix menangis tanpa henti. Orang yang mereka sayang sudah pergi. Pergi jauh dari dunia ni. Dunia yang terlalu kejam untuk dirinya.
Bangchan di sebelah hanya berdiri sambil menahan air matanya mengalir. Bibirnya bergetar dengan kuat menyebabkan dia terpaksa menggigit bibirnya untuk menahan getaran.
Changbin menangis sambil merehatkan kepalanya di atas kubur yang masih baru itu. Felix juga turut menangis sambil tangannya diletakkan di atas batu yang mempunyai nama si mati sambil sebelah tangannya lagi menggosok belakang badan Changbin.
Minho hanya memerhati dari jauh dengan raut wajah yang kosong. Tiada emosi dalam dirinya.
Bangchan cuba untuk membawa Changbin dan Felix berdiri namun tidak berhasil.
Akhirnya, dirinya juga jatuh terduduk dan menangis sepuas-puasnya.
Minho akhirnya memberanikan diri bergerak ke arah mereka bertiga yang sudah terduduk tidak berdaya.
"Kenapa? Kenapa kau kena pergi? Tak cukup ke apa yang kitorang bagi kat kau sampai kau pergi jumpa family kau?" Soal Changbin masih lagi dengan tangisan.
Minho berdiri di belakang Changbin lalu dia duduk melutut di sebelah Changbin dengan perlahan.
"Bin. Jangan lah macam ni. Nanti roh dia tak tenang" Minho cuba memujuk Changbin.
"Kau tak tau hyung!! Kau tak ada dekat tempat dia waktu dia sakit!! Kau tak rapat dengan dia macam kitorang rapat dengan dia!!" Marah Changbin.
Minho menunduk kemudian menatap Changbin kembali. Dia kemudian tersenyum lemah lalu air mata Changbin dilap dengan ibu jarinya.
"Aku tau tu. Aku tau aku ni teruk. Tapi please jangan menangis macam ni. Nanti roh dia tak tenang" Kata Minho dengan nada menggigil.
Dia hampir menangis tetapi dia perlu menahan segala emosi yang dia ada. Semua ini salah dirinya juga kerana mempercayai orang lain.
Minho membawa Changbin ke pelukannya. Changbin menangis ketika berada di pelukan Minho.
Minho memandang ke arah Bangchan dan Felix lalu memanggil mereka untuk memberikan pelukan juga.
Minho kemudiannya melepaskan pelukan tersebut. Dia memandang wajah sabatnya itu satu-persatu. Senyuman tawar dihadiahkan kepada mereka.
"Kita balik ye? Nanti bila-bila masa kita boleh datang sini" Pujuk Minho.
Mereka semua banguj bersama-sam namun Bangchan menghentikan pergerakan Minho.
"Kau duduk je lah Min. Aku tau kau tak sempat nak cakap apa-apa sebab kitorang" Kata Bangchan sambil tertawa hambar.
Minho menganggukkan kepalanya. Dia hanya memerhatikan kawan-kawannya itu meninggalkan kawasan pemakaman itu.
Minho kemudiannya terduduk. Air matanya mengalir dengan laju.
Dia menyentuh gambar si mati lalu diusap dengan lembut. Gambar si mati itu ditatap lama.
Masih lagi tiada kata-kata yang keluar dari mulutnya. Hanya air mata yang mengalir tanpa henti.
Minho akhirnya cuba untuk memulakan bicara. Lidahnya terasa kelu. Tekaknya terasa kering.
"I'm sorry" Itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut Minho. Dan perkataan itu juga lah yang dia ulang berkali-kali.
"I'm sorry. Aku minta maaf sebab tak percayakan kau. Aku minta maaf untuk segala-galanya. Aku tau aku banyak dosa dekat kau" Kata Minho lalu dia menangis kembali.
Dia mampu untuk berlagak kuat dihadapan kawannya itu namun dirinya tersangat lah lemah.
Dia mampu menahan air mata di hadapan semua orang, namun dirinya terap akan menangis apabila sendirian.
"Aku harap sekarang kau dah jumpa family kau dekat sana. Mesti korang happy kan?" Bibir Minho kelihatan bergetar.
Habis sahaja ucapan itu, dia terus menggigit bibirnya perlahan untuk mneghilangkan getar. Dia tak boleh menangis. Semua ni salah dirinya juga.
"Aku harap kau tenang dekat sana" Kata Minho sekali lagi mengusap gambar si mati dengan lembut dan penuh kasih sayang.
"Sekali lagi aku minta maaf. Dan terima kasih untuk segalanya...
Hwang Hyunjin" Kata Minho kemudian berlalu pergi.
Semuanya sudah kembali seperti sedia kala.
wait for dua chapter lagi ehek. Tau chapter ni tak sedih hmm.
YOU ARE READING
[C] Forbidden Love || Minsung ✓
Randomlee minho × han jisung Cinta itu buta. Buta sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Pada mulanya perasaan itu tidak pernah hadir. Namun apabila perasaan cinta itu hadir pasti akan muncul orang ketiga untuk menguji adakah...