Bangchan menatap gambar yang diberi Lino itu dengan lama.
"Kenapa? Hyung nak cakap gambar tu tipu? Aku tak bodoh lah hyung" Kata Lino sambil bersandar di sofa yang didudukinya. Bangchan memandang Lino.
"Kau ni cuba lah fikir benda positif. Takkan Han nak buat macam tu. Mana tau ada yang aniaya dia" Kata Bangchan. Lino berdecit perlahan.
"Nak pikir positif macam mana? Dah terang terang yang Han tengah sedap waktu tu"
"Kau jangan melampau Lino" Marah Bangchan. Lino tersengih sinis.
"Apa?? Hyung nak marah aku?? Marah lah. Tapi hyung kena ingat, hotel ni. Yang hyung tengah uruskan ni. Semua hasil daripada bantuan aku" Kata Lino sambil tersengih sinis.
"Kau fikir aku nak ke kau tolong aku? Kalau tak sebab appa aku yang minta, jangan harap aku nak kau tolong" Kata Bangchan masih lagi menahan sabar.
"Hyung ingat aku nak sangat ke tolong? Untung je appa hyung tu kawan baik dengan appa aku"
"Kau jangan nak buat perangai Lino. Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri tau" Kata Bangchan dalam keadaan marah. Lino hanya berdecit perlahan.
"Buat masa sekarang ni, biar aku yang jaga Han. Aku takkan benarkan kau jumpa dia" Kata Bangchan lalu keluar dari pejabatnya sendiri.
"Fikir aku kisah ke?" Bisik Lino perlahan lalu keluar dari situ. Keretanya dipandu entah ke mana.
Bangchan memandu keretanya ke hospital. Masuk sahaja ke dalam wad Jisung, katilnya kosong.
Tiba tiba dia terdengar seperti seseorang batuk dari dalam bilik air. Bangchan bergerak ke bilik air. Pintu diketuk dari kuar.
"Han ok tak tu?" Soal Bangchan.
"Ok je hyung" Kata Han. Bangchan terus membuka pintu bilik air itu lalu berjalan ke arah Jisung.
Dia ternampak darah yang mengalir mengikuti arus air masuk ke dalam lubang sinki itu.
Belakang Jisung diurut.
"Han ok tak ni? Nak hyung panggil doktor?" Soal Bangchan. Jisung hanya menggeleng.
Tekaknya terasa perit disebabkan loya. Dari tadi dia cuba untuk mengeluarkan apa sahaja yang ada dalam perutnya tapi hanya keluar air.
"Han belum makan lagi ni. Kita makan dulu ye" Cadang Bangchan. Jisung mengangguk. Banghan perasan mata Jisung memerah.
Bangchan memapah Jisung ke katilnya semulah.
"Hyung pergi beli makanan kejap. Jisung tunggu sini. Apa apa panggil nurse je. Jangan buat sendiri. Okey?" Jisung hanya mengangguk mendengar nasihat Bangchan.
Bangchan terus tersenyum kecil lalu menggosok kepala Jisung. Dia berjalan meninggalkan Jisung untuk ke cafe hospital membeli makanan.
Beberapa minit selepas Bangchan keluar, pintu wad Jisung terbuka.
"Hyunjin?"
A/n nak habis kan cerita ni awal tapi tu lh-
Lino : a/n kejam!!
A/n : menda bodo-
Lino : kau buatkan readers benci aku!!
A/n : sukati ah!! Wahai readers!! Sila kecam Lino
YOU ARE READING
[C] Forbidden Love || Minsung ✓
Randomlee minho × han jisung Cinta itu buta. Buta sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Pada mulanya perasaan itu tidak pernah hadir. Namun apabila perasaan cinta itu hadir pasti akan muncul orang ketiga untuk menguji adakah...