✨Real Ending✨

563 49 5
                                    

Minho yang melawat Jisung tiba-tiba mendapat panggilan yang tak dikenali.

"Hello. Ini Encik Lee Minho ke?" Soal seseorang di balik panggilan.

"Ya saya. Kenapa? Ini siapa ya?" Soal Minho. Dia berjalan keluar dari wad Jisung.

"Saya polis. Saya nak tanya, boleh ke kalau encik tuntut anak dari puan Hirai Momo?" Soal pegawai polis yang menghubungi Minho itu tadi.

Minho kelihatan termenung seketika. Akhirnya dia bersetuju untuk mengambil anak itu atas nama dirinya dan juga Jisung.

Jisung memakaikan anak perempuannya itu baju yang sesuai untuk tempat yang bakal mereka tuju.

Anak perempuannya? Lebih tepat anak perempuan Momo.

Momo sudah meninggal selepas melahirkan anaknya itu. Hanya anaknya yang selamat.

Kini, anak perempuan itu sudah mencecah umur lima tahun. Jisung tersenyum melihat anak angkatnya itu.

"Siap. Dah cantik dah anak appa ni" Kata Jisung. Minho masuk ke dalam bilik anak perempuannya itu.

"Jisung! Minji! Dah siap ke?" Soal Minho. Kedua-dua nama yang dipanggil itu menjawab sambil mengangguk.

"Jom kita pergi" Kata Minho.

Ini merupakan kali pertama Jisung menjejakkan kakinya di makam Hyunjin memandangkan dia baru keluar dari hospital beberapa bulan yang laku dan masih memerlukan rehat yang cukup.

Jisung memberikan Minji, anak perempuan itu kepada Minho. Dia duduk secara melutut di hadapan makam Hyunjin. Gambar Hyunjin diusap perlahan.

Jisung kemudiannya memegang dada bahagian paru-parunya. Jisung tersenyum nipis. Air matanya mengalir tanpa Jisung sedar.

"Terima kasih Hyunjin" Bisik Jisung.

Minji memandang ke arah pokok yang berada di situ. Dia kemudiannya menepuk bahu Minho perlahan lalu menundingkan jarinya ke arah pokok yang dia lihat tadi.

Minho memandang ke arah tempat yang anaknya tunding lalu tersenyum lembut.

Sosok Hyunjin yang memakai pakaian putih sedang memandangkan ke arah Jisung dengan senyuman yang tidak hilang dari wajahnya.

Pandangan Hyunjin kini beralih ke arah Minho dan juga Minji.

Hyunjin kelihatan terkejut namun senyumannya itu masih lagi berada di wajahnya.

'Mian and gomawo' Minho menggerakkan bibirnya.

Hyunjin mengangguk lalu menghilang dari pandangan Minho dan juga Minji.

Jisung kemudian bangun dari duduknya. Minho menggenggam tangan Jisung erat dan membawanya masuk ke dalam kereta.

Kereta itu meluncur laju meninggalkan kawasan pemakaman itu.

Segalanya sudah kembali aman. Minho dan Jisung sudah bahagia bersama anak mereka walaupon hanyalah sekadar anak angkat.

The End
Forbidden Love
By : SquirrelD

[C] Forbidden Love || Minsung ✓Where stories live. Discover now