Hyunjin masuk ke dalam gudang yang dipilih oleh dirinya untuk Momo berada.
Masuk sahaja, dia terlihat Momo terikat dengan tangan di belakang dan kaki yang terikat di kaki kerusi.
Momo kini dikelilingi oleh konco-konco Changbin. Apabila melihat Momo yang sudah hampir terbangun, Hyunjin meminta mereka semua untuk pergi meminggalkan gudang ini.
"Aku...dekat mana ni?" Soal Momo dengan kepalanya yang masih lagi pening.
Dia kemudiannya membuka mata dengan luas laly memerhatikan persekitarannya itu.
"Hai Momo" Kata Hyunjin lalu berjalan mendekati Momo. Dia kemudiannya berdiri di hadapan Momo.
"Hyunjin? Apa yang kau nak?" Soal Momo dengan nada ketakutan. Hyunjin tersenyum nipis.
Dia masih lagi memegang file yang mempunyai bukti dan sebelah tangannya lagi memegang pistol.
"Aku cuba nak buat kau hidup dalam neraka buatan kau sendiri" Kata Hyunjin tanpa perasaan.
Dia memandang ke arah file yang berada di tangannya lalu dihayunkan berkali-kali di hadapan Momo.
"Dalam ni ada semua bukti perlakuan kau Momo" Kata Hyunjin. Momo menggelengkam kepalanya lalu tertawa dengan kuat.
"Macam mana kau boleh dapat bukti-bukti tu? Kau tak payah nak buat lawak lah Hyunjin. Baik kau lepaskan aku sekarang sebelum kau cedera" Kata Momo.
Hyunjin menaikkan keningnya apabila mendengar ucapan Momo. Hyunjin kemudiannya tersengih sinis.
"Kau nak cederakan aku?" Soal Hyunjin dengan sinis. Dia kemudiannya tertawa perlahan.
"Cuba lah lepaskan diri kau dulu" Kata Hyunjin.
"Aku sendiri pon tak tau macam mana dia boleh dapat bukti ni dengan cepat hmm. Kau rasa macam mana?" Soal Hyunjin, lalu memandang ke arah Momo.
Seperti yang Hyunjin bayangkan, Momo tidak mampu menggerakkan badannya walau sedikit pon.
Mata Hyunjin melembut apabila terpandang perut Momo yang sudah kelihatan."Kesian anak dalam perut tu terpaksa membesar dalam perut jalang macam kau" Kata Hyunjin dengan sedih. Momo memandang hyunjin dengan menyampah lalu meludah ke arah Hyunjin.
Hyunjin mengundur ke belakang mengelakkan ludahan dari Momo itu. Ianya berhenti tepat di hadapan kaki Hyunjin.
"Lepaskan aku lah bodoh!!!!" Jerit Momo. Hyunjin menggelengkan kepalanya.
"Aku cuma nak selesaikan semuanya. Aku akan balas dendam untuk Jisung and Minho hyung. Dan juga untuk mak aku!!" Jerit Hyunjin penuh amarah.
Momo menggigil ketakutan melihat Hyunjin seperti itu.
"Baik kau lepaskan aku sebelum aku telefon polis" Kata Momo dengan bodoh.
Hyunjin tertawa sinis mendengar ugutan bodoh Momo itu.
"Macam mana kau nak call polis? Hmm?" Soal Hyunjin. Momo kini sudah menggigil sepenuhnya.
"Lepaskan aku Hyunjin. Kita boleh bincang elok-elok. Kalau kau nak duit, aku boleh bagi" Kata Momo. Hyunjin menggelengkan kepalanya.
Tidak sempat dia hendak menjawab, gudah itu sudah dicerobohi.
"Berhenti bergerak! Kami polis!"
Momo tersenyum kemenangan. Dia kemudiannya memandang ke arah Hyunjin yang tersengih.
"Ni semua rancangan aku lah Momo" Kata Hyunjin. Momo memandang Hyunjin tidak percaya.
"Kau masuk penjara. Dan aku mati" Bisik Hyunjin. Dia kemudiannya mencampakkan file ke arah sekumpulan polis yang mengacukan pistol ke arah dirinya.
Seorang polis mengambil file itu lalu dibuka. Dia mengambil sehelai kertas yang seperti di koyakkan.
"tolong derma kan paru-paru saya pada pesakit bernama Han Jisung dengan segera.
From. Hwang Hyunjin"
Belum sempat pegawai polis itu ingin bertanya, bunyi tembakan terdengar.
Hyunjin sudah terbaring dengan kepala yang berlumur dengan darah akibat perbuatannya sendiri.
Momo yang masih lagi terikat sudah menjerit melihat Hyunjin membunuh dirinya sendiri.
Seorang polis yang berada di gudang itu segera berlari keluar meminta bantuan paramedik.
Hyunjin tersenyum sebelum dia menutup matanya buat selama-lamanya.
'Maaf Changbin hyung. Hyun tak mampu tunaikan janji yang Hyun tak akan cedera sebab ini dah memang rancangan Hyun. Hyun rindukan omma'
YOU ARE READING
[C] Forbidden Love || Minsung ✓
Randomlee minho × han jisung Cinta itu buta. Buta sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Pada mulanya perasaan itu tidak pernah hadir. Namun apabila perasaan cinta itu hadir pasti akan muncul orang ketiga untuk menguji adakah...