✨02✨

998 71 1
                                    

Lino sedang duduk di meja makan. Di hadapannya terdapat segelas air susu yang sudah tinggal separuh. Tangannya ligat bermain telephone pintarnya. Tiba tiba dia terdengar kata laluan pintunya ditekan. Lino hanya membiarkan sahaja kerana dia tahu itu adalah Bangchan. Hanya Bangchan sahaja yang tahu kata laluan rumahnya.

"Yahhh Lino!!" Jerit Bangchan. Lino bergegas ke arah Bangchan.

"Ap- uwahhh" Lino terkejut melihat Jisung sudah berada dalam dukungan Bangchan.

"Nak letak dekat mana ni?" Soal Bangchan. Untung sahaja Jisung ringan dan kecil.

"Bilik bawah tanah" Kata Lino. Dia berjalan di hadapan Bangchan.

"Bwo?!! Kau biar betul ni Lino?" Soal Bangchan. Lino mengangguk.

"Jangan buat kerja gila lah Lino" Kata Bangchan seperti ragu ragu dengan cara Lino.

"Hyung trust me. Takde pape masalah yang akan timbul" Kata Lino. Bangchan meletakkan Jisung di tiang yang berada di tengah tengah bilik tersebut. Lino merantai tangan dan kaki Jisung menggunakan rantai yang panjang. Bangchan melihat Jisung dengan pandangan kesian.

"Kau buat dia macam hamba Lino" Kata Bangchan. Mereka berdua menaiki tangga untuk keluar dari bilik tersebut.

"Kenapa pula?" Soal Lino. Pintu bilik itu ditutup dan dikunci menggunakan mangga.

"Ye lah. Siap kena rantai apa semua. Kau tak kesian ke?" Soal Bangchan. Lino mengeluh.

"Kesian memang kesian tapi kalau aku tak buat macam tu, dia akan lari hyung" Kata Lino. Bangchan mengeluh. Mereka berdua duduk di atas sofa hadapan tv.

"Kau yakin dengan perasaan kau Lino?" Soal Bangchan. Lino mengangguk.

"What if kalau kau bukan gay?" Soal Bangchan. Lino membuat muka berfikir.

"Aku lepaskan dia" Kata Lino. Bangchan berdecit perlahan.

"Easy to say Lino. Habis kalau tiba tiba budak tu ada perasaan dekat kau?" Soal Bangchan. Lino berfikir sejenak.

"Takkan punya lah hyung. Budak tu bukan gay" Kata Lino. Dia masih lagi berfikir tentang kata kata Bangchan.

"Memang dia bukan gay. Tapi kalau dah lama sangat dia hidup dengan kau perasaan tu boleh muncul Lino" Kata Bangchan. Lino mengeluh perlahan.

"Hyung bukan nak membebel. Tapi fikir fikirkan lah Lino. Don't be so selfish. Fikirkan perasaan orang lain juga" Nasihat Bangchan. Lino tersenyum nipis sebelum mengangguk. Dia terima nasihat Bangchan dengan hati yang terbuka. Betul juga apa yang di katakan Bangchan. Dia terasa seperti terlampau pentingkan diri namun disebabkan perasaan sayang dan cinta dia ketepikan semuanya. Biarlah yang penting dia bahagia kerana telah mendapatkan orang yang dia sayang walaupon dia tidak mengenali lelaki tersebut dengan lebih mendalam lagi.

*****

Lino duduk di atas sofa yang terdapat di dalam bilik tersebut. Dia hanya memerhati Jisung yang masih lagi terlena. Lino memandang ke arah rantai yang digunakan untuk merantai tangan Jisung. Rantai tersebut sudah dikunci pada tiang di bilik bawah tanah itu. Untung sahaja rantai itu panjang memudahkan Jisung untuk bergerak bebas namun masih lagi ada batasnya.

Lino mengeluh perlahan. Dia terfikir betulkah tindakan yang telah dia lakukan? Namun semuanya sudah terlambat untuk dia berfikir tentang semua itu. Jika boleh diundurkan masa mungkin dia akan cuba untuk rapat dengan Jisung. Namun semuanya mustahil. Dia mengeluh perlahan. Kepalanya ditundukkan memandang lantai bilik tersebut.

*****

Jisung memegang kepalanya yang terasa pening. Namun dia berasa seperti tangan dan kakinya tidak selesa. Jisung terkejut melihat dirinya yang dirantai. Untung sahaja panjang namun masih merimaskan. Dia memandang ke hadapan dan ternampak seorang lelaki sedang duduk menunduk memandang lantai. Jisung memandang lelaki itu lama. Dia seperti kenal dengan lelaki tersebut namun penglihatannya tidak jelas akibat kepalanya yang terasa pening.

Lino yang tadinya menunduk kini memandang ke hadapan. Dia terlihat Jisung yang sudah pon sedarkan diri. Lino bangun mendekati Jisung. Dia mencangkung dihadapan Jisung.

"Dah bangun?" Soal Lino. Jisung kelihatan seperti terkejut apabila melihat muka Lino.

"Kk...kenapa encik culik saya? Kalau encik marah tentang hal semalam saya minta maaf. Saya betul betul tak sengaja" Kata Jisung. Lino tersenyum kecil. Dia bangun dan bergerak ke arah tangga.

"Encik tolonglah lepaskan saya" Rayu Jisung namun rayuannya di abaikan. Lino mendaki tangga menuju ke arah pintu bilik tersebut. Lino mengunci pintu tersebut dari luar.

Jisung memeluk lutut sambil bersandar di tiang tempatnya dirantai. Rantai ditangannya sungguh merimaskan. Jisung memeluk lututnya dengan erat. Air matanya mengalir secara tiba tiba apabila memikirkan nasibnya.

Lino tersandar di dinding rumahnya. Kepalanya didongak memandang tingkat atas. Perasaan serba salah muncul apabila melihat wajah Jisung yang merayu didepannya sebentar tadi. Dia terus bergerak ke dapur untuk mengambil makanan buat Jisung

[C] Forbidden Love || Minsung ✓Where stories live. Discover now