Tamat sahaja belajar, Jisung masuk ke dalam biliknya untuk bersiap siap. Hyunjin bergerak ke tingkap rumah dan terlihat dua orang memerhati dari jauh. Salah seorang dari mereka memegang sebuah kamera.
Beberapa minit kemudian, Jisung turun ke bawah lalu terlihat Hyunjin ynag masih lagi memandang ke luar tingkap.
"Kau buat apa?" Soal Jisung. Hyunjin terkejut dengan sergahan Jisung secara tiba tiba.
"Tt...takde pape. Ak...aku saja tengok luar. Cuaca elok so senang kita nak pergi" Kata Hyunjin. Jisung menganggukkan kepalanya perlahan.
"Wei. Aku nak pergi tandas sekejap" Kata Hyunjin.
"Ouh ok. Aku tunggu kat luar" Hyunjin menganggukkan kepalanya lalu berlalu ke dapur.
Jisung berdiri sambil bermain telephone. Tiba tiba seseorang datang mendekatinya. Namun hnayalah di luar pagar memandangkan pagar masih tertutup.
"Ye?? Cari siapa?" Soal Jisung lalu mendekati lelaki tersebut. Lelaki tersebut tersenyum. Jisung membalas senyuman tersebut.
Klick
"Ouh saya baru pindah ke sini. Saja je nak kenal kenal" Kata lelaki tersebut sambil tersenyum manis.
"Ouhhh" Jisung tersengih.
Klick
"Nama siapa?" Soal lelaki tersebut.
"Han Jisung"
"Ouh nak panggil apa?" Soal lelaki itu lagi.
"Biasa orang panggil Han. Tapi terpulanglah nak panggil apa" Kata Jisung. Lelaki itu menganggukkan kepalanya lalu menghulurkan tangan. Jisung menyambut huluran tersebut.
Klick
"Ok lah. Saya minta diri dulu. Selamat berkenalan" Kata lelaki itu lalu berlalu pergi. Jisung menganggukkan kepalanya.
Tak lama kemudian, Hyunjin keluar dari rumah.
"Kau bercakap dengan siapa tadi?" Sola Hyunjin. Jisung mengangkat bahunya membuatkan Hyunjin mengerutkan dahinya.
"Entah. Aku lupa nak tanya nama dia" Kata Jisung sambil tersengih. Hyunjin menepuk dahinya.
"Dah jom lah"
*****
Jisung dan Hyunjin berjalan ke arah bus stop berdekatan. Jisung memandang wajah Hyunjin yang kelihatan seperti gusar.
"Kau kenapa? Ada masalah ke?" Soal Jisung. Bahu Hyunjin terangakat akibat terkejut.
"Apa kau cakap tadi?" Soal Hyunjin.
"Aku tanya kau ok tak? Sebab nampak macam ada masalah" Kata Jisung sambil memandang tepat ke dalam mata Hyunjin. Hyunjin segera melarikan pandangan dari terus memandang Jisung.
"Aku ok je. Cuma aku risau kat omma aku" Kata Hyunjin dengan lancar. Jisung menganggukkan kepalanya sambil menunggu bas atau teksi lalu.
Hyunjin mengembus nafas lega. Dari jauh dia sudah ternampak sebuah kereta hitam yang menanti mereka.
Maafkan aku. Aku terpaksa demi keselamatan omma aku
Hyunjin menganggukkan kepalanya perlahan tanpa Jisung perasan. Keadaan di bus stop itu sungguh sunyi mmeandangkan sekarang masih lagi waktu bekerja.
Kereta itu meluncur laju ke arah mereka berdua. Dua orang lelaki berbadan sasa keluar dari kereta lalu menekup mulut Jisung menggunakan sapu tangan. Jisung yang terkejut cuba untuk melepaskan diri. Jisung tidak sedarkan diri akibat cecair yang terdapat di sapu tangan itu. Badan Jisung dicampak ke dalam kereta.
Hyunjin tertunduk setelah kereta itu hilang dari pandangan. Telephone dikoceknya dikeluarkan. Dengan tangan yang menggeletar dia menekan senarai kenalan di telephonenya itu.
TuanLino🍭
Nama itu di tekan lalu deringan telephone berbunyi.
" Hello " Hyunjin menelan liur kesat.
"He...hello tuan" Kata Hyunjin dengan suara ketakutan.
" Hyunjin?? Kenapa ni?? Han mana?? " Soal Lino.
"Di..dia kena culik tuan" Kata Hyunjin dengan serba salah.
" Hahh?!!! " Lino menjerit kerana terkejut. Hyunjin memejamkan matanya.
"Saya minta maaf tuan. Saya yang salah. Saya-"
" Saya nak awak datang rumah saya sekarang " Arah Lino. Hyunjin hanya mampu menggummam.
Lino segera menamatkan panggilan lalu mencapai coat di kerusinya lalu berlari keluar dari pejabat.
Sementara Hyunjin pula bangun dalam keadaan lemah lalu berjalan ke rumah Lino.
"Maafkan aku Han. Maafkan saya tuan" Kata Hyunjin perlahan. Dia berjalan sambil menunduk.
Wassup guys...finally
YOU ARE READING
[C] Forbidden Love || Minsung ✓
Randomlee minho × han jisung Cinta itu buta. Buta sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Pada mulanya perasaan itu tidak pernah hadir. Namun apabila perasaan cinta itu hadir pasti akan muncul orang ketiga untuk menguji adakah...