33

93 12 1
                                    

Riku berjalan ke suatu tempat. Hari ini Hari liburnya dan dia akan berjumpa dengan Shinano dan Ryo. Perasannya sangat gembira Dan senang tapi dia risau. Kebelakangan ni, dia rasa asyik diperhati oleh seseorang. Tak tahu siapa. Sekarang dia rasa diekori.

'Orang sama yang ganggu Shinano Hari tu ke?'

Banyak dia fikirkan siapa yang mengekori dia sekarang tapi pada Masa yang sama, Tak mungkin Ada sesiapa yang cuba mengincarnya.

"Bertenang, Riku. Kau Tak boleh terus buat andaian"

Dia tiba di sebuah kafe. Masuk sahaja ke dalam, dia mencari melihat orang yang dia menantikan untuk berjumpa sebelum dia nampak seseorang melambai kepadanya. Shinano yang melambainya. Ryo berada di hadapannya.

"Omatase" ucap Riku.

"Riku-chan!"

Ryo memeluk Riku.

"Ryo-san, hisashiburi"

"Hisashiburi, Riku-chan. Aku rindu kau" kata Ryo.

"Saya pun rindu juga" balas Riku.

Ryo pergi ke kaunter untuk memesan makan sementara Shinano dan Riku duduk di meja.

"Kau pakai mask?" tanya Riku.

"Um, Ryo-san kata cuaca sekarang agak berhabuk Dan panas" kata Shinano.

"Yelahkan. Keadaan sekarang sedang sesak sekarang dengan cuaca panas. Kau Tak apa-apa?" tanya Riku.

"Ya. Saya Tak apa-apa" jawab Shinano.

"Baguslah"

Ryo kembali ke meja dengan makanan.

"Hari Ni kau berdua nak ke Mana? Cakap je. Aku bawa" kata Ryo.

"Entahlah" jawab Shinano.

"Kalau kita ke Taman hiburan?" cadang Riku.

"Kenapa Taman hiburan?" tanya Shinano.

"Saya rasa nak pergi" jawab Riku perlahan.

Dari matanya, Shinano tahu ada sesuatu yang buat dia sedih tapi dia Tak terus bertanya.

"Kita ke Taman hiburan!" kata Shinano.

"Takpe ke? Kau tentu nak pergi ke mana-mana" kata Riku.

"Jangan risau. Sejak saya kecil lagi, mak dan ayah selalu bawah kami keluar melancong. Saya sendiri pun Tak tahu nak ke Mana. Kalau Riku nak ke Taman hiburan, kita pergi sana" kata Shinano.

"Baiklah. Kita ke Taman hiburan" kata Ryo.

"Terima kasih..."


Mereka tiba di Taman hiburan. Riku berdiri di hadapan pintu masuk ke Taman hiburan. Dia melihat suasana hiburan di sebelah sana. Kanak-kanak berlari gembira. Pasangan kekasih berpegang tangan. Rakan sekolah bermain permainan. Dia berada nostalgik. Lebih nostalgik apabila dia melihat sebuah keluarga sedang berjalan sambil berpegang tangan. Mereka sangat gembira.

Ya, dia pernah ke sini sebelum ni. Bersama keluarganya sebelum mereka terlibat kemalangan. Ibu bapanya cuba meriangkan dia semula selepas Tenn pergi meninggalkan mereka. Mereka cuba sedaya upaya untuk meraihkan kegembiraan kepadanya tapi satu pun mereka lakukan Tak berjaya. Mereka ambil keputusan untuk bawah Riku ke Taman hiburan untuk beri dia pengalaman pertamanya.

Riku sangat gembira. Dia Tak pernah rasa segembira begini. Dia dapat luangkan Masa bersama keluarganya tanpa memikirkan tentang kesedihannya. Ia kenangan yang sangat bermakna bagi dia malah kenangan yang sangat perit baginya.

Beginning Of The EndWhere stories live. Discover now