Touma Dan Torao berdiri di luar bilik rawatan manakala Riku menerima rawatan di dalam. Touma duduk di bangku. Kepalanya menunduk melihat tangannya yang penuh dengan darah dan dia menggigil. Dia berdoa agar Riku Selamat. Ichigo tiba di bilik rawatan Dan bertemu dengan Torao dan Touma.
"Kau abang Shinano ke?" tanya Torao.
"Ya. Apa jadi pada Shinano? Dia Tak apa-apa?" tanya Ichigo risau.
"Shinano sedang dirawat sekarang" kata Torao.
Pada Masa yang sama, doktor keluar. Touma bangun melihat doktor itu keluar. Mereka memandangnya menunggu apa yang ingin dikatakan oleh doktor.
"Siapa keluarga Toushiro Shinano?" tanya doktor.
"Saya abangnya. Adik saya Selamat?" tanya Ichigo.
"Jangan risau. Lukanya agak dalam tapi ia Tak membahayakan nyawanya. Nyawanya tentu dalam bahaya jika luka itu lebih dalam. Dia Tak akan apa-apa" kata doktor.
"Terima kasih" ucap Ichigo.
Touma Dan Torao turut mengucapkan terima kasih.
Seorang detektif berjalan mendekati mereka.
"Maaf, saya ingin bertanya soalan tentang kejadian tadi. Boleh ceritakan apa yang berlaku sebenarnya?" tanya detektif.
"Ya. Siang tadi, seseorang mencuri telefon aku semasa aku kerja. Sebentar tadi, kawan aku terima mesej dari telefon aku. Jadi aku dan Torao pergi ke Taman tu dan kami jumpa Ri... Shinano terluka" cerita Touma.
"Boleh kami minta telefon kau?" tanya detektif.
Touma beri telefonnya kepada detektif.
"Kalau kamu Tak kisah, kami ingin menyiasat" kata detektif.
"Kalau ia dapat Bantu Cari siapa yang menyerang Shinano, boleh" jawab Touma.
"Apa hubungan kau dengan mangsa?" tanya detektif.
"Aku jumpa dengan Shinano Tak lama semasa Shinano masih di hospital. Shinano juga selalu melawat kawan aku di hospital dan kami mula bertukar nombor" jawab Touma.
"Pernah Tak kau diekori?" tanya detektif.
"Tak..."
Touma memandang ke arah Torao. Torao mengangguk kepala membenarkan Touma memberitahu perkara sebenar.
"Sebenarnya, sebelum ni ada orang datang ke rumah kami. Kawan kami tinggal seorang diri waktu tu. Katanya dia asyik mengetuk pintu dengan kuat macam nak pecah masuk" kata Touma.
"Macam tu ke? Boleh Tak esok kau bawa kawan kau ke balai? Saya ingin dengar selanjutnya" kata detektif.
"Boleh. Aku bawa dia esok" kata Touma.
"Baiklah. Aku balik ke balai dahulu"
Detektif itu terus berjalan pergi meninggalkan Touma, Torao dan Ichigo.
"Ano... Saya ucapkan terima kasih sebab selamatkan Shinano" ucap Ichigo.
"Tak. Kami gembira Shinano Selamat" kata Touma.
"Saya Tak tahu Shinano berkawan dengan kau. Shinano takde cerita apa pun" kata Ichigo.
"Aku yang minta Shinano untuk rahsiakan ni" kata Touma.
"Kami kerja idol. Kami juga Tak mahu Shinano dikejar lepas mereka tahu hubungan kami" kata Torao.
"Macam tu ke..."
YOU ARE READING
Beginning Of The End
FanficCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...