11

122 13 1
                                    

   'Macam mana keadaan kau?' tanya Kiyomitsu.

   "Dah Tak apa-apa. Maaflah saya Tak datang ke sekolah Hari Ni" kata Shinano.

Shinano berbual dengan Kiyomitsu dan Yasusada memalui telefon.

   'Lepas sekolah kami datang untuk beri nota untuk kau' kata Yasusada.

   "Terima kasih" ucap Shinano.

Ichigo masuk ke dalam bilik dengan makanan.

   "Ah, saya matikan panggilan dulu"

   'Ok. Kau rehatlah' kata Kiyomitsu.

   'Bye-bye!'

Shinano matikan panggilan.

   "Ichi-nii, takpe ke ichi-nii ponteng kelas Hari Ni?" tanya Shinano.

   "Saya Tak boleh biarkan kau sendirian di rumah" kata Ichigo.

   "Tapi saya boleh jaga diri. Saya duduk rumah je. Bukannya nak keluar" kata Shinano.

   "Tak boleh. Doktor kata kena selalu pantau kau" kata Ichigo.

   "Ceh..."

   "Lepas makan, makan ubat" kata Ichigo.

   "Baik"

Telefon Shinano berbunyi tanda mesej masuk. Ia mesej dari Touma.

   'Kau dah baik ke?' - Touma

   'Ya. Rasa lebih baik dari semalam' - Shinano





   "Baguslah"

Dia berada dalam teksi menuju ke Stesen radio. Setiba di Stesen radio, dia berjalan masuk ke dalam bangunan. Di pintu hadapan, dia bertemu dengan Trigger.

   "Oh, Inumaru. Kau Ada kerja di sini?" tanya Gaku.

   "Ya. Korang baru habis ke?" tanya Touma.

   "Ya. Kau seorang sahaja?" tanya Ryu.

   "Kali ni Aku seorang sahaja. Yang lain sibuk dengan kerja lain" kata Touma.

Touma memandang ke arah Tenn.

   "Apa?" tanya Tenn.

   "Takde apa. Kalau takde apa, Aku masuk dulu" kata Touma.

Touma berjalan menuju ke lif.

   "Touma-kun tu sebenarnya baik orangnya Kan" kata Ryu.

   "Dia nampak baik ke?" tanya Gaku.

   "Jom pergi"

   "Oi, Tenn! Tunggu!"

Beberapa Hari telah berlalu, Shinano semakin sihat Dan banyak ikut aktiviti sekolah. Dia kurang mendapat kesakitan selepas kali terakhir dia mengalami sakit kepala yang amat selepas bertemu dengan Kujo Tenn. Dia semakin dapat menyesuaikan diri dengan rakannya Dan adik-beradik yang lain serta sekolah.

Dalam waktu itu juga, dia masih memikirkan tentang Nanase Riku. Dia ingin melawat dia tapi dia terlalu takut. Dia terlalu takut jika sesuatu terjadi pada dirinya sebab kebanyakan memori yang dia lihat berkaitan dengan Nanase Riku. Persoalan itu masih terlekat pada mindanya. Kenapa dia dapat memori orang lain tetapi bukan memori dirinya sendiri? Dia ingin mencari jawapan tapi pada masa yang sama dia Tak mahu membebankan Ichigo Dan yang lain. Mereka dah cukup risau dengan keadannya selepas kejadian langgar lari.

Tapi Shinano masih mahu berjumpa dengan Nanase Riku Dan ingin tahu jawapan sebenar. Dia dah bertekad. Pada esok harinya, dia akan ke hospital untuk pemeriksaan kesihatannya. Dia berharap dia ke sana seorang diri tanpa ditemani sesiapa.

   "Shinano, esok awak perlu ke hospital seorang diri" kata Ichigo.

   "Eh? Kenapa? Bukan Ichi-nii kata nak teman saya" kata Shinano.

   "Sepatutnya tapi salah seorang pekerja di tempat kerja saya minta saya gantikan tempat dia untuk beberapa Hari. Dia perlu kembali ke kampungnya lepas dapat panggilan dari ibunya tentang atuknya masuk hospital" kata Ichigo.

   "Yang lain pulak sibuk dengan kelas tuisyen Dan kerja sambilan masing-masing" sambung Ichigo.

Peluang!

   "Takpelah. Saya boleh jaga diri" kata Shinano.

   "Tapi saya tetap risau" kata Ichigo.

   "Ichi-nii, takkan Ichi-nii nak kena lekat dengan saya 24 jam? Saya boleh jaga diri" kata Shinano.

   "Baiklah. Kamu boleh pergi sendiri tapi janji dengan saya lepas habis pemeriksaan terus balik" kata Ichigo.

   "Baik"

Esok harinya, Shinano pergi ke hospital Dan bertemu dengan doktor. Lepas berjumpa dengan doktor, dia akan menjalani kaunseling. Ia hanya ambil masa dua jam sahaja sehingga ia selesai. Sebaik ia selesai, Shinano berjalan menuju ke bilik 395, di mana Nanase Riku berada.

Dia sudah berdiri di hadapan bilik itu. Jantungnya berdegup. Dia gementar. Dia ingin berjumpa dengan Nanase Riku untuk mendapat jawapan. Tangannya sedikit menggeletar. Shinano menarik nafas Dan hemvus untuk menenangkan diri.

Selepas berjaya menenangkan diri, dia mencapai tombol pintu Dan memulasnya. Dia membuka pintu itu Dan berjalan masuk ke dalam.





Touma baru sahaja habis dengan kerjanya di setesen radio. Dia melihat jam tangannya. Masih Ada satu jam sebelum dia perlu ke tempat lain. Dia fikir ingin ke hospital untuk melawat Riku.

Dia memberi isyarat tangan Dan sebuah teksi berhenti di hadapannya. Touma masuk ke perut teksi sebelum memberitahu tempat tujuan kepada pemandu. Pemandu teksi terus memandu pergi menuju ke destinasi.





Shinano tercegat. Dia sekarang berdiri di hadapan pesakit yang masih terbaring di katil dengan mata masih tertutup rapat. Ia seperti ya sedang tidur tapi dia koma. Matanya terbuka luas melihat wajah pesakit itu atau Nanase Riku. Dia rasa... dia kenalnya...

Ya, dia memang kenal Nanase Riku. Nanase Riku adalah...















   "Saya... ke tu?"

Tatkala dia berkata begitu, kepalanya mula sakit. Terlalu permit sehingga dia terbaring di lantai. Sekali dengan kesakitan, memorinya jugak mula kembali.

Nama sebenarnya Nanase Riku. Dia Ada keluarga yang bahagian Dan abang yang sayangkan dia. Dia mempunyai badan yang lemah Dan asma. Dia selalu berasa bersalah terhadap keluarganya Dan pada yang sama dia cemburu dengan abangnya yang sihat dapat melakukan benda yang dia yang dia suka berbanding dengan dirinya. Walaupun badannya lemah, abangnya akan cuba menceritakan ya sehingga dia kembali gembira.

Kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila abangnya mula dibawa pergi oleh orang yang Tak dikenali. Diteruskan lagi dengan memori dia bersama keluarganya terlibat kemalangan. Itu memorinya yang terakhir sebelum dunia menjadi gelap-gelita.


Shinano sedar dari mimpinya. Dia masih terkejut Dan Tak percaya apa yang dia baru sahaja lihat.

   "Semua tu..."

Tiba-tiba tombol pintu mula dipulas oleh seseorang dari luar. Shinano merangkak masuk ke bawah katil dengan pantas untuk bersembunyi.

Touma masuk ke dalam bilik bersama sejambak bunga di tangannya. Dia letak bunga itu di atas meja sebelum duduk di kerusi. Di bawal katil, Shinano masih lagi bersembunyi Dan menutup kulitnya dengan kedua tangannya.

   "Riku, kau dah tidur lama ni. Bangunlah. Aku nak kau lihat Aku menyanyi macam kita janjikan. Aku Tak mahu apa-apa selain kau bangun dari tidur lama ni" kata Touma.

Shinano masih mendiamkan diri. Tiba-tiba telefonnya berbunyi tandamesej masuk. Dia terkejut mendengar ringtone telefonnya. Touma jugak turut terdengar suara itu. Dia melihat sekeliling, tiada apa. Dia ingin melihat bawah katil di mana Shinano bersembunyi. Shinano semakin gementar.

Beginning Of The EndWhere stories live. Discover now