"Dia satu-satunya kawan yang saya Ada. Sekarang keadaan sudah jadi macam Ni, saya Tak tahu kalau Touma boleh terima dengan senang" kata Riku.
"Ne, Riku. Nak saya bagitahu satu rahsia" kata Shinano.
"Apa?"
"Waktu sekolah rendah dulu, saya pernah tipu dua orang kawan yang saya paling rapat" kata Shinano.
"Ah, Kiyomitsu dan Yasusada Kan? Kenapa? Ada apa-apa berlaku ke?" tanya Riku.
"Waktu tu, saya dibuli dengan pembuli tapi saya rahsiakan dari mereka. Setiap kali mereka Tanya kenapa saya asyik Ada luka Kat muka, saya tipu. Saya cuma bagitahu saya jatuh Dan tercedera diri sendiri. Ia berlangsung selama satu bulan sehingga Kiyomitsu paksa saya untuk bagitahu jugak"
"Bila saya bagitahu perkara sebenar, Kiyomitsu dan Yasusada terus pergi berjumpa dengan pembuli tu Dan mereka gaduh besar. Disebabkan pergaduhan itu, Kiyomitsu dan Yasusada digantung sekolah selama seminggu manakala pembuli pula dikenakan hukuman berat lepas perkara sebenar tersebar"
"Sejak itu, mereka dapat nama. Jika sesiapa dengar nama tu, takde siapa yang nak Cari pasal dengan mereka berdua lagi. Waktu saya bagitahu mereka, kau tahu apa mereka kata?"
...
"Shinano, kita Ni kawan. Masalah kau masalah kitaorang. Jangan bebankan masalah kau sendirian. Kalau kau takut sangat, kami boleh pujuk kau. Kami takkan maafkan sesiapa yang lukakan kawan penting kitaorang" kata Kiyomitsu.
"Korang Tak marah ke? Saya tipu korang" kata Shinano.
"Mestilah marah. Kitaorang marah sebab biarkan kau terluka macam Ni" kata Yasusada.
"Yasusada... Kiyomitsu..."
"Kita ni kan kawan"
...
"Saya Tak tahu pulak. Sepanjang saya dengan mereka, mereka nampak baik sahaja" kata Riku.
"Mereka memang baik tapi mereka boleh tahan menakutkan. Itu yang saya dengar" kata Shinano.
"Saya Tak boleh bayangkan" kata Riku.
Jarinya letak di dagu sambil memikir macam mana wajah Kiyomitsu dan Yasusada bila mereka marah.
"Memang Tak boleh bayangkan" kata Riku mengalah.
Shinano ketawa.
"Yelahkan. Saya sendiri pun Tak boleh bayangkan tapi sebab mereka, saya semakin dapat ramai kawan. Saya jadi orang yang periang Dan banyak cakap. Sebab mereka, saya dapat teruskan hidup dengan baik" kata Shinano.
"Kawan yang Tak dapat digantikan" kata Riku.
"Kan! Jadi Riku, kau perlu percaya. Saya pasti Touma-san akan terima Dan takkan bencikan kau. Percayalah. Dia kawan kau" kata Shinano.
"... Um"
Touma baring di katil di bilik hotel. Minami, teman sekamarnya keluar dari bilik air selepas selesai Mandi. Dia melihat Touma baring sambil memandang ke siling.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...