Riku tersedar. Dia bangun dari baringnya dengan laju sebelum dia merasa sakit kepala. Dia pegang kepalanya mungkin akan membantu mengurangkan rasa sakit.
"Riku..."
Riku lihat Touma dan Shinano ada bersamanya di dalam bilik.
"Saya... Apa jadi?" tanya Riku.
"Kau tergolek jatuh dari tangga lepas kena tolak dengan Kujo. Kau Tak ingat?" tanya Touma.
Riku diam sebentar. Cuba mengingatkan segala kejadian yang terjadi sebelum dia pengsan. Dia ingat Tenn tiba-tiba muncul di hadapannya dan cuba membawa Shinano pergi sebelum dia ditolak kasar oleh Tenn dari tangga.
"Ya ... Dia cuba bawa Shinano pergi tadi" kata Riku.
"Kepala kau sakit lagi?" tanya Touma.
"Sedikit. ... Dia ada?" tanya Riku.
"Dia ada di bawah dengan Ichigo-san" jawab Touma.
Dia hanya mampu mengeluh sahaja sebelum dia terbatuk.
"Riku, kau ok?" tanya Shinano risau.
"Jangan risau. Cuma tekaknya agak perit lepas menjerit tadi. Saya memaksa diri untuk bercakap" kata Riku bersuara serak.
"Saya pergi ambil air"
Shinano berjalan keluar dari bilik menuju ke dapur untuk ambil secawan air.
Trigger masih berada di ruang tamu sewaktu Shinano turun. Dia Tak mahu mengganggu mereka Dan berjalan terus ke dapur sebelum seseorang memanggil.
"Riku!"
Shinano terhenti. Dia memaling ke belakang. Yang memanggil bukan abangnya tapi Kujo Tenn. Tenn hanya berdiri di tenpatnya, tidak berganjak.
"Riku, Mari balik dengan Aku" ajak Tenn.
Dia masih Tak putus asa untuk membawa adiknya pulang bersama. Shinano hanya menjeling padanya. Dia rasa dia Tak boleh nak maafkan Tenn sebab menolak Riku tadi tapi Tak boleh nak buat apa jika dia sendiri Tak tahu bahawa dia menolak adiknya sendiri.
"Riku, kenapa turun?" tanya Ichigo.
"Saya... nak ambil air untuk Shinano. Dia haus" jawab Shinano.
"Yeke? Pergi ambil Dan teman dia. Ichi-nii masih ada urusan dengan mereka" kata Ichigo.
Shinano hanya mengangguk Dan terus ke dapur. Tenn melihatnya dengan perasaan Tak percaya. Shinano kembali dengan secawan air di tangan. Sebelum melangkah naik tangga, dia berhenti.
"Ichi-nii" panggil Shinano.
"Ya?"
"Terima kasih sebab datang selamatkan kami. Tak tahu apa nak jadi pada dia kalau Ichi-nii Dan Touma-san Tak datang. Saya Tak boleh nak maafkan sesiapa yang cuba mencederakan saudara kita" kata Shinano.
"Saya tahu. Kamu tentu masih terkejut tadi. Pergilah masuk bilik dulu" kata Ichigo.
Shinano terus berlari naik tangga. Lihat Shinano berlari naik, Ichigo menghadap kepada Trigger semula.
"Sekarang, kau nak bawa dia pergi lepas apa kau dengar apa dia cakap tadi?" tanya Haruka sengih.
"Kenapa? Kenapa, Riku?"
"Sekarang kau dah takde urusan lagi dengan adik Aku lagi. Keluar sekarang Dan jangan sesekali muncul di hadapannya lagi" kata Ichigo.
Tenn masih Tak mahu putus asa sebelum dia terdengar ketawa dari tingkat dua. Pendengaran mereka terus tertumpu pada suara ketawa.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...