5

169 15 1
                                    

Shinano masuk ke biliknya. Dia bagitahu kepada adik-beradiknya yang lain bahawa dia berasa penat dan ingin tidur awal. Sebenarnya dia ambil kesempatan ini untuk menelefon Inumaru Touma. Sebentar tadi, dia dapat tahu bahawa Inumaru Touma adalah seorang idol. Dia tak sangka dia akan berjumpa dengan seorang idol sebenar di depan matanya. Betapa malunya dia apabila teringat kejadian sewaktu dia pengsan di hadapannya dan dia juga menunggu dia sedar.

Shinano mengeluarkan nota kecil yang tertulis nombor telefonnya. Mulanya dia berasa gelabah Dan berfikir sejenak. Dia fikir adakah dia akan jawab atau tak? Dia adalah idol, mungkin takkan menjawab panggilan. Dan sekarang hari sudah gelap. Mungkin dia sudah masuk tidur atau masih lagi bekerja. Berkeliaran dia dalam biliknya, memikirkan untuk telefon atau tidak.

Akhirnya dia ambil keputusan untuk membaling duit syiling. Jika ia mendarat pada kepala, dia akan telefon. Jika ia mendarat pada ekor, dia akan telefon lain masa. Shinano menghembus nafas sebelum membaling duit syiling. Duit syiling itu berpusing di udara sebelum jatuh dan mendarat di belakang tapak tangannya. Shinano menutup duit syiling itu. Dia tak tahu adalah kepala atau ekor. Kepala? Ekor? Mana satu?

Dengan perlahan, dia buka tangannya untuk melihat. Kepala. Dia dapat kepala. Dia perlu telefon Inumaru Touma.

   "Ah, adakah ia betul-betul waktu yang baik untuk telefonnya?" tanya Shinano sendirian.

Dia ambil telefonnya dan mendail nombor telefon itu.

Tuut... Tuut... Tuut...

   'Mungkin dia sudah masuk tidur'

Dia ingin hang up panggilan itu sebelum panggilannya berjaya dijawab.

   'Helo?'

   "Ah, helo. Ini... Inumaru... Touma-san?"

   'Ya. Siapa ni?'

   "Um, saya Shinano Toushiro. Kita jumpa di hospital sebelum ni"

   'Siapa?'

   "Takpelah. Mungkin saya salah orang"

   'Ha ha ha! Aku ingat lagi kau. Kenapa telefon?'

   "Um, saya... hari ni saya dah dibenarkan keluar- Maksud saya! Saya cuma terfikir apa awak sedang buat sekarang- Tak! Urgh, saya pun tak tahu kenapa saya telefon"

   'Ah ha ha ha! Tahniah sebab dah keluar'

   "Um, Inumaru-san"

   'Panggil Touma sahaja'

   "Ya. Touma-san, adakah awak ni seorang idol?"

   'Aku tak bagitahu kau ke?'

   "Tak"

   "Ah, maaf. Ya, saya seorang idol. Kumpulan kami dipanggil ZOOL'

   "Saya nampak persembahan kumpulan awak do television. Awak sangat hebat"

   '...'

   "Touma-san?"

   'Maaf. Aku tak biasa dengar orang puji aku'

   "Kenapa pulak? Saya rasa awak sangat hebat. Saya suka nyanyian awak"

   '...Terima kasih'

Mereka terus berbual dengan senang.

Esok harinya adalah hari dia akan kembali ke sekolah. Shinano sudah bersiap dengan seragam sekolahnya. Dia melihat dirinya di cermin. Ini kali pertama dia memakai seragam sekolah selepas dia kemalangan. Mungkin bukan kali pertama kalau dia tak hilang ingatan sebab dia kemalangan sewaktu dia kembali ke sekolah.

Beginning Of The EndWhere stories live. Discover now