"Eh? Hah?"
"Jangan risau. Aku ada di sini. Aku akan lindungi kau" kata Tenn.
"Tu..."
"Oi, jangan berani bawa dia pergi!" bentak Riku.
Dia Tak boleh tahan lagi. Dia perlu jauhkan Shinano dari Tenn.
"Kau diam, penculik! Kau takde hak untuk halang Aku untuk lindungi adik Aku" kata Tenn.
"Adik?"
"Dia saudara Aku! Kau Tak boleh bawa dia pergi!" kata Riku.
"Penculik macam kau memang suka menipu. Aku adalah Nanase Tenn dan Aku adalah abang kembar kepada Nanase Riku!"
Kedua-dua mereka tersentap. Lebih lagi, Shinano. Dia adalah abang Riku? Dia ingat abangnya dah mati?
Riku diam. Dia Tak dapat nak berkata sebab dia terkedu. Tenn tersengih.
"Tengok tu. Kau memang penipu"
Tenn terus menarik Shinano. Mereka berjalan turun melalui tangga sebelum Shinano berhenti.
"Kenapa, Riku?" tanya Tenn.
"Lepaskan!"
"Riku! Aku abang kau. Takkan kau Tak ingat?"
"Lepaskan tangan saya! Sekarang!"
"Riku!"
Shinano terus terhenti. Air mata sudah mengalir kerana dia takut. Tenn mengelap air mata.
"Aku ada di sini. Jangan takut" kata Tenn.
"Tak... Tolong..."
"Aku akan tolong kau. Jangan risau. Tiada sesiapa akan ganggu kau" kata Tenn.
"Tak..."
Riku tiba di antara mereka dan cuba melepaskan pegangan Tenn.
"Lepaskan dia!" kata Riku.
"Kau memang takkan berhenti, penculik!"
"Aku bukan penculik! Kau tu yang penculik!" kata Riku.
Mendidih amarahnya sebelum Tenn menolak Riku. Riku terus bergolek jatuh dari tangga sehingga ke lantai bawah.
"Hah!"
"Ini padahnya jika kau cuba halang Aku. Mari pergi"
Shinano Tak berganjak langsung.
"Riku, Mari pergi"
"Saya... taknak..."
"Kau takut ke? Aku ada di sini" kata Tenn.
"Aku Tak kenal siapa kau! Tiba-tiba sahaja kau panggil Aku adik kau Dan kau cederakan saudara Aku!"
Tenn terus membeku. Pegangannya terlonggar dan Shinano terlepas darinya. Shinano terus ke arah Riku yang pengsan.
"Ne, bangunlah! Bangunlah! Jangan buat macam ni! Bangunlah!"
Di luar rumah, Gaku dan Ryunosuke terus memerhatikan rumah itu dari tempat persembunyian mereka.
"Berapa lama dia nak duduk dalam rumah tu?" tanya Gaku hilang sabar.
"Ne, Gaku. Aku rasa Tak sedap hati" kata Ryunosuke.
"Bukan kau seorang je" kata Gaku.
"Gaku! Mereka dah balik"
Mereka lihat Ichigo dan Touma berlari masuk ke dalam rumah. Mereka memandang sesama sendiri.
YOU ARE READING
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...