"Apa ni? Maknanya Red Blood tahu kita Kat mana?" tanya Touma.
'Aku pun Tak pasti'
"Kau pasti kita Tak dikejar oleh sesiapa sewaktu kita keluar Hari tu?" tanya Touma lagi.
'Ya. Aku dah pastikan tiada sesiapa nampak kau Dan kawan kau. Tapi, macam mana...'
"Terima kasih, Nikaido. Selebihnya biar kami fikirkan" kata Touma.
'Kau pasti? Kami boleh Bantu sekali'
"Terima kasih tapi kau dah banyak tolong kami. Kitaorang Tak mahu kau Dan kawan kau terlibat sekali"
'Touma... Huh, baiklah. Kalau kau perlukan bantuan, telefon Aku. Aku tetap akan tolong kau dan Riku walau macam mana pun'
"Ya. Aku tahu. Terima kasih, Nikaido"
Touma matikan panggilan. Yang lain sudah menonton Berita itu.
"Macam mana sekarang? Apa akan terjadi pada kita?" tanya Shinano takut.
Ichigo cuba menenangkan adiknya. Riku menarik lengan baju Touma. Wajahnya memberi reaksi risau.
"Jangan risau. Kita akan cari penyelesaian nanti. Aku akan lindungi kau, Riku" kata Touma.
Riku menaip.
'Cakap pada diri sendiri'
"Jadi, apa kita nak buat dulu?" tanya Minami.
"Kita keluar Dan cari benda yang mungkin mencurigakan. Riku, kau duduk sini dan jaga Shinano" kata Touma.
Mereka hanya mengangguk.
"Ichigo-san..."
"Saya akan tolong juga. Saya takkan benarkan sesiapa cuba apa-apakan adik saya" kata Ichigo.
"Baiklah"
"Ichi-nii, hati-hati" kata Shinano.
"Jangan risau. Saya akan balik secepat yang saya boleh lepas habis nanti" kata Ichigo sambil membelai kepala adiknya.
Shinano menjawab dengan anggukan.
ZOOL dan Ichigo terus berjalan keluar dari rumah dan berpecah. Mereka berjalan di mengelilingi kawasan perumahan. Sekarang, di rumah itu, tinggal Shinano dan Riku sahaja.
Tak jauh dari rumah itu, seseorang sedang memerhatikan rumah itu.
Shinano dan Riku duduk di ruang tamu sementara menunggu yang lain balik. Mereka Tak tahu hendak buat apa sekarang.
"Riku, saya takut. Macam mana kalau Red Blood tu jumpa kita? Kita betul-betul akan mati ke?" tanya Shinano.
'Jangan cakap macam tu. Kita pasti akan selamat. Ichigo-san kan dah cakap. Dia akan lindungi kau. Dia abang yang hebat'
"Saya harap sangat semua ni berakhir dengan cepat. Saya nak kembali ke pangkuan adik-beradik saya semula. Saya nak jumpa dengan Kiyomitsu dan Yasusada. Saya rindu semua" kata Shinano.
Riku mengusap belakang Shinano, cuba menenangkannya. Dia menaip lagi sebelum tunjuk kepada Shinano.
'Shinano, apa kata kau naik ke bilik dulu Dan berehat. Tak baik kalau kau terus stress macam ni. Nanti kau kena asma'
YOU ARE READING
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...