29

92 13 1
                                        

   "Sekarang kau tinggal dengan adik-beradiknya Shinano Dan jadi dirinya?" teka Yamato.

Mereka berada di bilik rehat Idolish7. Lepas mendengar segala cerita dari Riku, mereka berehat di bilik untuk mendengar lagi kisah Riku.

   "Ya. Walaupun saya rasa agak bersalah sebenarnya tapi Shinano faham Dan saya lakukan apa yang saya boleh" kata Riku.

   "Kalau mereka tahu, apa Rikkun nak buat?" tanya Tamaki.

Riku terdiam sebentar.

    "Entahlah. Saya pun kurang pasti. Saya Tak tahu berapa lama saya mampu menyembunyikan kebenaran ni. Mereka terlalu baik. Saya Tak mahu mereka rasa sedih lagi lepas mereka dengar Shinano terlibat langgar lari" kata Riku.

   "Kami faham. Saya pasti bila mereka tahu benda ni mereka tentu terimanya. Mereka pasti faham situasi kau" kata Mitsuki.

   "Terima kasih sebab terima saya walaupun saya jumpa korang dengan badan Ni" kata Riku.

   "Kami tetap akan tunggu kau sehungga kau dapat kembali, Riku-kun" kata Sougo.

   "Ya. Saya perlu pergi sekarang" kata Riku.

   "Jumpa Shinano Kan?" tanya Yamato.

   "Ya. Lain kali saya datang melawat lagi" kata Riku.

   "Matte ro yo"

.
.
.

Shinano duduk di ruang tamu. Dia menunggu Riku tiba. Waktu sekolah sudah lama tamat tapi Riku masih belum sampai.

   "Riku lambat" katanya sendirian.

Dia tinggal sendirian sebab ZOOL ada jadual penuh Hari Ni dan akan balik pada waktu malam. Tiba-tiba, loceng rumah berbunyi.

   "Riku ke tu?"

Shinano berjalan menuju ke pintu rumah. Dia mengintai melalui lubang pintu rumah untuk pastikan ia adalah Riku. Tetapi orang di depan pintu bukan Riku tapi seorang lelaki yang Tak dikenali. Dia memakai topi dan topeng, jadi dia Tak nampak mukanya. Dia ingin buka dan bertanya tapi dia teragak-agak. Lama dia memikirkan sebelum tiba-tiba pintu itu diketuk kuat. Ketukan it mengejutkan Shinano sehingga dia jatuh ke belakang.

Bam! Bam! Bam!

Ketukan itu terus menerus diketuk. Shinano terlalu takut. Siapa lelaki itu? Apa yang dia nak? Dia bukan posmen atau penghantar makanan. Dia terlalu suspicious. Shinano Tak tahu apa dia patut buat. Dia terlalu takut sehingga dia Tak boleh nak bergerak.

Telefonnya masih berada di tangannya. Dia mula mendail nombor. Sebab terlalu takut Dan tangannya menggeletar, dia menelefon Touma sebab itu Nama pertama yang dia nampak.

...

   "Kenapa kita perlu sebilik dengan mereka?" tanya Touma.

Dia rasa ingin mengamuk di situ jugak. ZOOL terpaksa berada di satu bilik dengan Trigger apabila penghawa dingin di bilik menunggu mereka tidak berfungsi Dan perlu dibaiki.

   "Kami minta maaf. Trigger jugak beri kebenaran untuk benarkan ZOOL tumpang sekali di sini" kata staff bersalah.

   "Terima kasih. Kau boleh sambung kerja kau" kata Minami.

   "Ya"

Staff itu terus pergi.

   "Ojamashimasu"
 
   "Irashai" ucap Ryu.

Beginning Of The EndTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang