Touma sudah dengar cerita tentang Riku. Daripada dia discout oleh Presiden Takahashi dan macam mana Idolish7 tahu identiti Riku.
"Macam tu ke ceritanya? Huh, selama ni aku ingat takde siapa yang ambil pasal kau lagi, Riku" kata Touma.
Riku menunjuk buku nota kepada Touma dengan menulis maaf.
"Buat apa kau nak minta maaf? Kau pun nak jadi idol juga. Aku takkan halang kau. Kau boleh lakukan apa yang kau nak lakukan sekarang" kata Touma.
Riku semakin menunduk.
"Riku?"
"Riku-kun ada cerita pada kami dulu dia bagitahu pada abangnya dia nak jadi idol tapi dia ditolak sepenuhnya oleh abang dia. Katanya dia terlalu lemah untuk lakukannya dan akan membebankan orang lain" kata Sougo.
"Tenn Tak guna! Kalau aku jumpa dia, aku lumat mulut dia! Aku Tak tahan lagi!"
'Bukan kau seorang sahaja' fikir Iori.
Riku masih menunduk. Bila dia teringatkan kata-kata Tenn yang menolaknya agar dia bermimpi menjadi seorang idol sangat menyakitkan hatinya. Dia ingin menangis tapi dia Tak boleh nak keluarkan air mata. Selama lima tahun dia koma, dia Tak dapat nak menyanyi sebab terlibat kemalangan. Apakah dia tidak ditakdirkan menjadi seorang idol seperti Tenn kata? Adakah dia betul?
Memori Masa kecilnya, ada yang indah, ada yang pahit. Dia mempunyai keluarga yang baik. Abang yang baik. Dia hidup dengan baik walaupun dia sakit. Sejak kecil, dia alami asma teruk Dan perlu keluar masuk dari hospital. Ibu bapanya selalu sibuk dengan kerja mereka. Jadi, Tenn selalu menemani Riku sebaik pulang dari sekolah. Memori waktu kecilnya, kebanyakan hanya meluangkan Masa di hospital. Tenn sahaja yang selalu menemaninya dan selalu beri keceriaan kepadanya.
Tapi sejak Tenn meninggalkan keluarga, Riku rasa dia Tak boleh nak teruskan hidup. Dia pernah mengatakan dia Tak kisah mati sebab asma dan membuat ibu bapanya sangat risau tentang Riku. Sehinggalah satu hari, mereka terlibat kemalangan. Dia Tak sangka nyawa ibu bapanya yang melayang dan bukannya dia.
Lepas dia sedar dan mendapat memorinya semula, dia pernah terfikir. Kenapa ambil nyawa mereka yang Tak bersalah Dan bukan aku? Kenapa mesti mereka? Aku Tak perlu hidup lagi. Aku Tak mahu hidup lagi. Aku hanya akan terus membebankan orang sekeliling aku.
"Riku"
Riku mendongak. Dia lihat wajah Touma. Melihat wajahnya mengingatkannya ketika kali pertama mereka bertemu. Dialah satu-satunya kawan yang dia ada selain Tenn. Dia dapat bermain, bergurau dan bercerita impian mereka sendiri.
Ah, hidup ni takdelah sudah sangat. Aku diberi peluang. Peluang untuk bertemu dengan kawan kecil Dan bertemu dengan kawan baru.
Riku mendaratkan dahinya pada lengan Touma.
'Terima kasih'
Dia teringin mengucapnya tapi dia tahu Touma mesti tahu Riku mengucapkan terima kasih kepada dia.
.
.
.Tenn tercegat. Dia Tak percaya dengan matanya. Dia Tak percaya apa yang dia lihat. Dia berdiri di hadapan tapak runtuhan. Melihat keadaan tapak itu, runtuhan itu sudah dilakukan lama dulu. Terdapat papan tanda mengatakan ia akan membina sebuah apartment baru yang akan dimulai pembinaan pada bulan depan.
"Mak... Ayah... Riku..."
Seorang wanita tua duduk di hadapan kedainya. Tenn mendekati wanita tua itu untuk bertanya.
"Maaf, saya nak tanya. Sebelum ni ada sebuah rumah di sini. Apa jadi pada rumah tu dan keluarga yang tinggal di situ?" tanya Tenn.
"Anak ni siapa?" tanya wanita tua itu.
YOU ARE READING
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...