30

95 14 1
                                    

Riku tiba di apartment ZOOL. Dia terus berlari Naik guna tangga menuju ke tingkat tiga. Setiba di tingkat tiga, dia terus berlari menuju ke rumah ZOOL. Dia tiba di hadapan pintu tapi tiada sesiapa di situ. Pada Masa yang sama, Touma tiba.

   "Riku!"

   "Touma!"

Mereka terus membuka pintu Dan masuk ke dalam. Dalam rumah itu sangat tenang tanpa ada tanda pecah masuk tapi tiada sesiapa di situ. Mahupun Shinano. Telefon Shinano berada di atas lantai. Touma mengutipnya.

   "Orang tu dah culik Shinano ke?" tanya Riku risau.

   "Tak. Pintu masih berkunci. Shinano mungkin bersembunyi" kata Touma.

Mereka berpecah untuk mencari Shinano. Touma mencari di setiap bilik manakala Riku mencari di ruang tamu dan dapur. Mereka Tak jumpa Shinano di mana-mana.

   "Jumpa?"

Touma menggeleng.

   "Kat mana kau bersembunyi, Shinano-kun?" tanya Riku.

   "Kalau aku takutkan sesuatu, aku akan bersembunyi di tempat yang Selamat" kata Touma.

   "Tempat Selamat? Mungkin ke?"

Riku berlari masuk ke setiap bilik tidur dan periksa almari baju. Semua almari di bilik ZOOL kosong. Tinggal bilik Shinano sahaja.

Perlahan Riku buka pintu almari. Ternyata Shinano bersembunyi di dalam almari baju sambil menekup kedua telinganya dan badannya menggigil ketakutan.

   "Shinano" panggil Riku.

Panggilan itu mengejutkan Shinano. Shinano sudah menangis kerana takut.

   "Shinano, Mari keluar" kata Riku.

   "O-orang tu... kat depan..."

   "Orang tu dah takde. Kau selamat" kata Riku.

Dia menghulurkan tangannya.

   "Mari keluar"

Dia masih takut. Dengan tangan menggeletar, dia capai tangan Riku. Dengan perlahan, dia keluar dari almari Dan memeluk Riku. Riku menepuk belakangnya dan cuba menenangkannya.

   "Shh, jangan risau. Semua Tak apa-apa sekarang" kata Riku.

Touma berdiri di pintu bilik lega melihat Shinano Selamat.

   "Semua Tak apa-apa sekarang. Saya minta maaf sebab datang lambat" kata Riku.

Badan Shinano masih menggeletar. Lama-kelamaan, badannya mula lemah dan dia jatuh pengsan.

   "Shinano!"

Shinano sedar dari pengsannya. Riku serta ZOOL dan manager lega melihat dia sedar.

   "Saya..."

   "Kau pengsan sebab asma kabuh. Nasib baik ada inhaler, kau takkan apa-apa" kata Riku.

   "Bila fikirkan balik, waktu tu saya rasa sesak" kata Shinano.

   "Maaf. Saya ada asma Dan kau terpaksa merasai kesakitannya" kata Riku tunduk.

Shinano menggeleng.

   "Bukan salah kau, Riku" kata Shinano.

Riku meramas kepala Shinano.

   "Shinano, siapa yang tiba-tiba datang je rumah tadi?" tanya Torao.

   "Saya Tak tahu sebab saya Tak nampak mukanya. Dia pakai topeng dan topi" kata Shinano.

   "Macam tu ke? Yang penting kau Selamat" kata Touma.

   "Saya minta maaf sebab telefon kau sewaktu kau sedang kerja" kata Shinano.

   "Touma terus berlari keluar lepas mendapat panggilan kau, Shinano-kun" kata Minami.

   "Kita orang pulak kena cover dia. Susah tau nak cover dia" kata Haruka.

   "Tapi nasib baik dia Tak pecah masuk ke rumah. Sebenarnya apa lelaki tu nak kalau bukan nak pecah masuk?" tanya Torao.

   "Aku nak je fikir stalker kita yang nak pecah masuk" kata Haruka.

   "Tapi tiada sesiapa yang tahu Shinano tinggal dengan kita" kata Minami.

Mereka tenggelam ke dalam pertanyaan yang sukar nak dipecahkan.

   "Aku malas nak fikir semua tu sekarang. Sekarang ni terlalu bahaya untuk Shinano tinggal seorang diri" kata Touma.

   "Saya setuju tapi macam mana? Kau semua ada kerja dan Riku perlu ke sekolah. Siapa nak jaga dia?" tanya manager.

   "Aku ada seseorang dalam fikirkan aku sekarang" kata Touma.

.
.
.

   "Aku? Jaga budak? Kenapa?" tanya Tsukumo Ryo, pakcik Touma.

   "Cuma kau sahaja yang boleh tolong kitaorang. Lagipun kau cuma duduk Kat pejabat je. Shinano cuma tunggu di sini sehingga kami selesai dengan kerja kami" kata Touma.

   "Ada sebab tertentu kenapa kau suruh aku jaga budak?" tanya Ryo.

   "Ini kedengaran Gila tapi kau ingat lagi kawan yang aku jumpa waktu mak terlantar di hospital?" tanya Touma.

   "Ah, budak sakit asma tu? Kenapa dengan dia?" tanya Ryo.

   "Dia terlibat kemalangan Dan koma selama lima tahun. Sekarang dia sedar tapi dia sedar dalam badan orang lain" cerita Touma.

Ryo menongkat dagunya mendengar cerita Touma.

   "Ia cerita betul dan ia betul-betul berlaku sekarang" kata Touma.

   "Hm, aku masih ragu-ragu dengan cerita kau. Semua betul ke, manager-san?" tanya Ryo.

   "Ya, tuan. Semuanya benar" jawab manager.

Ryo memikirkan sebentar sebelum dia membuat keputusan.

   "Baiklah. Aku setuju. Asalkan budak tu Tak kacau kerja aku" kata Ryo.

   "Dia budak baik. Dia takkan kacau kau, pakcik" kata Touma.

   "Presiden Ryo bila kita dalam pejabat, Touma" kata Ryo.

   "Baik. Baik. Presiden Ryo" ballad Touma.

   "Jadi, Mana budak tu?" tanya Ryo.

   "Manager"

Manager berjalan menuju ke pintu Dan buka. Shinano berjalan masuk ke dalam pejabat. Ryo memerhatikan Shinano. Dia masih menggunakan tingkat tapi guna satu sahaja. Dia boleh berjalan seperti biasa. Badannya masih kurus akibat badannya koma selama lima tahun.

   "Selamat berkenalan. Nama saya Toushiro Shinano"

   "Konbawwa" ucap Ryo.

Touma menepuk kepala Shinano.

   "Dia akan jaga kau sementara kitaorang pergi kerja. Kalau kau nak apa-apa, kau mintak je dari dia" kata Touma.

Shinano mengangguk faham. Touma Dan manager berjalan keluar sebelum Touma memaling ke belakang, ingin mengatakan sesuatu.

   "Satu lagi, kalau Presiden nak jumpa dengan Presiden Yaotome tu, jangan sampai dia jumpa dengan Kujo Tenn" kata Touma.

   "Kenapa?" tanya Ryo.

   "Pemilik asal badan tu adik kembar kepada Kujo Tenn. Jangan nak Cari pasal dengan Yaotome sementara kau jaga Shinano" kata Touma.

   "Baik~"

   "Boleh percaya ke?"

Touma Dan manager terus keluar dari pejabat. Tinggal Shinano di bawah penjagaan Ryo.

   "Kau rasa ini idea terbaik ke tinggalkan dia dengan Tuan Ryo?" tanya manager risau.

   "Jangan risau. Nampak je dia ni suka Cari pasal dengan orang lain tapi dia tu..."

Touma membisik di telinga manager membuat manager terkejut mendengar kegemaran dari Touma.

   "Jadi Tak perlu risau" kata Touma.

Beginning Of The EndWhere stories live. Discover now