Shinano berjalan keluar dari bilik. Dia bosan duduk dalam bilik. Dia ingin jalan-jalan. Dia menyapa semua pesakit yang lalu dengan senyuman.
"Shinano, ke mana kamu nak pergi?" tanya jururawat.
"Saya nak jalan-jalan sebentar" jawab Shinano.
"Jangan keluar terlalu lama" kata jururawat.
"Baik"
Shinano bersiar-siar di taman. Dia menghirup udara di situ. Mendapat hirup udara segar, menenangkannya. Dia berjalan sambil melihat langit. Langit biru serta awan putih di hari yang terang dan senang. Lama dia memandang ke langit sebelum dia terlanggar seseorang. Nasib baik orang yang melanggarnya berjaya menangkapnya dari jatuh ke tanah.
"Saya minta maaf" ucap Shinano.
"Lain kali tengok jalan" kata lelaki itu.
"Ya. Saya betul-betul minta maaf"
Shinano melihat wajah lelaki yang dia langgar. Lelaki itu tinggi dari dia. Wajahnya nampak bengis dan menakutkan. Jika sesiapa melihat wajahnya seperti itu, mesti mereka akan berasa takut tapi entah kenapa dia tak berasa takut dengannya. Pada masa yang sama, kenapa dia rasa kenal? Mereka pernah berjumpa ke?
"Oi, kau ok tak?"
"Ah, ya. Saya minta maaf sebab langgar awak" kata Shinano.
"Takpelah. Kau... pesakit di sini?" tanya lelaki itu.
"Ya" jawab Shinano.
"Kalau kau tak keberatan, boleh bagitahu sebabnya?"
"Ah, saya terlibat kemalangan langgar lari. Itu yang saya dengar" kata Shinano.
"Kau dengar?"
"Saya mengalami amnesia. Jadi saya tak ingat langsung apa-apa" kata Shinano.
"Hurm..."
"Um, awak pulak datang melawat ke?" tanya Shinano.
"Ya. Lebih kurang" jawabnya.
"Siapa? Kawan? Keluarga?" tanya Shinano.
"Kau ni banyak tanya juga. Kawan. Dia dah lama kat sini"
"Apa jadi pada dia?" tanya Shinano.
"Dia terlibat kemalangan dengan keluarganya. Kenderaan yang dinaiki oleh mereka dilanggar lori"
Shinano teringat memorinya. Ia hampir sama dengan apa yang diceritakan olehnya. Jantungnya berdegup kencang mendengar cerita itu.
"Apa jadi... pada keluarganya?" tanya Shinano getar.
"Keluarganya tak dapat diselamatkan. Hanya dia sahaja yang selamat"
Jantungnya macam berhenti sebentar selepas mendengar bahawa keluarga itu sudah meninggal. Adalah memori itu betul? Tapi bukan dia yang alaminya. Kenapa dia dapat memori itu?
"Oi, kau ok tak?"
Shinano terus jatuh pengsan.
"Oi! Kau ok tak? Oi, bangun!"
.
.
.Shinano sedar dari pengsannya. Dia pengsan lagi. Kali ni berapa lama? Dia melihat sekeliling sebelum dia melihat lelaki yang dia bertemu di taman duduk di kerusi bersebelahan dengan katilnya. Tidur. Dia menunggunya sedar ke?
Dia bangun dari baringnya. Dia cuba bangun tanpa buat apa-apa bunyi. Lelaki itu terbangun dari tidurnya.
"Ah, maaf. Saya terbangunkan awak ke?" tanya Shinano.
"Aku tak tidur pun. Kau ok?"
"Ya. Maaf. Saya mesti susahkan awak" kata Shinano.
"Tak, jangan risau. Saya takde apa-apa kerja sekarang. Nama aku Inumaru Touma. Kau Shinano Toushiro kan? Aku nampak nama tu kat papan" kata Touma.
"Ya. Selamat berkenalan" ucap Shinano.
"Kepala kau sakit lagi ke? Sebelum kau pengsan, kau macam sakit" kata Touma.
"Ah, takde apalah. Saya masih dalam proses nak baik. Sebelum ni pun saya pernah pengsan" kata Shinano.
"Macam tu ke... Aku harap kau cepat sembuh. Aku perlu balik sekarang" kata Touma.
"Saya minta maaf sebab awak terpaksa tinggi saya sedar" kata Shinano.
"Takpe. Kau berehatlah" kata Touma.
"Kalau kita jumpa lagi, boleh?" tanya Shinano.
Touma tersenyum. Dia orang kedua yang membuat Touma tersenyum. Kenapa? Sebab sikapnya hampir sama dengan rakannya yang koma. Dia ambil nota dan pen. Dia menulis nombor telefon.
"Kalau kau bosan, kau boleh telefon aku" kata Touma.
"Terima kasih" ucap Shinano.
Lepas beberapa hari, akhirnya Shinano dibenarkan pulang. Dia masih perlu berjumpa dengan doktor sebulan sekali serta kaunseling. Ichigo datang untuk membawanya pulang. Shinano melihat setiap bangunan dari tingkap kereta. Dah berapa lama dia tak keluar untuk melihat dunia luar.
Lepas berapa lama, akhirnya mereka tiba di rumah. Ichigo dan Shinano turun dari teksi sebelum berjalan masuk ke rumah. Shinano kagum melihat rumah itu. Rumah itu besar dan mempunyai ruang taman yang luas.
"Mari, Shinano. Yang lain dah tunggu" kata Ichigo.
Mereka masuk ke dalam rumah. Dari pintu masuk, dia boleh dengar kekecohan dari adik-beradiknya yang lain. Mereka masuk ke ruang tamu. Semua adik-beradiknya sudah menunggu kepulangannya.
"Selamat pulang, Shinano!"
"Saya dah balik" balas Shinano.
Mereka meraikan kepulangan Shinano. Banyak makanan yang mereka masak. Lepas makan, mereka berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Ichigo pula berada di dapur, membasuh pinggan mangkuk bersama Midare dan Gokotai.
"Houchou, tukar saluran lain" kata Namazuo.
Houchou ambil alat kawalan dan menukar saluran. Beberapa kali ia tukar saluran untuk mencari cerita yang menarik perhatian sehingga ia membuka saluran apabila sebuah kumpulan idol sedang menyanyi.
"Oh, ZOOL" kata Nakigitsune.
Mereka melihat persembahan ZOOL. Walaupun melalui kaca televisyen, persembahan mereka memberi impak kepada mereka yang menonton.
"Hebat. Mereka baru debut tapi persembahan mereka macam pro" kata Gotou.
Dalam kaca tv itu, menunjukkan seorang lelaki yang Shinano amat kenal. Ia adalah Inumaru Touma.
"Oh, orang tu"
"Kenapa, Shinano?" tanya Honebami."Takde apa. Mereka hebat" puji Shinano.
"Ya. Saya ada dengar interview mereka sebelum ni. Ramai peminat tanya kenapa Inumaru Touma tak selalu senyum" kata Namazuo.
"Apa dia jawab?" tanya Gotou.
"Dia kata dia cuma akan senyum dengan orang yang penting bagi dia je" jawab Namazuo.
"Tak masuk akal. Sebagai seorang idol, kena selalu senyum di depan peminat" kata Houchou.
Dalam fikiran Shinano, dia teringat Touma senyum kepadanya. Dia tak pernah sangka Touma bersikap macam tu tapi dia tahu Touma sebenarnya baik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...