2

267 19 1
                                    

Ichigo dan beberapa orang dibelakangnya berjalan menuju ke bilik Shinano. Setiba di bilik Shinano, mereka menyerbu masuk.

   "Shinano!"

Dua orang kanak-kanak melompat ke arah Shinano Dan memeluknya. Shinano terkejut apabila biliknya tiba-tiba diserbu masuk Dan dua orang kanak-kanak memeluknya.

   "Akita. Gokotai. Jangan buat macam tu" marah Ichigo.

   "Maaf"

Shinano keliru. Dia melihat setiap wajah seorang demi seorang. Selain Ichigo, dia Tak kenal sesiapa atau lebih tepat dia Tak ingat.

   "Ichi-nii dah bagitahu kami pasal kau. Shinano, saya gembira kau dah sedar" kata salah seorang dari mereka.

    "Um, boleh saya tahu... nama?" tanya Shinano.

   "Ahha, ya. Mama saya Gotou. Ini Midare"

   "Selamat berkenalan, Shinano" kata Midare.

   "Saya Yagen. Ini Akita Dan Gokotai. Maaflah mereka tiba-tiba menyerbu masuk tadi" kata Yagen.

   "Tak..."

   "Nama saya Namazuo Dan ini Honebami. Kami kembar Tak seiras. Ini pulak Nakigitsune Dan Houchou" kata Namazuo.

   "Um, selamat berkenalan" ucap Shinano.

   "Shinano, mereka semua Ni adik-beradik kamu" kata Ichigo.

Shinano Tak percaya betapa ramainya adik-beradik.

   "Kamu terkejut ke bila kamu tahu Ada ramai adik-beradik?" Tanya Nakigitsune.

   "Ya" jawab Shinano.

   "Nanti kau dah biasa dengan kami. Jangan risau" kata Namazuo.

   "Namazuo-niisan, jangan stresskan Shinano" kata Midare.

   "Betulkan saya kata" kata Namazuo kepada Honebami.

Honebami mengangguk.

   "Shinano-niisan" panggil Akita.

Akita Dan Gokotai berada di sebelah kiri katil dengan wajah risau.

   "Kepala... masih sakit ke?" tanya Gokotai.

Shinano senyum. Dia Tak mahu dua adiknya risau dengannya walaupun mereka masih kecil tapi mereka faham situasi. Shinano menghulur tangan Dan hinggap pada kepala mereka.

   "Dah Tak sakit lagi. Terima kasih" ucap Shinano.

Akhirnya mereka memberi senyuman apabila mendapat jawapan dari Shinano. Mereka berbual untuk mengisi Masa sehingga waktu melawat tamat.

   "Bye-bye, Shinano. Kita jumpa lagi" kata Gotou.

   "Cepatlah sembuh Dan keluar dari hospital ni" kata Namazuo bersama Honebami.

   "Kami pergi dulu" kata Nakigitsune selepas meramas kepala Shinano.

   "Kita jumpa di rumah nanti, Shinano" kata Yagen.

Gokotai Dan Akita melambai kepada Shinano dan mengikut Yagen. Begitu juga dengan Houchou. Ichigo orang terakhir yang keluar. Sebelum dia keluar, dia memaling ke arah Shinano.

   "Shinano, kamu berehatlah. Esok saya datang lagi" kata Ichigo.

Shinano mengangguk. Dia akan menunggu kedatangannya.

Ichi berjalan laju mengejar adik-beradik nya. Dia melepasi seorang lelaki yang membawa sejambak bunga. Lelaki itu menghayun bunga itu tanpa membawanya dengan baik. Dia berjalan dan berhenti di hadapan sebuah bilik.

Beginning Of The EndWhere stories live. Discover now