46

164 13 0
                                        

Ichigo mula sedar dari tidurnya Dan dia asyik mendengar suara yang sangat bising Dan bengit. Perlahan dia buka mata. Dia melihat sekeliling Dan sedar dia berada di tempat yang sangat asing.

   'Ini... lokap ke?'

Ya. Dia sekarang berada di dalam lokap di balai polis. Macam mana dia boleh berada di sini? Fikir! Fikir! Sebelum dia tertidur, dia bertenu dengan Trigger Dan menghalau mereka keluar dari membawa Shinano yang berada dalam badan Riku pergi bersama mereka. Lepas itu, semua jadi gelap-gelita.

Tapi kenapa dia berada dalam lokap?

   "...! Budak tu ke?"

Dia tahu Kujo Tenn yang melaporkan kepada pihak polis. Mesti dia dianggap penculik ZOOL sekarang. Ichigo hanya mampu mengeluh.

   "Kau buat benda yang diluar jangkaan, Kujo" monolognya sendiri.

Tidak, dia lupa perkara yang sebenar! Sebelum dia kembali ke rumah, dia Dan Touma terjumpa GPS di dalam loket yang Touma jumpa. Sebab mereka tiba-tiba tertidur, Mesti sebab Red Blood!

Ichigo terus bangun Dan memanggil seseorang.

   "Hei! Sesiapa! Sesiapa!"

   "Bisinglah! Duduk diam sahaja!" kata seorang detektif.

   "Detektif, tolonglah! Saya Tak patut ada di sini sekarang. Adik saya dalam bahaya!" kata Ichigo.

   "Huh, apa kau cakap ni? Kau ingat kami akan lepaskan kau lepas dapat laporan yang kau menculik idol!"

   "Budak tu dah melampau! Dengar! Adik Aku ada dalam senarai nama Red Blood. Sekarang ni dia Mesti sudah ditangkap oleh Red Blood tu! Kalau kau Tak lepaskan Aku, adik Aku akan mati!" kata Ichigo.

   "Lebih baik kau duduk diam sahaja! Budak-budak zaman sekarang ada-ada je sebab Tak munasabah"

Ichigo meramas kepalanya dengan kasar. Bukan senang nak dapat kepercayaan polis kalau diri sendiri dianggap seorang penjenayah. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu.

   "Maaf, boleh saya pinjam telefon?"

   "Nak buat apa?"

   "Saya nak telefon kawan saya"

   "Kau ingat kawan kau tu boleh kau ke? Jangan harap"

   "Kita tengok nanti siapa yang menang"

   "Kau mencabar Aku?"

   "Habis, apa saya buat lagi?"

   "Baik! Kita tengok siapa yang menang! Kalau Aku menang, kau akan terus masuk ke penjara tanpa dapat lihat matahari lagi" kata detektif dengan penuh yakin Dan beri telefonnya kepada Ichigo.

   "Kalau saya menang, kau kena menunduk depan saya" kata Ichigo.

   "Baik! Telefonlah!"

Ichigo terus mendail nombor l. Lama dia menunggu orang itu mengangkat panggilan.

   "Helo... Maaf sebab mengganggu. Saya perlukan bantuan kau"

Touma sedar dari tidurnya. Dia mengeliat untuk bangun sebelum dia tersedar. Dia berada di dalam sebuah bilik yang dia amat kenal. Bilik yang sama seaktu dia diculik sebelum ni.

   "Apa? Macam mana?"

Touma mula rasa gelisah. Wajahnya juga mula pucat.

   "Tidak... Tak mungkin..."

Dia duduk di penjuru bilik sambil memegang kepalanya. Memori pahitnya berada di bilik itu mula terimbau kembali. Pisau. Darah. Senyuman. Jeritan.

   "Aaahhh!!!"

Beginning Of The EndTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang