Touma, Torao Dan Minami mengemas barang mereka.
"Mana Haruka? Lambatnya?" tanya Torao.
"Tadi Kujo Tenn panggil dia" jawab Minami.
"Dah mula ke?"
"Huh, Aku pergi panggil dia" kata Touma Dan berjalan keluar dari bilik.
"Orang tua tu Tak cakap apa-apa Kat kau ke?" tanya Haruka.
"Jangan panggil dia macam tu" marah Tenn.
"Kau marah ke? Maaflah tapi betul apa? Dia sendiri yang dah tua tapi dia tetap nak cari orang yang boleh merealisasikan impian dia. Buat Aku ketawa je" kata Haruka.
"Kau...!"
"Aku dah bersama dia lebih lama dari kau sebelum dia halau Aku. Aku tahu dia sebenarnya orang macam mana. Bila kau Tak capai apa yang dia impikan, dia pun akan halau kau" kata Haruka.
"Haruka Isumi...!"
"Oi, kau dah habis cakap belum? Kalau dah Aku nak ambil ahli Aku balik" kata Touma Dan tarik Haruka.
"Oi, Aku belum habis cakap lagi!" kata Haruka.
"Lain kali kau boleh jumpa dia. Sekarang Ni kita kena balik. Tukar baju Dan balik" kata Touma.
"Lepaskanlah!"
Shinano duduk di meja belajarnya. Melakukan kerja sekolah. Banyak pelajaran dia tertinggal selama dua bulan. Nasib baik rakan baiknya, Kiyomitsu dan Yasusada Ada membantunya. Dia mungkin dapat mengejar pelajaran yang dia tinggal sebelum pemeriksaan tapi...
"Ah, satu pun Aku Tak faham" kata Shinano.
Panas otaknya memikirkan solusi untuk jawapan. Dia melihat jam di atas meja belajarnya. Ia menunjukkan hampir pukul 11 malam. Shinano mula belajar lepas makan malam sampai Tak perasan Masa berlalu dengan cepat.
"Dah pukul 11 ke? Rasa dahaga pula"
Shinano berjalan keluar dari bilik. Semua adik-beradik sudah masuk tidur' untuk hari esok. Shinano belum sedia lagi untuk tidur. Kalau boleh, dia ingin habiskan satu topik sebelum tidur.
Shinano minum secawan air di dapur sebelum Nakigitsune masuk.
"Nakigitsune-nii"
"Tak boleh tidur ke?" tanya Nakigitsune.
"Taklah. Saya tengah belajar" jawab Shinano.
"Jangan berjaga lama sangat. Esok kamu sekolah lagi" kata Nakigitsune.
"Ya. Kenapa Nakigitsune-nii Ada di sini? Saya terbangunkan kau ke?" tanya Shinano.
"Taklah. Kucing saya Tak henti-henti mengiau. Mungkin dia dahaga" kata Nakigitsune.
Pada kakinya Ada seekor kucing.
"Comelnya. Saya Tak tahu pula kita bela kucing" kata Shinano.
Dia ingin mengusap kucing itu.
'Jangan pegang kucing tu. Nanti kau sakit'
Shinano terhenti. Apa tadi tu?
"Shinano, kenapa Ni?" tanya Nakigitsune.
"Ah, takde apa. Saya Naik bilik dulu" kata Shinano.
Setiba di bilik, dia terus tutup pintu. Apa tadi tu? Kenapa dia tiba-tiba dia dengar suara tu? Suara tu sama dengan suara yang dia dengar di hospital hari tu. Siapa sebenarnya suara tu? Shinano menggeleng kepalanya.
"Mungkin sebab Aku terlalu penat. Lebih baik tidur je"
Shinano baring ke katilnya Dan terus tidur tanpa memikirkan apa-apa.
"Shinano! Shinano, bangunlah! Kau lambat ke sekolah nanti!"
Shinano sedar dari tidurnya selepas dengar seseorang menjerit dari luar biliknya. Lambat ke sekolah? Dia ambil telefonnya untuk melihat jam. 7.30 pagi. Oh, tidak!
"Habislah! Saya dah lambat!"
Shinano bergegas bersiap untuk ke sekolah.
Tenn bersama dia ahlinya, Yaotome Gaku Dan Tsunashi Ryunosuke berada dalam kenderaan. Mereka dalam perjalanan menuju ke studio. Wajah Tenn seperti marah dengan sesuatu.
"Tenn, jangan biar benda tu mengganggu kau" kata Gaku.
"Aku Tak fikir apa-apa" kata Tenn.
"Muka kau dah tunjuk kau masih fikirkan pasal semalam" kata Gaku.
Gaku Dan Ryu tahu tentang semalam. Tenn bertemu dengan Haruka Isumi, ahli ZOOL sebab perkara yang dikatakan oleh Haruka sewaktu shooting semalam. Rahsia yang memusnahkan kehidupan orang? Mereka Tak tahu apa hubungan Tenn dengan Haruka tapi mereka kenal satu sama lain.
"Tenn, kau Dan Haruka kenalkan ke?" Tanya Ryu.
"Tak" jawab Tenn.
"Habis, kenapa kau nak jumpa dia semalam padahal kita baru jumpa mereka semalam?" tanya Gaku.
"Takde kaitan dengan korang berdua" kata Tenn.
Gaku Hanya mengeluh. Dia memang Tak tahan dengan perangai center ya yang keras kepala. Dia Tak pernah bagitahu apa-apa pasal latar belakangnya, jadi latar belakangnya menjadi misteri kepada mereka berdua.
Setiba di studio, mereka menukar pakaian mereka kepada pakaian persembahan sebelum bergerak keluar dari bilik menunggu ke studio. Masuk sahaja ke studio, mereka ditegur oleh seseorang.
"Oh, Trigger! Akhirnya sampai jugak"
"Mitsuki-kun. Awalnya korang sampai" kata Ryu.
"Mana yang lain?" tanya Gaku.
"Mereka Ada di sana"
Mitsuki menunjuk ke arah ahlinya Tak jauh dari mereka.
"Oh, Trigger!"
"Lama Tak jumpa Idolish7" kata Gaku.
"Kali terakhir sewaktu konsert summer tu Kan" kata Yamato, leader Idolish7.
"Waktu tu sangat hebat Dan saya berasa exciting" kata Nagi, satu-satu ahli luar negara.
"Sampai sekarang lagu Natsu Shioslze masih menjadi kegemaran semua peminat" kata Sougo.
"Trigger sangat hebat" puji Tamaki, ahli paling muda.
"Arigatou, Tamaki-kun" ucap Ryu.
"Tsunashi-san. Yaotome-san. Kenapa dengan Kujo-san?" tanya Iori, center Idolish7 Dan adik kepada Mitsuki.
Tenn berdiri jauh dari mereka. Mereka pelik apabila Tenn Tak bertegur.
"Ah, Ada salah faham antara dia Dan Haruka Isumi dari ZOOL semalam" kata Gaku.
"Tak pernahlah Tenn Ada isu dengan sesiapa walaupun kita tahu Tenn bermuka dua" kata Yamato.
"Yamato-san, Tak ke itu keterlaluan" kata Sougo.
"Kujo-san Dan Isumi-san Ada apa-apa hubungan ke?" tanya Iori.
"Itu yang kami Tak tahu. Kami Tanya pun Tak jawab" kata Gaku.
"Tenn Tak pernah cerita apa-apa pasal diri dia. Jadi, kadang-kadang Gaku Dan Tenn bergaduh dengan perkara kecil" kata Ryu.
"Itu salah dia sebab taknak bagitahu apa-apa Kat kita. Dia asyik anggap kita cuma rakan kontrak je" kata Gaku.
"Sampai macam tu sekali? Memang misteri" kata Mitsuki.
"Kan?"
"Idolish7! Trigger! Standby!"
"Kita berbual lagi lepas habis Ni" kata Nagi.
"Aku nak makan Ousama Pudding banyak-banyak" kata Tamaki.
"Tamaki-kun, kita masih Ada kerja lepas Ni" kata Sougo.
"Eh..."

ANDA SEDANG MEMBACA
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...