"Aaahhh!!!"
Touma terus bangun dari tidurnya disertakan dengan jeritan. Jeritannya mengejutkan rakannya.
"Kau kenapa? Malam-malam buta begini nak menjerit" kata Haruka ngantuk sekali berada bengang kerana tidurnya diganggu.
Minami buka lampu ruang tamu sebelum berlari anak ke Touma.
"Touma, kau ok?" tanya Minami.
"Riku... Riku mana?" tanya Touma.
"Touma, bertenang"
"Apa jadi? Kami dengar jeritan tadi!" kata Ichigo.
Shinano, Ichigo Dan Riku turun dari tingkat dua. Jeritan Touma tentu boleh dengar sehingga ke tingkat dua. Touma melihat Riku berdiri Tak jauh dari dia. Touma terus bangun menuju ke arah Riku dan memeluknya.
"Baguslah. Kau Tak apa-apa" kata Touma.
Riku boleh rasa. Badan Touma menggeletar.
"Oi, Touma. Kau kenapa?" tanya Torao.
Riku letak jari pada bibirnya menyuruh Torao untuk senyap.
"Kita biarkan Riku-kun buat" kata Minami.
Riku mengusap belakang badan Touma dengan lembut.
"Aku fikir... kau... dah kena bunuh... Orang tu datang... Dan bunuh kau... depan Aku... Aku takut... kehilangan kau, Riku"
Riku terus mengusap dan cuba menenangkan Touma. Lepas berapa lama, Touma sudah ketiduran di pangkuan Riku.
"Apa jadi?" tanya Shinano.
Riku menaip pada telefon.
'Touma mimpi Aku kena bunuh dengan Red Blood. Aku rasa dia trauma'
"Trauma? Trauma apa?" tanya Torao.
Sekali lagi Riku menaip.
'Aku rasa traumanya bermula lepas kejadian dia diculik oleh Red Blood. Korang kata Touma rasa seram sejuk dan mual bila dia berada di rumah tu kan?'
"Ya. Betul" jawab Minami.
"Dia ok sekarang?" tanya Ichigo.
'Dia ok. Bila dia bangun nanti, dia mungkin lupa apa yang dia katakan. Jadi jangan cakap apa-apa pasal ni kepada Touma'
"Baiklah. Kami takkan bagitahu dia" kata Torao.
Riku melihat wajah Touma yang sudah nyenyak tidur. Dia membelai rambut Touma. Minami menyelimutkan Touma dengan Kain selimut Dan memberi senyuman kepada Riku. Riku membalasnya.
"Kita pergi sambung tidur" kata Minami.
"Huh, apalah. Setakat mimpi pun nak takut" kata Haruka.
"Kalau kau takut, kau boleh tidur dengan Aku" kata Torao.
"Siapa nak tidur dengan kau?" bentak Haruka.
Ichigo menyelimutkan Riku dengan selendang.
"Kau pun tidurlah, Riku" kata Ichigo.
Riku menjawab dengan anggukan. Ichigo dan Shinano berjalan kembali ke bilik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...