1

748 25 2
                                    

Gelap. Sunyi. Sejuk. Tiada satu benda yang Ada dalam pandangan. Semua hitam. Tiada satu cahaya. Tiada sesiapa. Tiada benda hidup atau benda bukan hidup. Hanya dia sahaja berada di situ. Badannya terasa ringan seakan dia terapung di udara.

Dia tak boleh gerakkan badannya langsung. Dia memandang Kanan. Kosong. Dia memandang kiri. Kosong. Sekelilingnya kosong. Dia tak tahu macam mana dia boleh berada di sini. Dunia apa ni? Macam mana dia boleh berada di sini? Apa jadi pada dia sebelum dia sedar berada di sini? Memorinya? Entah kenapa dia tak boleh ingat langsung tapi... dia ingat apa jadi pada dia.

Dia berada di dalam kereta bersama seorang lelaki dan seorang wanita. Dia duduk di bahagian belakang. Mereka seperti berbual dengan gembira sebelum sebuah lori melanggar kenderaan itu. Itulah memori yang dia ingat.

Ah... Jadi inilah kematian... Ia Tak sakit pun...

   'Shinano...'

Siapa? Siapa panggil?

   'Shinano... Bangunlah...'

Satu cahaya kecil muncul dihadapannya. Cahaya itu... ia memberi jalan untuk dia keluar dari kegelapan itu. Patut ke dia capai cahaya itu? Dia mahu ke? Tangannya mula diangkat ke udara menunjuk ke arah cahaya itu.

Kenapa dia angkat tangannya? Kenapa dia nak capai cahaya tu? Bukan dia dah mati? Tak... Dia mahu hidup lagi... Dia Tak mahu mati lagi... Terlalu cepat untuk dia mati.

Cahaya itu semakin cerah. Keadaan sekelilingnya mula putih sebelum pandangannya berubah menjadi smiling bangunan. Itulah benda pertama dia lihat. Tangannya masih terangkat di udara.

Pernafasannya naik turun seperti dia baru mendapat mimpi ngeri. Aku masih hidup? Itu pertanyaan pertama selepas dia bangun. Dia melihat sekeliling. Tempat dia berada sekarang adalah hospital.

   'Macam mana aku boleh selamat?'

   "Shinano!"

Dia melihat seorang lelaki berdiri di pintu masuk dengan wajah yang terkejut tapi gembira. Dan dia panggil dirinya Shinano? Nama tu dituju kepada dia ke?

Lelaki itu berjalan ke arah dia dan memeluknya dengan penuh risau dan erat.

   "Nasib baik... Nasib baik kau dah sedar... Shinano..."

Shinano ni siapa? Dia ke Shinano? Kenapa dia tak ingat langsung?

   "Um, maaf. Abang ni... siapa?"

Jelas wajahnya terkejut.

   "Shinano... Kau tak ingat ke? Ini saya, Ichigo. Saya abang kau. Kau tak ingat ke?" tanya lelaki itu.

Dia hanya menggeleng. Dia memang tak ingat. Memorinya kosong. Kosong tanpa apa-apa. Kenapa? Kenapa dia tak ingat?

Lelaki yang berkata dia adalah abangnya, tak boleh menahan air matanya dari mengalir.

   "Kenapa? Kenapa mesti kau? Kenapa?"

Dia menangis teresak-esak sambil memeluk adiknya. Dirinya dipanggil Shinano, membalas semula pelukan. Dia Tak kenal dia tapi hatinya turut sedih melihat lelaki itu menangis.

.
.
.

Seorang doktor duduk di sebelah katil sambil menghadap Shinano. Dia memeriksa keadaan Shinano yang baru sahaja sedar dari koma.

   "Doktor... boleh saya tahu... berapa lama saya... koma?" tanya Shinano.

Dia tak menjawab terus tapi ambil masa sedikit untuk menjawab.

   "Kamu... koma selama dua bulan Dan sekarang kamu mengalami amnesia" jawab doktor.

   "Dua bulan? Amnesia?"

Beginning Of The EndWhere stories live. Discover now