19

90 14 1
                                    

Tenn berada dalam teksi. Dia baru sahaja selesai kerjanya Dan dalam perjalanan menuju ke company semula. Sementara menunggu tiba di company, Tenn melihat pemandangan di luar tingkap. Pemandangannya Hanya bangunan Dan kedai sahaja. Serta orang berjalan di situ. Sekali dia ternampak seseorang yang dia kenal sedang berlari.

   "Maaf. Boleh berhenti sebentar" minta Tenn.

Teksi itu berhenti di tepi jalan Dan Tenn keluar dari teksi. Nasib baik dia pakai topeng Dan cermin mata untuk mengelakkan diri dari disedari oleh peminat. Shinano sudah berlari melepasinya Dan Tenn cepat-cepat panggilnya.

   "Shinano!"

Shinano berhenti berlari Dan memandang belakang. Riak wajah Shinano nampak terkejut, mungkin sebab dia Tak kenalnya di sebalik topeng Ni. Tenn melambai kepadanya. Dia ingin Shinano datang mendekatinya. Mulanya dia teragak-agak tapi tetap datang mendekat.

   "Saya kenal kau ke?" tanya Shinano.

   "Kita jumpa di hospital tempoh Hari" jawab Tenn Dan menurunkan sedikit topengnya.

Dia nampak terkejut melihatnya berada di hadapannya.

   "Kau nampak tergesa-gesa. Kau nak ke Mana?" tanya Tenn.

   "S-saya perlu pulang sekarang" jawab Shinano.

Tenn lihat Shinano sudah bermandi peluh. Mungkin dia perlu pulang segera.

    "Kalau macam tu, kau boleh baik sekali dengan aku" kata Tenn.

   "Er, Tak perlulah susah payah. Kujo-san mesti Ada kerja sekarang" tolak Shinano.

   "Aku baru habis kerja Dan sekarang Masa luang Aku. Masuklah"

Tenn sudah mencapai tangan Shinano Dan menariknya masuk ke dalam teksi.

.
.
.

   "Kau Ni siapa?"

Shinano terdiam sebentar. Kenapa dia Tanya begitu? Mungkin dia dah tahu? Tak... Tak mungkin dia tahu dengan badan Ni. Atau dia Ada sesuatu yang mengingatkan dia kepada Riku?

   "Apa maksud... Kujo-san?"

   "Maaf. Aku salah soalan. Maksud aku, Hari tu Aku Tak sempat nak cakap waktu tu tapi waktu adik kau sedih Dan kau beri gula-gula kepada dia mengingatkan aku pada Masa lalu" kata Tenn.

   "Ah, yeke?"

Shinano lega. Dia ingat identitinya terbongkar.

   "Lihat kau dengan adik kau waktu tu, Tak tahulah macam mana nak kata tapi Aku rasa senang tengok. Rasa nostalgic" kata Tenn.

   "Jadi Mana adik kau sekarang?" tanya Shinano.

   "... Tak tahu tapi Aku tahu dia hidup baik Kat mana-mana" jawab Tenn.

   'Aku tak hidup dengan baik, Tenn-nii. Lepas kau pergi, aku merana. Sangat merana. Aku ingat kau dah lupakan aku. Rupanya kau masih ingat. Pasti Gila kalau Aku kata Aku Ni Riku Kat depan dia'

Lepas berapa lama, mereka tiba di hadapan rumah Shinano.

   "Kat sini rumah saya. Terima kasih sebab tumpangkan saya, Kujo-san" ucap Shinano Dan terus keluar dari teksi.

Tenn melihat Shinano bertemu dengan Midare Dan Gotou. Gotou kelihatan memarahi Shinano manakala Shinano Cuba meminta maaf pada dia. Melihat mereka, membuat Tenn tersenyum tapi Hanya sementara.

   'Toushiro Shinano, kau Ni siapa sebenarnya?'

Dia Tak bagitahu pada Shinano bahawa dia Ada adik. Macam mana dia tahu? Atau dia hanya bertanya?

Tenn terus memberitahu kepada pemandu untuk membawanya kembali ke company.

.
.
.

Touma masih menemani Riku di hospital. Sejak beberapa Hari Ni, dia tiada kerja yang banyak Dan dia dapat meluangkan Masa bersama Riku dengan berbual dengannya walaupun dia tahu Riku takkan dengar suaranya. Tapi dia tetap terus mencuba lagi Dan lagi Dan menunggu sehingga Riku sedar Dan memberi jawapan kepadanya.

Shinano masuk ke dalam bilik lepas dia kembali dari sekolah.

   "Touma-san" panggil Shinano.

   "Ah, Shinano. Kau Tak penat ke lepas habis sekolah datang ke sini?" tanya Touma.

   "Kalau dapat luangkan Masa dengan Riku, saya Tak rasa penat pun" kata Shinano.

   "Sekarang kau Ada Kat sini, aku perlu kembali ke company sekarang" kata Touma.

   "Ada kerja ke?" tanya Shinano.

   "Ya. Esok Aku takde untuk tiga hari. Kau tolong jaga Riku untuk Aku" kata Touma.

   "Ya. Jangan risau pasal Riku. Saya akan jaga dia" kata Shinano.

   "Kalau Ada apa-apa, telefon sahaja Aku" kata Touma sebelum berjalan keluar dari bilik.

Selepas Touma pergi, tinggal Shinano bersama Riku.
Mata Riku masih terbuka tapi masih belum nampak atau kesedarannya masih belum datang. Sekarang dia bersendirian, dia boleh memanggil nama sebenar jiwa yang berada di badannya.

   "Shinano-kun... Apa Aku perlu buat? Macam mana Aku nak bagitahu Touma bahawa Aku Ni Riku? Aku takut dia akan bencikan Aku... Kalau kau dah sedar Dan jiwa kita bertukar semula... Huh, macamlah ia akan berlaku. Aku masih Tak tahu macam mana nak kembalikan jiwa kita ke badan kita semula. Ne, Shinano-kun, bangunlah. Kau dah tidur lama ni"

Esok harinya, Shinano datang ke hospital lagi untuk menemani Riku. Itulah tujuannya setiap Hari selepas dia mendapat memorinya kembali. Datang ke hospital, bercakap dengan Riku walaupun dia Tak dengar, pulang Dan datang semula pada Hari esok kecuali waktu sekolah.

Shinano berjalan menuju ke bilik Riku sebelum dia terdengar bunyi datang dari bilik Riku. Shinano terus berlari masuk ke dalam bilik Dan melihat Riku... Tak, Shinano sebenar berada di lantai.

(Ni guna nama asal mereka)


   "Shinano-kun! Kau Tak apa-apa?" tanya Riku.

Shinano terngangam melihat wajahnya berada di hadapannya. Depan matanya.

   "Aaa... Aaa..."

   "Jangan bercakap dulu. Badan saya Ni dah tidur selama lima tahun. Suara kau takkan keluar untuk sementara waktu" kata Riku.

Shinano tetap ingin bercakap. Dia terus mencuba sebelum pernafasannya tiba-tiba terasa berat. Riku cepat-cepat membuka Laci Dan ambil inhaler

   "Sedut Ni. Kau akan rasa baik nanti" kata Riku.

Shinano sedut inhaler itu apabila Riku beri ubat itu kepadanya. Sekali sedut sedalam yang dia boleh, dia mula rasa lega.

   "Kamu rasa baik sekarang?" tanya Riku.

Shinano mengangguk.

   "Lain kali saya jelaskan. Sekarang saya perlu panggil dulu untuk check kau" kata Riku sambil Bantu Shinano Naik ke katil.

Lepas membantu Shinano Naik, Riku terus berlari keluar dari bilik untuk memanggil doktor.

Shinano ditinggal di bilik seorang diri. Dia melihat wajahnya menggunakan tingkap. Memang wajahnya lain. Bukan wajahnya Dan bukan badannya. Badan yang dia rasa sekarang sangat kurus hampir nampak tulang. Kesakitan yang dia rasa tadi, dia Tak pernah rasa sakit yang sangat perit pada paru-parunya. Macam Ada sesuatu benda yang menyekat pada paru-parunya. Satu sahaja soalan yang muncul dalam mindanya.

Macam mana dia boleh berada di dalam badan orang lain?

Beginning Of The EndWhere stories live. Discover now