"Kau semua tinggal di sini. Kami perlu kembali ke company sekarang" kata Yamato.
"Eh... Tapi Aku nak main lagi dengan Rikkun dan Shinanon" kata Tamaki.
"Lain kali kita datang melawat lagi" kata Sougo.
"Bye! Kita jumpa lagi!" ucap Mitsuki.
"Bye-bye!" ucap Nagi.
Iori pula menunduk hormat sebelum berjalan keluar. Sekarang tinggal hanya ZOOL, Shinano, Riku dan Ichigo.
"Sekarang apa kita nak buat? Kita boleh bersenang sikit sebab kita jauh dari wartawan tu" kata Torao.
"Aku nak ke suatu tempat" kata Touma.
"Ke mana?" tanya Minami.
"Ke tempat Aku diculik dulu" jawab Touma.
.
.
.Tenn tiba di dorm ZOOL tapi dia sedikit jauh dari pintu hadapan sebab dia melihat ramai wartawan berkumpul di hadapan. Dia lupa Inumaru Touma juga berada dalam senarai itu. Dia terlalu memikirkan tentang keselamatan Riku. Apa yang dia tahu, Riku ada bersama dengan Touma Dan dia ingin menyelamatkannya.
"Tunggulah, Riku. Aku akan selamatkan kau"
.
.
.ZOOL tiba di sebuah rumah lama. Mereka memakai topeng muka dan topi untuk menyembunyikan diri.
"Inilah..."
Touma melihat rumah itu. Keadaan rumah itu lebih teruk daripada kali terakhir dia keluar dari rumah itu.
"Oi, Touma! Kenapa nak datang ke sini?" tanya Torao.
"Aku nak cari petunjuk" kata Touma Dan melangkah masuk.
"Oi! Tunggulah!"
Mereka mengejar Touma masuk ke dalam rumah.
Mereka sudah menapak ke rumah. Keadaan dalam rumah itu sangat bersepah. Kasih ada perabot tapi sudah usang, patah dan rosak.
"Touma, Kat mana kau diperangkapkan?" tanya Minami.
"Sini"
Touma menunjukkan Jalan. Mereka masuk ke bahagian dapur. Di dapur, ada sebuah pintu yang merupakan bilik stor. Touma terus membuka pintu.
Imej keadaan bilik ketika dia diculik kembali dengar ke kinda ya apabila dia buka pintu. Sekarang keadaan bilik itu sudah berbeza. Ia lebih teruk dari sebelum ni. Tiba-tiba, Touma rasa seram sejuk sebelum melutut.
"Kau ok, Touma?" tanya Minami.
Rakannya muka risau melihat keadaan Touma. Ini kali pertama mereka lihat Touma lemah. Touma boleh rasa meremang dengan hanya melihat bilik itu sahaja. Memori buruknya terus mengimbau kembali. Dia cuba menenangkan diri dengan menarik nafas dalam-dalam.
"Aku ok" jawab Touma.
Touma berdiri Dan terus melangkah masuk ke dalam bilik. Mereka lihat sekeliling bilik itu dan cuba mencari sesuatu yang mungkin dapat jadi petunjuk. Banyak tempat mereka cari tapi satu pun mereka Tak jumpa.
"Takde apa pun" kata Haruka.
"Rasanya dia mungkin Tak kembali semula ke sini lagi lepas kejadian tu" kata Torao.
"Touma..."
Touma berdiri di suatu tempat. Pada lantai itu masih ada kesan darah walaupun ia sudah beberapa tahun lamanya berlaku. Di situlah badan lelaki yang diculik bersamanya mati.
YOU ARE READING
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...