21

105 15 1
                                    

   "Tunggu! Inumaru Touma!"

Touma bersemuka dengan Tenn.

   "Siapa... Siapa Riku tu?"

   "Hah?"

   "Aku Tanya siapa Riku yang kau maksudkan?" tanya Tenn lagi.

   "Tenn, kenapa dengan kau?" tanya Ryu.

   "Apa kaitan dengan kau? Macamlah kau kenal dia" kata Touma.

   "Jawab sahaja!" bentak Tenn.

   "Oi, kau jangan nak Cari pasal dengan Touma!" kata Torao.

   "Tenn, sudahlah tu" halang Ryu.

   "Kau Tak perlu tahu siapa dia. Dia bukan untuk sesiapa. Dia keluarga Aku" kata Touma Dan terus berjalan pergi.

Tenn ingin memanggil lagi sebelum manager mereka, Asenagi memanggil mereka.

   "Kau semua! Buat apa lagi tu? Lepas Ni giliran kau! Lebih baik datang bersiap sekarang!" jerit Asenagi.

Sekali Tenn pandang semula, ZOOL sudah berjalan jauh dari mereka.

   "Tch!"

   "Sudahlah tu, Tenn. Kita perlu pergi sekarang" kata Gaku.

Dengan perasaan bengang Dan Tak puas hati, Tenn terus berjalan ke arah bertentangan. Nak taknak dia terpaksa selesaikan kerjanya dulu. Perasaannya panas jika dia terdengar nama adiknya tapi pada masa yang sama, dia fikir mungkin bukan dia. Tak mungkin adiknya berkawan dengan idol seperti Inumaru Touma.

...

Tenn berjalan di kaki Lima hospital. Dia baru sahaja pulang dari sekolah. Tidak seperti kanak-kanak yang sama umur dengannya, setiap kali pulang sekolah dia akan ke hospital. Dia bukan sahaja melawat tetapi menjadi teman kepada pesakit yang akan dia temani.

   "Hai, Tenn. Hari Ni kamu datang lagi" kata jururawat.

   "Ya. Dia berkelakuan baik ke hari Ni?" tanya Tenn.

   "Jangan risau. Adik kamu ikut semua kata-kata doktor Dan makan ubatnya dengan baik. Kamu jangan risau" jawab jururawat.

Mendapat jawapan dari jururawat, Tenn senyum. Dia berasa kagum. Selepas berbual dengan jururawat, Tenn berjalan menuju he bilik adiknya. Sebaik pintu dibuka, dia melihat seorang kanak-kanak berambut merah duduk di katil sambil memandang ke tingkap. Tingkap bilik itu terbuka Dan angin masuk ke dalam bilik. Angin sepoi juga menerbangkan langsir bilik itu.

   "Riku"

Kanak-kanak itu memandang belakang Dan tersenyum melihat abangnya sudah kembali dari sekolah.

   "Tenn-nii!"

   "Kamu berkelakuan baik Hari Ni?" tanya Tenn

Beginning Of The EndWhere stories live. Discover now