"Er, macam yang kamu semua dengar pada minggu lepas. Kamu semua akan memilih mana-mana pekerjaan untuk merasai experience bekerja sebelum kamu graduasi" kata guru kelas.
Dia sudah menulis beberapa tempat Dan pekerjaan yang akan dipilih oleh para pelajar.
"Juga sepanjang Masa tu, cikgu yang bertanggungjawab akan memerhatikan pergerakan kamu. Pastikan kamu jaga adab kamu sewaktu bekerja"
Selepas kelas tamat, Yasusada, Kiyomitsu dan Shinano berbincang.
"Banyak sangat pilihan. Kau nak pilih apa, Kiyomitsu?" tanya Yasusada.
"Mungkin saya nak cuba mewarna kuku. Itu kebolehan saya" kata Kiyomitsu.
"Tapi saya Tak pandai Bab warna kuku Ni" kata Yasusada.
"Kau nak pilih apa?" tanya Kiyomitsu.
"Um, kalau jual beli?" cadang Yasusada.
"Bosan. Saya Tak suka hadap pelanggan dengan senyum paksa" kata Kiyomitsu.
"Habis, nak pilih apa?" tanya Yasusada.
"Shinano, kau Ada idea?" tanya Kiyomitsu.
"Kalau kerja di studio?"
"Studio? Ada ke?" tanya Kiyomitsu.
"Um, cuma kita perlu tolong staff mengambil barang begitu" kata Shinano.
"Oh, boleh jugak. Aku setuju" kata Kiyomitsu.
"Saya pun" kata Yasusada.
"Jadi kita pilih Ni"
"Kerja di studio? Bagus jugak tu. Kiyomitsu dan Yasusada juga pilih tu juga?" tanya Ichigo.
"Ya. Mereka kata mereka taknak berpisah langsung" kata Shinano.
"Kamu bertiga memang Tak boleh dipisahkan. Ke Mana korang pergi mesti bersama" kata Ichigo.
Ichigo beri minuman kepada Shinano.
"Kamu dah biasakan diri dengan sekolah?" tanya Ichigo.
"Belum tapi Yasusada Dan Kiyomitsu banyak bantu saya" kata Shinano.
"Baguslah. Bila awak akan pergi?" tanya Ichigo.
"Mulai esok selama tiga hari" jawab Shinano.
"Berusahalah"
Pada esok harinya, hari yang dinantikan semua pelajar. Mereka akan bergerak menuju ke tempat pekerjaan mereka untuk memulakan pengalaman pekerjaan. Ada yang memilih bekerja di kafe, jualan pakaian terpakai, kilang Dan lain-lain.
Bagi yang memilih bekerja di studio, hanya Ada 25 orang sahaja. Mereka tiba di studio Dan mereka kagum melihat ruang studio yang sangat besar. Beberapa pekerja di situ sudah mula bekerja.
"Saya ucapkan selamat datang kepada anda semua ke studio Dan saya pasti ini kali pertama kamu semua lihat studio. Kamu semua akan dibajagikan kerja Dan saya harap sepanjang tiga hari kamu dapat pengalaman yang bermakna di sini. Jangan malu untuk bertanya"
Kiyomitsu, Shinano Dan Yasusada membawa kotak Dan letak di suatu penjuru. Mereka menerima kerja untuk ambil barang.
"Kerja Ni Tak susah pun tapi kuku aku dah rosak" kata Kiyomitsu.
"Bertahanlah untuk tiga hari" kata Yasusada.
"Yelah. Saya dengar dari staff, Hari Ni Ada tiga grup idol akan melakukan shooting bersama selama tiga hari Ni juga" kata Shinano.
YOU ARE READING
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...