Ryo dan Riku masuk ke dalam bilik Touma, Touma berada di hadapan tingkap sambil melihat langit. Melihat Touma begitu, mengingatkan kepada situasi yang sama selepas kematian ibunya. Riku menggenggam tangannya. Dia takut. Dia takut Touma jadi dirinya yang dulu.
"Touma" panggil Riku.
Touma memaling. Mata mereka bertembung.
"Riku? Kau... Riku kan?" tanya Touma.
Riku terkejut sebentar sebelum dia senyum.
"Ya. Aku dah kembali" kata Riku.
Touma tak percaya. Riku dah kembali? Orang yang berada di depannya sekarang adalah Nanase Riku? Kawannya, Riku?
"Riku..."
"Mari"
Riku mendepakan kedua tangannya ke depan. Touma berjalan ke arah Riku dan memeluk Riku. Riku menggosok belakang badan Touma.
"Semua dah tak apa-apa sekarang" kata Riku.
"Ini... betul-betul Riku? Aku tak mimpikan?" tanya Touma.
"Tak, Touma. Kau tak mimpi. Aku ada di sini dengan kau, Kita bersama semula" kata Riku.
Bergenang air mata Touma sehingga mengalir.
"Riku. Riku"
Touma mengerat lagi pelukannya. Dia amat rindu. Rindu dengan diri Riku yang sebenar. Badan dia. Suara dia.
Riku pula lega Touma tidak berubah dan masih dirinya lagi.
Ryo hanya melihat mereka dengan senyuman lega sebelum Riku memanggilnya.
"Ryo-san"
Ryo tahu apa Riku maksudkan.
"Takde pilihan"
Ryo memeluk dua anak muda itu.
"Kau tahu, aku impi sangat nak peluk kau berdua macam ni" kata Ryo teruja.
"Pakcik! Jangan peluk kuat!" kata Touma.
"Panggil Presiden Ryo" kata Ryo.
"Ini hospital! Bukan pejabat kau!" balas Touma.
"Ha ha ha! Dari dulu sampai sekarang tak berubah pun. Aku suka" kata Riku.
"Riku suka apa" kata Ryo.
"Aku tak suka!"
"Heh, Touma jahat" merajuk Ryo.
"Hah?!"
"Betul kau tak apa-apa sekarang, Touma?" tanya Riku.
"Ya. Aku masih rasa trauma lagi tapi..."
Tangan Touma menggigil.
"Touma..."
"Kenapa aku masih menggigil? Aku tak boleh nak berhenti menggigil. Macam mana nak hentikan ni?" tanya Touma.
"Touma, jangan..."
"Hoi!"
Mereka terkejut apabila Haruka buka pintu bilik dengan tiba-tiba.
"Haruka?"
"Ojamashimasu" ucap Minami.
"Yo!"
"Minami-san? Torao-san?"
"Kenapa kau bertiga ada di sini? Bukan aku suruh kau bertiga berehat?" tanya Ryo.
YOU ARE READING
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...