"Touma! Touma! Oi, Touma!"
Haruka sudah memanggil nama Touma berkali-kali tapi Touma tetap Tak menjawab panggilannya. Sebab berasa bengang, dia mencubit kedua-dua pipi Touma.
"Sakitlah! Kenapa tarik pipi aku?" marah Touma.
"Orang dari tadi panggil kau, kau Tak jawab! Aku cubitlah!" jawab Haruka.
"Kau...!"
"Kau nampak terganggu, Touma. Dari tadi kau asyik mengelamun je. Ada apa-apa terjadi ke?" tanya Torao.
"Takde apa" jawab Touma.
"Touma, kita ni satu pasukan. Kalau kau ceritakan masalah kau Kat kitaorang, mungkin akan kurangkan Beban kau tu" kata Minami.
Touma diam. Torao pula berfikir sejenak.
"Ada apa-apa berlalu Kat kawan kau ke?" teka Torao.
"... Takde kaitan dengan dia" kata Touma.
"Habis? Pasal Riku ke? Kau risau dia takkan sedar ke?" tanya Torao.
"Tak..."
"Tipu. Mesti Ada kaitan dengan Riku. Baik bagitahu kami" kata Torao.
"Aku kata takde apa, takde apalah!" marah Touma.
Ia terus senyap untuk sementara.
"Maaf. Aku Tak mahu fikir apa-apa sekarang Ni" kata Touma.
"Torao. Haruka. Biarkannya dulu. Mungkin Touma perlukan Masa untuk berfikir sejenak" kata Minami.
"Huh, kau Ni keras kepala jugak" kata Minami.
"Touma, kalau kau dah sedia untuk bagitahu, bila-bila Masa kau boleh bagitahu kami. Kami akan dengar" kata Minami senyum.
"Um..."
Riku menyuap makanan untuk Shinano. Lepas diperiksa oleh doktor, matanya keadannya baik Dan mungkin akan menjalani terapi untuk berjalan semula bermula minggu depan. Ia mungkin memakan Masa beberapa minggu atau beberapa bulan untuk dia boleh berjalan semula seperti biasa mengikut kemampuannya.
Mulanya Shinano terkejut apabila dia mendapat tahu bahawa badan ini sudah koma selama lima tahun. Nasib baik dia Tak bagitahu bahawa dia bukan Nanase Riku sewaktu diperiksa. Sekarang dia berada di dalam bilik bersama Nanase Riku yang sekarang berada di dalam badannya.
"Um, Riku-san" panggil Shinano.
"Panggil je Riku. Umur kita dekat sama" kata Riku.
"Ah, Riku. Macam mana kau rasa bila kau dapat tahu kau berada dalam badan lain?" tanya Shinano.
"Mulanya saya Tak terkejut langsung sebab waktu tu saya hilang memori. Lepas saya lihat badan saya masih terbaring di katil, waktu tulah saya sedar" kata Riku.
"Jadi lepas kau koma selama lima tahun, kau sedar dalam badan saya. Saya pula Ada dalam badan Riku. Macam magik!"
Mata Shinano bersinar apabila dia berkata magik. Riku ketawa kecil melihat perangai Shinano.
"Saya ingat kau mungkin akan keliru Dan takkan dapat nak terima dengan pertukaran badan Ni. Saya yang terlalu risau. Kau nampak gembira" kata Riku.
"Saya suka benda pasal magik" kata Riku.
"Ah, saya perlu bagitahu Touma pasal Ni" kata Riku.
"Kau Ada kawan?" tanya Shinano.
"Ya. Dia Ni idol. Inumaru Touma dari ZOOL" kata Riku.
YOU ARE READING
Beginning Of The End
Fiksi PenggemarCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...