25

124 17 1
                                    

Beberapa bulan sudah berlalu, Shinano jugak banyak berusaha untuk dia berjalan semula. Dalam setiap terapi, dia Tak pernah tinggal satu pun Dan dia selalu berusaha dengan bersungguh-sungguh walaupun banyak kali dia gagal. Sekarang dia boleh berjalan dengan sokongan tongkat. Dia masih perlu berlatih berjalan walaupun dia dibenarkan pulang.

Hari sudah tiba pada Hari Shinano dibenarkan pulang. Shinano berada di hadapan hospital bersama doktor Dan jururawat yang merawatnya selama ini. Mereka mengucapkan tahniah kepada Shinano.

   "Tahniah, Riku. Kamu buat dengan baik selama ini" kata doktor.

   "Terima kasih, doktor" ucap Shinano.

   "Riku!"

Shinano memandang ke belakang Dan lihat Touma baru sahaja keluar dari teksi.

   "Touma-san?"

   "Dia adalah keluarga kamu. Dia akan jaga kamu lepas Ni" kata doktor.

   "Betul ke?" tanya Shinano.

   "Mestilah Tak tapi Aku terpaksa sebab kalau Aku Tak cakap Aku keluarga kau, kau tentu dihantar ke rumah anak yatim" bisik Touma.

Shinano baru sedar. Dia lupa keluarga Riku sudah meninggal.

   "Yelahkan..."

   "Dahlah. Mari balik" kata Touma.

Sekali lagi mereka mengucapkan terima kasih kepada doktor Dan jururawat sebelum masuk ke dalam teksi.

   "Jadi, saya akan tinggal dengan Touma-san?" teka Shinano.

   "Ya. Aku Tak boleh biarkan kau tinggal sendirian. Aku dah bagi alamat kepada Riku. Bila-bila Masa dia boleh datang untuk teman kau apabila kami bekerja. Manager jugak tahu pasal Ni Dan dia setuju untuk rahsiakan Ni" kata Touma.

   "Terima kasih. Kau banyak bantu saya Dan Riku" kata Shinano.

   "Aku Tak boleh biarkan apa-apa terjadi pada kau Dan Riku. Riku kawan Aku Dan Aku anggap dia sebagai keluarga Aku. Kau pun Ada keluarga juga Kan" kata Touma.

   "Ya... Saya rindu mereka" kata Shinano.

   "Aku tahu kau rindu adik-beradik kau tapi kau perlu rahsiakan Ni dari mereka walau macam mana pun. Kau serahkan sahaja kepada Riku. Kalau kau keliru apa mereka tengah buat sekarang, kau boleh Tanya dia" kata Touma.

   "Ya"

.
.
.

Mereka tiba di dorm ZOOL. Masuk sahaja ke dalam, ahli ZOOL lain menyambut kedatangan Shinano.

   "Irashai, Shinano!" ucap Torao.

   "Irashai" ucap Minami.

   "Ojamashimasu"

   "Sekarang tempat Ni jadi tempat tinggal kau yang baru. Kalau kau nak apa-apa, jangan malu nak bertanya" kata Touma.

   "Hei, kau! Nak biskut ke?"

Haruka beri biskut kepada Shinano.

   "Terima kasih" ucap Shinano.

   "Riku masih di sekolah. Lepas sekolah, dia datang. Aku pulak kena ke Stesen radio lepas Ni" kata Touma.

   "Aku pun kena pergi" kata Torao.

   "Iterasai" ucap Shinano.

   "Itekimasu" balas Touma.

Torao pula menepuk kepala Shinano sebelum berjalan keluar.

   "Shinano, kau lapar Tak? Saya buat sesuatu untuk kau" kata Minami.

Beginning Of The EndWhere stories live. Discover now