"Kenapa Ada bunyi ringtone telefon dalam bilik Ni?"
Touma melihat sekeliling. Tiada sesiapa yang Ada dalam bilik itu. Dia kepelikan. Tiada sesiapa dalam bilik ini kecuali dirinya. Touma memandang ke bawah katil.
"Bawah katil ke?"
Dia mula menunduk untuk melihat tapi terhenti apabila telefonnya bergetar dalam poket seluarnya. Niatnya untuk melihat bawah katil terus mati.
Rupanya managernya yang menelefonnya, bertanya dia berada di mana. Lepas menjawab, Touma matikan panggilan.
"Maaf, Riku. Aku perlu kembali kerja sekarang. Aku akan datang lagi bila Aku Ada Masa. Selamat tinggal" ucap Touma.
Dia berjalan keluar dari bilik. Lepas berapa lama Touma pergi, Shinano keluar dari tempat persembunyiannya. Air matanya mengalir dari matanya.
"Kau dah capai impian kau, Touma"
Dia memandang ke arah Nanase Riku... tak, Toushiro Shinano. Badannya berada di hadapannya tapi jiwanya berada dalam badan Shinano.
"Shinano-kun berada dalam badan saya. Saya pula berada dalam badan Shinano-kun. Macam mana boleh jadi begini?" tanyanya sendirian.
Telefonnya sekali lagi berbunyi. Kali ini panggilan. Tertera nama abang Shinano, Ichigo. Dia Tak menjawab panggilan itu Dan biarkan ia mati sendiri.
Dia terfikir patut ke dia kembali ke keluarga Shinano tanpa memikirkan apa-apa sementara menunggu Shinano sedar? Atau dia patut menjauhkan diri dari mereka? Atau bagitahu perkara sebenar kepada mereka bahawa dia bukan Toushiro Shinano yang sebenar tapi Nanase Riku?
"Shinano-kun, apa saya patut buat?"
Ichigo Tak henti mendail nombor yang dari tadi Tak diangkat. Dia mula berasa risau dengan adiknya. Adakah dia baik? Dia sudah tiba di rumah belum? Mungkin dia pengsan sewaktu balik dari hospital atau dia terlibat apa-apa kemalangan lagi? Kalau dia masih Tak angkat, Ichigo akan keluar untuk mencarinya.
'Helo'
"Ah, Shinano! Kamu di mana sekarang?"
'Saya baru tiba di rumah'
"Kamu Tak apa-apa? Suara kamu nampak lemah"
'Saya cuma penat sahaja. Jangan risau'
"Pastikan kamu berehat secukupnya. Kalau kamu jawab dari tadi, takdelah saya risau"
'Maaf. Saya senyapkan telefon. Saya Tak dengar telefon berbunyi'
"Takpelah. Kamu berehatlah"
Dia terus melarikan panggilan. Sekarang dia boleh lega lepas mendengar suara Shinano.
Riku mematikan panggilan. Dia sebenarnya tipu berkata dia sudah tiba di rumah tapi dia masih di hospital di dalam bilik Nanase Riku atau Toushiro Shinano.
"Takpe ke kalau saya terus jadi kau sehingga kau sedar?"
Ichigo tiba di rumah selepas bahagian shiftnya tamat.
"Okairi, Ichi-nii"
Yagen menyambut kepulangan Ichigo.
"Tadaima. Semua dah balik ke?" tanya Ichigo.
"Nakigitsune masih di tempat kerjanya. Namazuo dengan Akita pergi beli Bahan untuk masak malam Ni. Hari ni kita buat Kari" kata Yagen.
"Lama Tak makan Kari. Macam mana dengan Shinano?" tanya Ichigo.
"Sejak saya pulang tadi, Shinano masih Ada di biliknya. Tak keluar langsung dari bilik" kata Yagen.
"Saya pergi tengok keadannya dulu" kata Ichigo.
Dia berjalan Naik ke tingkat dua menuju ke bilik Shinano. Setiba di hadapan bilik Shinano, dia mengetuk pintu.
"Shinano, kamu Ada di dalam?"
Tiada jawapan.
"Saya masuk Ni"
Ichigo buka pintu bilik. Masuk sahaja ke dalam, Shinano masih baring di katil. Tidur. Ichigo menghela nafas lega. Dia fikir Ada sesuatu terjadi pada Shinano. Dia yang terlalu risau.
Ichigo mengusap rambut Shinano dengan lembut. Dia sudah lama Tak membelai rambut adiknya.
Raut wajah Shinano mula berkerut seperti dia mengalami mimpi.
"Jangan... Tolong... Jangan..."
"Shinano?"
"Jangan... tinggal... kan... saya... Tolonglah..."
"Tiada siapa akan tinggalkan kau, Shinano. Kami Ada di sini" kata Ichigo.
Shinano terbangun dari tidurnya apabila dia terdengar suara seseorang.
"Ohayo. Kamu letih sangat sampai tertidur ke?" tanya Ichigo.
Shinano mendiamkan diri. Tak jawab soalan Ichigo.
"Shinano?"
"Maaf. Saya terlalu penat lepas balik hospital tadi" kata Shinano.
Ichigo meramas rambut Shinano.
"Saya faham. Kamu masih perlu berehat. Hari Ni Yagen buat Kari untuk makan malam. Pergilah Mandi, lepas tu turun makan" kata Ichigo.
"... Ya" jawab Shinano.
Lepas Ichigo keluar dari bilik, Shinano masih berada di katil. Bukan, Riku masih berada di katil. Tak bergerak ke Mana manakala Ichigo berada di hadapan pintu bilik seperti dia memikirkan sesuatu. Ada sesuatu yang mengganggu adiknya. Mungkin dia berasa susah hati sebab dia Tak ingat apa-apa pasal dirinya Dan orang sekelilingnya. Dia ingin membantu adiknya tapi dia Tak tahu apa yang boleh bantu untuk menceriakan semula adiknya. Dia ingin adiknya kembali seperti dirinya tapi Tak tahu berapa lama.
"Ichigo, kau perlu bersemangat. Kau Tak boleh tunjuk sedih di depan Shinano. Saya perlu buat apa yang saya boleh. Yosh! Lebih baik saya bantu Yagen masak Hari Ni" kata Ichigo sendirian sebelum berjalan turun menuju ke dapur.
Touma duduk di sofa dibilik menunggu. Di hadapannya, telefon di atas meja seperti dia menunggu panggilan dari seseorang. Kaki kanannya Tak henti-henti menghentam laju. Nak dekat seminggu sejak kali terakhir dia bermesej dengan Shinano. Sejak Hari itu, dia Tak balas langsung atau tengok mesejnya. Panggilannya juga diabaikan. Ada sesuatu terjadi pada Shinano ke? Dia Tak henti memikirkan tentang Shinano. Ahlinya yang lain Hanya mampu tengok sahaja.
"Dia Tak balas lagi ke?" tanya Minami.
Touma Hanya menggeleng.
"Mungkin dia terlalu sibuk dengan aktiviti sekolah sampai Tak sempat tengok telefon ke?" teka Torao.
"Tak tengok telefon selama seminggu?" teka Touma pula.
Torao terus diam. Pintu bilik mereka diketuk oleh staff.
"ZOOL! Standby!"
"Kita fikirkan pasal tu lain kali. Sekarang kerja dulu" kata Haruka.
Touma Hanya mampu mengeluh. Dia simpan telefonnya ke dalam begnya Dan berjalan keluar dari bilik bersama ahlinya.
Shinano berdiri di hadapan sebuah bangunan kecil. Kenapa dia berada di situ?
YOU ARE READING
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...