Torao berlari menuju ke bahagian belakang rumah. Dia menuju ke bilik di mana Touma pernah menunjukkan dia dia mana dia diperangkapkan. Tanggapannya benar. Pintu itu dikunci dengan mangga. Jadi Touma berada dalam bilik itu. Dengan satu tendangan sahaja, dia berjaya merobohkan pintu itu.
"Touma!"
Touma terbaring di lantai. Pengsan. Torao terus ke arah Touma dan menyelimutkan kepala Touma dengan jaket basah.
"Touma, bertahan!"
Torao terus memangku Touma Dan berlari keluar. Dia dapat keluar dengan senang Dan berjaya menyelamatkan Touma. Haruka Dan Minami berlari ke arah Torao.
"Touma!"
"Cepat panggil ambulan!"
Melihat Torao keluar dengan Touma, salah seorang penduduk terus mendail lagi untuk memanggil bantuan ambulan.
Torao menyandarkan Touma ke dinding.
"Touma! Oi, Touma! Bangun!"
Torao Cuba bangunkan Touma tapi Touma Tak menunjukkan dia akan bangun.
"Ichigo-san Masih belum keluar?" tanya Torao.
"Belum" jawab Haruka.
Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi kaca pecah. Mereka lihat Ichigo yang memecahkan tingkap Dan menjerit meminta tolong.
"Jaga Touma"
Torao terus berlari untuk membantu Tonbokiri Dan Otegine.
Shinano keluar melalui tingkap Dan berjalan atas bumbung. Dia berdiri di mana Tonbokiri, Otegine Dan Torao sudah bersedia untuk menyambutnya.
"Lompat sekarang, Shinano!"
Shinano menggigil takut. Dia melihat kepada Ichigo yang berada di belakangnya sambil memangku Riku. Ichigo mengangguk Dan memberi senyuman kepada Shinano untuk memberi semangat kepada Shinano bahawa dia boleh lompat. Walaupun takut tapi dia terus ambil langkah ke hadapan Dan lompat.
Tonbokiri, Otegine Dan Torao berjaya menangkap Shinano.
"Bagus tu, Shinano" puji Torao.
"Saya.. selamat?" tanya Shinano.
"Ya. Kau selamat" kata Torao.
Shinano terus menangis. Dia gembira dia Masih hidup. Minami datang dan bawa Shinano jauh dari bahaya. Sekarang giliran Riku.
"Saya lepaskan Riku sekarang!"
Dia membaling badan Riku ke arah mereka Dan sekali lagi, mereka berjaya tangkap Riku. Torao terus membawa Riku keluar. Sekarang giliran Ichigo.
"Ichigo-dono!"
Ichigo terus lompat Dan disambut oleh Tonbokiri.
"Kau Tak apa-apa, Ichigo-dono?" tanya Tonbokiri.
"Ya. Terima kasih, Tonbokiri-san" ucap Ichigo.
Lepas berapa lama, bomba Dan ambulan tiba. Pihak bomba melakukan tugasan mereka untuk memadamkan api manakala paramedik memberi rawatan kepada Riku, Shinano, Touma Dan Ichigo. Keadaan Touma Dan Riku parah Dan perlu dikejar ke hospital. Shinano pula hanya mengalami kecederaan kecil manakala Ichigo mengalami Luka besar pada bahunya sebab dia melompat tadi.
.
.
.Riku dan Touma ditempatkan di ICU untuk pemantuan doktor. Keadaan Touma Tak apa-apa tapi keadaan Riku pada Mula parah. Dengan asmanya menyerang Dan asap api yang dia hidu, ia semakin memarahkan penyakitnya. Kedua-duanya Masih belum sedar. Untuk sementara waktu, tiada pengunjung dibenarkan melawat mereka.
YOU ARE READING
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...