10

116 13 1
                                    

Pada hari ketiga Dan Hari terakhir mereka melakukan pengalaman kerja, semua pelajar bekerja seperti hari-hari sebelum Ni bersama staff. Ia akan jadi pengalaman yang bermakna kepada pelajar untuk merasakan dunia pekerjaan. Ada yang belajar mengendalikan alatan, membantu mengangkat barang Dan membantu dengan jadual. Masa terus berlalu sehingga waktu petang tiba. Semua para staff telah melakukan majlis untuk para pelajar termasuk Idolish7, Trigger Dan ZOOL turut ikut serta.

   "Tahniah! Sepanjang tiga hari Ni, kamu semua telah melakukan tugas kamu dengan baik. Kami berharap pengalaman ini akan jadi teladan untuk kamu semua di Masa hadapan"

   "Kanpai!"

Semua staff, pelajar Dan idol makan makanan yang disediakan. Semua menyambut dengan gembira, riang Dan gelak ketawa. Yasusada, Kiyomitsu dan Shinano duduk Tak jauh dari mereka. Shinano nampak agak terganggu dengan sesuatu. Makanannya Tak disentuh langsung. Yasusada Dan Kiyomitsu sedar perubahan Shinano.

   "Shinano, kau ok?" tanya Yasusada.

   "Eh? Um, Tak apa-apa" jawab Shinano.

   "Sakit kepala ke? Kerja kita dah siap. Kau boleh berehat" kata Kiyomitsu.

   "Tak. Takde apalah" jawab Shinano.

   "Kalau Ada masalah apa-apa, bagitahu kitaorang. Jangan rahsiakan" kata Kiyomitsu.

   "Ya. Saya nak ke bilik air kejap" kata Shinano.

Dia berjalan keluar dari studio menuju ke bilik air. Kiyomitsu dan Yasusada Hanya memerhatinya dengan risau.

Di bilik air, Shinano membasuh mulanya berkali-kali. Dia masih Tak dapat nak elakkan dari bergilir tentang mimpi yang dia Alami malam tadi.

Hujan turun dengan renyai. Dua orang remaja berdiri di hadapan rumah mereka Dan di hadapan mereka, Ada seorang lelaki. Lelaki itu menghulurkan tangannya kepada mereka. Salah seorang dari mereka mencapai tangan lelaki itu manakala seorang lagi cuba menariknya semula. Dia Tak mahu lepaskannya. Tapi dia Tak dapat nak bertahan Dan akhirnya tangan mereka terlepas. Dia terus berjalan bersama lelaki itu tanpa memandang belakang langsung. Remaja itu menjerit memanggilnya kembali. Tiada suara. Dia masih menjerit sambil menangis. Dunia sekelilingnya mula menjadi gelap Dan dia jatuh ke dalam kegelapan.

   "Aaaaarrrrrggggghhhhh!!!!!"


Sebab mimpi itu, dia menjerit dalam tidurnya Dan mengejutkan adik-beradik yang lain. Sebelum dia datang ke sini, mereka Tak mahu Shinano pergi tapi Shinano kata dia akan jaga diri.

Shinano menunduk kepalanya. Dia masih lagi Tak faham kenapa dia dapat mimpi tu. Dalam mimpi tu, dia ditinggalkan oleh seorang seorang remaja mungkin abangnya tapi adik-beradiknya masih bersama dengannya. Kenapa dia dapat mimpi tu? Kepalanya serabut. Dia juga melakukan beberapa kesalahan sewaktu bekerja tadi. Shinano Hanya mampu mengeluh.

   "Oi, kau"

Shinano terkejut apabila seseorang memanggilnya dari belakang. Dia Tak perasan Ada orang datang dari belakang. Dia terus memandang ke belakang Dan bertemu dengan empunya suara.

   "Kujo Tenn-san?"

   "Kenapa kau Ada di sini daripada studio?" tanya Tenn.

   "Um, saya cuma nak basuh muka sahaja" jawab Shinano.

   "Kau dah Ada Kat sini hampir Lima minit. Aku Kat sini pun kau Tak perasan" kata Tenn.

Shinano agak terkejut apabila Tenn berkata bahawa dia telah berdiri selama 5 minit tanpa gerak ke Mana. Tunggu. Suara tu...

   'Riku!'

Lagi sekali! Suara tu lagi! Dia Tak mahu dengar!

   "Oi, kau ok tak?" tanya Tenn.

Suara Kujo Tenn memang sama dengan suara yang memanggil mama tu. Pandangannya mula kabur sebelum ia menjadi gelap-gelita.

Touma berjalan menuju ke bilik air setelah dia perasan Shinano belum kembali dari bilik air sebelum dia terdengar seseorang menjerit di bilik air. Touma terus berlari ke arah bilik air. Setiba di sana, dia melihat Tenn cuba mengejutkan Shinano yang terbaring.

   "Oi, apa kau buat pada Shinano?"

   "Aku takde buat apa. Dia tiba-tiba pengsan" jawab Tenn.

Touma menolak Tenn Dan mendakap kepala Shinano.

   "Shinano, kau ok tak?"

   "To... ma... San?"

   "Kau Tak apa-apa? Dia Ada buat apa-apa Kat kau ke?" tanya Touma.

Shinano menggeleng.

   "Tak. Saya cuma sakit kepala sahaja" jawab Shinano.

   "Betul Ni?" tanya Touma kepastian.

Shinano mengangguk lemah. Tenn pula hanya menyaksikan mereka berbual tanpa mengganggu mereka.

   "Kau bernasib baik. Kalau kau betul-betul lakukan sesuatu pada dia, jangan harap Aku lepaskan kau" kata Touma geram.

Touma terus bawa Shinano keluar dari bilik air Dan membawanya ke bilik menunggu untuk memberi Shinano berehat. Tinggal Tenn seorang diri dengan seribu pertanyaan.


Touma baringkan Shinano di sofa. Dia menyelimutkan Shinano dengan jaketnya. Shinano sudah tidur nyenyak. Touma terus menemani Shinano. Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan Shinano. Dia amat risau dengan Shinano. Dia tahu Shinano mengalami amnesia. Rakan kelasnya pasti tahu tapi orang lain Tak tahu keadannya. Keadannya pasti lagi teruk kalau dia Tak datang menyelamatkannya.

Pintu bilik itu diketuk. Torao, Minami Dan Haruka masuk ke bilik bersama Kiyomitsu dan Yasusada. Touma menelefon Torao tentang Shinano Dan menyuruhnya untuk memanggil rakannya ke sini.

   "Shinano..."

   "Dia cuma tidur sahaja. Jangan risau" kata Touma.

   "Terima kasih. Kami pun agak risau pada Shinano sejak pagi tadi" kata Yasusada.

   "Kamu tahu kenapa Shinano tiba-tiba jadi begini?" tanya Touma.

Kiyomitsu dan Yasusada menggeleng Tak tahu.

   "Shinano Tak cakap apa-apa Kat kami. Dia asyik kata dia Tak apa-apa Dan takde apa yang mengganggu dia" kata Kiyomitsu.

   "Macam tu ke..."

   "Maaflah kalau kami mengganggu tapi sebenarnya apa terjadi pada dia?" tanya Minami.

Touma menghembus nafas sebelum dia mula bagitahu ahlinya tentang keadaan Shinano.

   "Begitu ke? Mesti dia rasa susah hati" kata Torao.

   "Sebab tulah kau ambil berat pasal dia" kata Haruka.

   "Ini kali pertama Aku tengok kau berlembut" kata Torao.

   "Torao. Haruka. Bukan sekarang" kata Minami.

Shinano terbangun dari tidurnya.

   "Shinano, kau ok?" tanya Yasusada.

  "Kiyomitsu. Yasusada. Touma-san"

   "Maaf. Kami ganggu kau ke?" tanya Touma.

Shinano menggeleng.

   "Maaf. Saya susahkan Touma-san lagi" kata Shinano.

   "Bodoh. Kau Tak perlu minta maaf. Betul kau ok?" tanya Touma.

   "Ya. Rasa lebih segar" jawab Shinano.

   "Baguslah"

Beginning Of The EndWhere stories live. Discover now