Pada waktu pagi, Touma datang ke hospital untuk melawat Riku. Dia tiada apa-apa pelan pada waktu pagi hingga petang. Kali ini, dia Tak datang dengan tangan kosong. Dia bawa sebuah kotak yang disampul dengan kemas. Ia adalah hadiah Hari jadi untuk Riku. Sebaik dia membuka pintu, dia terkejut melihat doktor Dan jururawat berada di dalam bilik. Dia ingat waktu untuk memantau pesakit sudah tamat Dan sekarang Masa untuk melawat.
"Doktor, Ada apa-apa terjadi pada Riku?" tanya Touma.
"Kamu keluarganya?" tanya doktor.
"Ya. Saya keluarganya" jawab Touma.
"Dia sudah sedar..."
"Riku sudah sedar! Betul ke?" tanya Touma gembira.
"Sila bersabar dahulu. Memang dia sudah sedar tapi belum sedar sepenuhnya" kata doktor.
"Apa maksud doktor belum sedar sepenuhnya?" tanya Touma keliru.
"Macam saya kata, dia sudah sedar tapi belum sepenuhnya. Matanya terbuka tapi deria penglihatannya masih belum Ada. Begitu juga dengan deria pendengaran Dan percakapannya masih belum sedar" jelas doktor.
"Berapa lama lagi Riku akan sedar?" tanya Touma.
"Mungkin memakan Masa beberapa hari. Untuk lebih berkesan, kamu perlu bercakap dengannya Dan selalu bersama dengannya" kata doktor.
"Baik..."
Lepas doktor pergi, Touma duduk di sebelah Riku sambil memegang tangan. Dia sangat bersyukur Riku sudah sedar. Walau hanya separa sedar tapi ia cukup menggembirakan dia.
"Terima kasih, Riku. Terima kasih sebab sedar" ucap Touma.
Air mata gembira bertakung di matanya.
Di rumah, Shinano masih baring di katil. Sekarang hujung minggu Dan dia mahu berehat Dan baring di katil sahaja untuk satu hari. Adik-beradik yang lain sudah keluar mengeruakan kerja masing-masing. Honebami Dan Namazuo keluar bersama Akita, Gokotai Dan Houchou ke taman tema. Midare Dan Gotou berada di sekolah atas urusan aktiviti kelab mereka. Tinggal dia sahaja di rumah.
Tidurnya terganggu apabila telefonnya berbunyi tanda mesej masuk. Dengan malas, dia ambil telefon Dan baca dengan sekali imbas.
"Riku dah bangun... Baguslah..."
1...
2...
3...
"Riku dah bangun?!"
Shinano terus segar dari tidurnya apabila dia sedar mesej itu datang dari Touma. Apa maksud dia Riku dah sedar? Dia dah bangun? Toushiro Shinano yang sebenar dah sedar dari koma? Kalau dia dah sedar, pasti dia berasa sangat keliru melihat dirinya berada di dalam badan orang lain!
"Saya perlu ke hospital sekarang!"
Shinano turun dari katil Dan terus bersiap untuk ke hospital. Apabila sudah pastikan rumah sudah berkunci, Shinano terus berlari menuju ke hospital.
.
.
."Touma!"
Shinano tiba di bilik. Touma menyapanya dengan beri senyuman.
"Betul ke dia dah sedar?" tanya Shinano.
"Ya. Dia dah sedar. Separa sedar" jawab Touma.
"Eh?"
"Doktor kata dia masih belum sedar sepenuhnya Dan mungkin ambil masa beberapa hari lagi untuk dia sedar. Derianya yang lain masih belum fungsi. Dia belum boleh nampak Aku walaupun matanya terbuka" kata Touma.
YOU ARE READING
Beginning Of The End
Fiksi PenggemarCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...