49

67 10 1
                                        

   "Tunggu! Macam mana keadaan Riku? Dia tak apa-apa?" tanya Tenn.

   "Keadaannya sangat parah. Asmanya menyerang ketika dia terperangkap di dalam rumah terbakar tu. Sampai sekarang dia Masih belum sedar. Termasuk Touma-dono" jawab Tonbokiri.

Jawapan itu terus menyekat ke hati Tenn.

   "Riku..."

Ichigo, Tonbokiri Dan Otegine terus meninggalkan apartment itu.

Mereka sudah berada dalam kereta. Tonbokiri melihat Ichigo melalui cermin pandang belakang. Ichigo memicit kepalanya. Pening dengan keadaan sekarang Dan pergaduhan dia dengan Tenn. Banyak tanggungjawab yang dia perlu tanggung untuk melindungi adiknya Dan melindungi Riku Dan Touma.

   "Ichigo-dono"

   "Saya Tak apa-apa. Kita kembali ke hospital" arah Ichigo.

Otegine terus memandu kereta menuju ke hospital.

.
.
.

Idolish7 sudah mendapat berita tentang Touma Dan Riku dari Shinano.

   "Touma Dan Riku koma sekarang. Mereka hampir mati dalam kebakaran itu" kata Yamato.

Dia mencengkam kedua tangannya. Yang lain turut risau.

   "Kita Tak boleh lawat mereka?" tanya Tamaki.

   "Tak boleh, Tamaki-kun. Wartawan ramai yang berkumpul sekarang" kata Sougo.

   "Tapi Aku nak jumpa Rikkun" sedih Tamaki.

Sougo hanya mampu memujuk dengan membelai anak muda itu.

   "Mereka takkan apa-apa kan?" tanya Mitsuki.

   "Keadaan Touma mungkin takkan apa-apa selain terhidu asap banyak tapi Riku..."

   "Nanase-san ada asma. Ditambah lagi dengan asap api, ia lebih menerukkan lagi keadaan dia" sambung Iori.

   "Oou, Riku" sedih Nagi.

Manager mereka melangkah masuk ke dalam bilik.

   "Manager, macam mana?" tanya Iori.

Manager hanya menggeleng.

   "Sekarang mereka dikawal ketat Dan wartawan ramai yang berkumpul di hospital. Agak susah untuk kau semua pergi melawat mereka. President Dan Banri-san Cuba untuk bertemu dengan mereka" kata manager.

   "Sokka. Kalau president dapat lalu, kita boleh rasa lega" kata Mitsuki.

   "Red Blood sanggup buat perkara macam ni. Dia memang takde perasaan kemanusiaan lagi" kata Sougo.

   "Aku setuju. Banyak Kes berkaitan dengan dia yang dia dah banyak lakukan" kata Yamato.

Iori seperti memikirkan sesuatu.

   "Iori, apa kau fikirkan?" tanya Nagi.

Semua ahli memandang kepada Iori.

   "Tak. Saya ada terfikir sebelum ni. Pasal Kes Nanase-san Lima tahun lepas" kata Iori.

   "Ada apa? Ada apa-apa yang pelik ke?" tanya Sougo.

   "Red Blood memang bunuh semua mangsa yang berambut merah atau mata warna merah. Apa sahaja yang berkaitan dengan merah, dia akan serang. Di antara semua mangsa, ada antara mereka bukan jenis berambut atau memiliki mata merah?" tanya Iori.

   "Bila kau cakap tu, kalau Tak silap, ada tiga mangsa. Ketiga-tiga mereka takde rambut merah atau mata merah" kata Mitsuki mengingat kembali.

   "Maksud kau? Dia turut sengaja membunuh sesiapa yang memakai benda yang berwarna merah?" Teka Yamato.

Beginning Of The EndTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang