44

90 13 0
                                    

Riku duduk terperap di dalam bilik. Dia duduk di atas katil sambil memeluk kedua lututnya. Wajahnya pula ... dia rasa seperti baru kehilangan seseorang yang penting dalam kehidupannya. Iris matanya amat kosong tanpa kilauan. Wajahnya juga pucat. Bila-bila Masa dia akan terima serangan asma semula jika diteruskan begini.

Pintu biliknya diketuk. Ibu bapanya berada di hadapan bilik Riku. Jelas wajah mereka amat risau dengan keadaan anal mereka.

   "Riku sayang, janganlah buat mak risau. Keluarlah" kata ibu Riku.

   "Riku, marilah keluar. Kamu Tak makan apa-apa sejak semalam" kata ayah Riku pula.

Tiada jawapan dari Riku. Mereka semakin risau.

   "Macam mana ni? Riku Tak mahu keluar langsung. Macam mana kalau dia tiba-tiba jatuh sakit? Atau kena asma? Saya... Saya Tak mahu kehilangan seorang lagi" kata ibu Riku sedih.

Suaminya memeluk isteri tercintanya. Dia turut merasakan kerisauan kepada anaknya yang dia telah sayang sejak bayi.

   "Jangan risau. Abang pasti Riku akan dapat lepaskan dan terimanya satu Hari nanti" kata ayah Riku.

   "Abang, adakah kita buat keputusan yang salah?" tanya ibu Riku.

   "Kita lakukan untuk kevaikan keluarga kita. Walaupun Tenn sudah tiada tapi Riku masih ada bersama kita. Dia masih anak kita yang kecil. Kita Tak boleh puts asa" jawab suaminya.


Pada waktu malam, ayah Riku berjalan menuju ke bilik Riku dengan makanan. Dia mengetuk pintu bilik anaknya.

   "Riku, ayah bawa makanan kamu ni"

Tiada jawapan. Ayahnya hanya mampu mengeluh.

   "Ayah letak makan di hadapan pintu. Kamu makanlah"

Dia letak makanan di hadapan pintu Dan terus menunggalkan bilik. Wajahnya nampak menunjukkan risau Dan bersalah tapi dia perlu bertabah demi keluarganya.


Ibu Riku naik ke tingkat dua untuk ambil makanan Riku. Pada Masa yang sama, dia risau Riku masih Tak makan makanan yang dihantar tengah Hari tadi. Sudah hampir seminggu Riku Tak makan apa-apa. Sejak kepergian Tenn, Riku semakin menyendiri Dan Tak mahu makan atau bercakap dengan mereka.

Apabila dia tiba di hadapan bilik Riku, dia terharu. Pinggan yang terisi makanan sudah kosong.

Beginning Of The EndWhere stories live. Discover now