23

101 15 1
                                    

Shinano Dan Ichigo tiba di pantai. Di pantai itu, tiada sesiapa di situ tapi ia menjadi tempat yang bagus untuk berkelah. Ichigo sudah bawa karpet untuk duduk Dan bento. Riku pula bermain air di tepi pantai.

   "Shinano! Mari makan!" panggil Ichigo.

Riku berlari ke arah Ichigo Dan duduk. Ichigo mengeluarkan bento. Apabila dia muka, bento itu dihias dengan cantik. Shinano kagum melihat bento buatan Ichigo.

   "Wah, cantik!" puji Riku.

   "Mari makan" kata Ichigo.

   "Itadakimasu!"

Riku makan dengan selera. Ichigo pula tersenyum melihat adiknya makan dengan selera.

   "Ne, Ichi-nii. Kenapa bawa saya sahaja? Kenapa Tak bawa yang lain sekali?" tanya Riku.

   "Macam saya kata tadi, saya nak meluangkan Masa berdua dengan kau. Kau kemalangan dua bulan yang lepas Dan koma sepanjang Masa itu. Saya Hanya meluangkan Masa dengan kau di hospital sahaja. Sekarang, saya dapat luangkan Masa dengan kau di sini. Saya bersyukur" kata Ichigo.

Dia meramas kepala Riku. Riku pula rasa nostalgik. Dulu abang kembarnya selalu meramas kepalanya apabila dia buat abangnya gembira atau dia Cuba menenangkannya ketika sakit. Dia berasa rindu. Tapi...

   "Tapi saya Tak rasa saya masih lagi Shinano yang Ichi-nii tahu. Ichi-nii masih terima saya?" tanya Riku.

Ichigo terdiam sebentar sebelum dia tersenyum.

   "Mestilah saya akan terima kau. Kau tetap adik saya. Walaupun kau hilang ingatan, saya tetap akan jaga kau Dan sayang kau" kata Ichigo.

Riku gembira mendengar jawapan Ichigo tapi dia masih rasa susah Dan bersalah. Macam mana kalau dia tahu perkara sebenar? Dia masih akan menerima dia? Dia pasti akan mencari Shinano yang sebenar.

   "Shinano?"

   "Terima kasih, Ichi-nii. Saya rasa seronok Hari Ni" kata Shinano.


Selepas tiga hari, Touma sudah kembali ke Tokyo tapi dia masih belum bersedia untuk berjumpa dengan Shinano Dan Riku. Pening kepalanya memikirkan tentang mereka. Dia lakukan dengan baik sewaktu bekerja. Dia Tak mahu perkara ini menghalang kerjanya. Ada beberapa kali dia terbuat kesalahan tapi rakan pasukannya berjaya mencover kesalahannya.

ZOOL diberi cuti selama dua Hari. Rakannya sudah Ada plan mereka sendiri untuk meluangkan Masa. Touma pula... Dia masih memikirkan tentang masalahnya. Jika Riku yang sekarang berada dalam badan Shinano, menceritakan semua perkara sebenar kepadanya, adakah dia akan terima? Adakah dia akan memaafkan Riku selepas dia menipu dia selama Ni? Ada sebab ke dia rahsiakan? Adakah dia takut Touma akan bencikan dia? Adakah dia akan terus berlakon menjadi Shinano untuk selamanya? Terlalu banyak soalan dalam fikirannya.

   "Huh, apa aku nak buat sekarang?" tanya Touma sendirian.

Dia sekarang berada di taman bersebelahan dengan sungai. Dia ingin mengambil angin untuk Cuba menenangkan diri.

   "Sedapnya angin... Macam waktu tu..."

...

Touma menangis di bangku taman. Dia baru sahaja selesai dengan pengebumian ibunya selepas ibunya tewas dengan kanser. Dia menangis dengan teresak-esak. Sekarang dia sudah tiada sesiapa.

   "Touma"

Touma melihat Riku berdiri di hadapannya.

Beginning Of The EndWhere stories live. Discover now