51

51 7 1
                                        

Riku duduk di kerusi roda sambil melihat pemandangan langit dia luar tingkap. Melihat keadaan dia sekarang, mengingatkan dia sewaktu dia selalu ditahan did hospital sebab penyakitnya. Tidak kisah pada hari ulang tahun, Tahun Baru, Hari Natal atau mana-mana hari yang penting. Riku sentiasa terperangkap di bilik hospital. Kerana dirinya take mampu menahan dengan sesuatu yang mudah, badannya akan senang jatuh sakit. Begitulah kehidupannya ketika dia Masih kanak-kanak.

Dia selalu berseorangan dia dalam bilik itu. Setiap pagi, lepas bangun, dia akan diperiksa oleh doktor, makan ubat Dan hanya perlu berehat sahaja. Dia rasa bosan. Pernah beberapa kali dia lari Dari bilik sebab dia terlalu bosan. Akhirnya, penyakitnya serang Dan terpaksa ditahan di hospital lebih lama.

Ibu bapanya terlalu sibuk dengan kerja Dan tak selalu datang melawat Riku. Yang selalu datang setiap kali walaupun dia mampu keluar bersama kawan, abangnya, Tenn memilih untuk menemani Riku. Dia tak mahu Riku berasa keseorangan langsung. Ia memori yang amat menyenangkan.

Riku mengeluh. Lepas kejadian di rumah Shinano, Riku semakin hilang harapan dengan Tenn. Mungkin dia memang risau dengan keadaannya tapi cara dia ingin menyelamatkannya sukar untuk diterima. Dia tak sangka Tenn sanggup buat begitu. Ia bukan cara dia. Bukan cara Nanase Tenn.

   "Kujo... Tenn... Heh. Dia dah tukar nama dia kan? Buat apa dia ambik berat pasal aku lagi" kata Riku.

Pintu bilik diketuk. Ryo datang ke biliknya.

   "Ryo-san" panggil Riku.

   "Riku, macam mana keadaan kau?" tanya Ryo.

   "Rasa lebih baik sekarang" jawab Riku.

   "Bagus. Riku, kau nak jumpa Touma? Dia mesti gembira jumpa kau" kata Ryo.

   "Ya. Aku nak jumpa dia" kata Riku.

   "Mari pergi. Touma dah tunggu"

Ryo menolak kerusi roda Dan bawa Riku menuju ke bilik Touma.

   "Ichigo-san Dan Shinano mana?" tanya Riku.

   "Mereka kata mereka balik dahulu. Haruka, Torao Dan Minami pun dah balik. Aku suruh mereka berehat dulu. Mereka dah penat hadapi semua ni. Kali ni giliran Aku jaga korang" kata Ryo.

   "Boleh ke Ryo-san jaga kami berdua serentak?" tanya Riku.

   "Tak kisah. Yang pasti Aku takkan lepaskan kau berdua lagi. Aku tak mahu berpisah Dari korang lagi" kata Ryo.

   "Ryo-san"

Ryo berhenti. Dia berjalan ke hadapan sebelum melutut di hadapan Riku. Dia memegang tangan Riku.

   "Riku, sejak Aku bertemu dengan kau. Aku tahu, kau mungkin adalah cahaya kehidupan bagi Aku Dan Touma. Touma sedih kehilangan ibunya Dan Aku turut sedih kehilangan adik kesayangan Aku tapi sejak kau ada, Aku rasa ketenangan Dan Masih dapat teruskan hidup. Touma juga. Dia juga Masih ada di sini sebab kau, Riku" kata Ryo.

Ryo menggenggam kuat. Dia amat berterima kasih kepada Riku sebab muncul di hadapannya Dan memberi cahaya kepada dia Dan Touma daripada terperangkap dalam kegelapan. Riku juga yang menghancurkan sangkar Touma daripada dia terus terperangkap seperti seekor burung dalam sangkar tanpa melihat langit biru.

   "Ryo-san... Saya yang sepatutnya berterima kasih kepada Touma Dan Ryo-san. Saya selalu terperap di hospital seorang diri. Kadang-kadang, abang Aku akan datang melawat selepas sekolah. Bagi Aku ia tak cukup. Aku mahu orang lain bersama Aku. Lepas bertemu dengan Touma, Aku rasa sangat gembira. Toumalah satu-satunya kawan Aku. Dia selalu menjaga ibunya walaupun dia sedih Dan rasa terbeban"

   "Ryo-san pula. Ryo-san menceriakan lagi sekeliling Aku. Walaupun Ryo-san kadang-kadang pelik tapi Aku suka sikap tu. Aku patut ucap terima kasih sebab muncul dalam kehidupan Aku, Ryo-san" kata Riku.

Beginning Of The EndTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang