"Alamak. Saya tiba pada masa yang tak sesuai ke?"
Mereka pandang dan melihat Presiden Takahashi berdiri di pintu bilik.
"Takahashi-san"
"Presiden"
"Saya datang untuk melawat tapi nampaknya kamu ada tetamu sekarang" kata Presiden Takahashi.
"Kenapa Presiden ada di sini?" tanya Riku.
"Semua ahli Idolish7 hantar ucapan untuk kau, Riku-kun" kata Presiden Takahashi.
"Semua..."
Riku senyum gembira.
"Selamat bertemu, Kujo Tenn-kun. Saya Takahashi Otoharu, Presiden Idolish7"
"Idolish7... Takahashi..."
SHinano menyorok di belakang Ichigo. Dia sebenarnya takut bertemu dengan Tenn lepas kejadian sebelum ni di rumahnya. dia masih ingat lagi betapa takutnya dia apabila dirinya, ketika dia berada di dalam badan Riku tiba-tiba cuba dibawa pergi oleh Tenn secara paksa. Jika Riku tak menghalangnya, dia tak tahu apa yang perlu lakukan selepas itu. Tenn yang ada di depannya menunjukkan riak wajah yang sama.
"Dia menakutkan" kata Shinano perlahan.
"Kau"
Shinano tersentap. Tenn menjeling kepadanya.
"Kalau kau tak menghalang aku waktu tu, aku dah lama bawa Riku keluar. Waktu tu kau berani menghalang aku. Sekarang kau takut macam anjing lemah" kata Tenn.
Shinano genggam baju abangnya ketakutan.
"AKu dah kata jangan ganggu dia! Kau yang salah sebab pecah masuk ke rumah aku dan buat hal! Sebab kau juga dah mencederakan adik aku!" kata Ichigo.
"Hurm, betul ke?" tanya Presiden Takahashi.
"Tsk!"
"Tenn-kun, kamu terlalu biadap. Kamu perlu jaga adab ketika dalam hospital" kata Presiden Takahashi.
"Kau siapa nak nasihatkan aku?"
"Aku kata dengan baik. Jangan buat aku melepaskannya" kata Presiden Takahashi.
Matanya yang sering tertutup dibuka sambil menjeling ke arah Tenn. Tenn kalah dengan jelingan itu.
"Baliklah, Kujo Tenn. Kau tak perlukan di sini. AKu akan jaga Riku" kata Ichigo.
"Riku! Tolonglah! AKu abang kau! Kau tak boleh lupakan aku terus macam ni!" kata Tenn.
Dia masih tak mahu putus asa. Riku tak menjawab malah tak memandang langsung ke arah Tenn.
"Pergilah. Aku taknak tengok muka kau lagi" kata Riku.
Terhenti jantung Tenn. Taknak tengok mukanya lagi? Riku betul-betul bencikannya sekarang? Kenapa?
"Riku..."
"Pergi!"
Tenn sentap dengan jeritan Riku. Riku tak pernah meninggikan suara kepadanya.
"... Baiklah... AKu pergi"
Tenn terpaksa mengalah. Dia berjalan keluar dari bilik. Sekarang tinggal Presiden Takahashi, Ichigo dan Shinano sahaja dalam bilik bersama Riku. Lepas Tenn pergi, Riku mula terbatuk kasar dan terasa sesak nafas.
"Riku! Panggil doktor!"
"Baik!"
Shinano berlari keluar dari bilik untuk memanggil doktor.
YOU ARE READING
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...