3

162 16 1
                                    

Malam itu, sekali lagi Shinano tak dapat tidur. Entah kenapa dia tak boleh tidur padahal sudah lebih tengah malam. Penghuni lain sudah nyentak tidur di alam mimpi. Beberapa jururawat masih berjaga dan menjalankan tugas mereka sepanjang malam. Shinano masih baring di katil tapi masih tak boleh tidur. Dia ambil keputusan untuk berjalan ke balkoni untuk ambil angin.

Shinano duduk di balkoni sambil memandang pemandangan malam. Dia melihat lampu jalan bersinar di bandar. Masih ada beberapa kenderaan yang memandu di jalan raya walaupun sudah lebih tengah malam. Angin malam meniup ke kulit Shinano menyebabkan dia meremang kesejukan. Dia mula berasa menyesal sebab tak pakai baju hangar. Mungkin betul kata Ichigo, dia memang tak suka berasa sejuk.

Dia terpaksa pulang ke bilik lepas tak than sejuk. Dia berjalan pulang ke bilik sebelum dia berhenti. Dia berhenti di hadapan pintu bilik yang dia singgah sebelum ni.

Bilik 395, Nanase Riku.

Nanase... Riku... Dari mana dia dengar nama tu? Ia bukan nama yang janggal bagi dia tapi dia tak tahu dari mana dia dengar nama tu.

   'Riku!'

Shinano terkejut apabila dia terdengar seseorang memanggil nama tu. Suara siapa tu? Dia melihat sekelilingnya. Kosong. Tiada sesiapa yang lalu di situ. Siapa panggil nama tu?

   'Riku!'

Lagi sekali! Siapa tu? Shinano memegang kepalanya sebab nama tu dipanggil dalam kepalanya. Panggilan itu terus-menerus tanpa henti. Dia tak boleh than sehingga terbaring. Panggilan itu masih didengari. Hentikan! Dia mahu ia berhenti. Dia tak mahu dengar suara tu.

.
.
.

Shinano sedar dari tidurnya. Dia melihat seorang jururawat berada di sebelahnya, sedang menulis sesuatu pada kertas sebelum dia menatap matanya. Wajahnya menunjukkan dia gembira melihat dia bangun. Kenapa?

   "Baguslah! Awak dah sedar" kata jururawat.

   "Apa... sebenarnya terjadi... pada saya?" tanya Shinano.

   "Ada orang jumpa kau pengsan di kaki lima. Awak dah tidur selama tiga hari" jawab jururawat.

   "Tiga... hari?"

   "Kamu berehat dulu. Saya panggil doktor"


Ichigo berlari masuk ke hospital. Sebentar tadi dia mendapat panggilan dari hospital bahawa Shinano sudah sedar. Betapa risaunya dia apabila dia mendapat berita Shinano pengsan tiga hari lepas. Dia terus berlari menuju ke bilik. Dia tak menghiraukan jururawat yang menjerit 'Jangan lari!'. Setiba di bilik Shinano, dia membuka pintu.

   "Shinano!"

Shinano sedang makan ditemani dengan seorang jururawat. Pernafasan Ichigo Naik turun lepas penat berlari. Dia terus ke arah Shinano dan memeluknya.

   "Ichi-nii?"

   "Jangan buat saya risau lagi" kata Ichigo.

   "Saya... minta maaf" ucap Shinano.

Ichigo menggeleng.

   "Tak. Kau tak bersalah. Saya minta maaf" ucap Ichigo.

Lepas berapa lama, mereka sudah bertenang.

   "Betul kau tak apa-apa?" tanya Ichigo.

Shinano mengangguk.

   "Sedikit sakit kepala tapi saya ok" kata Shinano.

   "Nasib baik. Saya terkejut dapat panggilan dari hospital hari tu kata kamu pengsan. Kamu pun mengalami demam panas tinggi" kata Ichigo.

   "Demam?"

   "Itu sebab kamu berjalan tanpa pakaian hangat bila keluar" kata Ichigo.

   "Macam mana Ichi-nii tahu?" tanya Shinano.

   "Jururawat yang berjaga malam tu bagitahu saya kamu duduk di balkoni pada waktu malam. Lain kali kalau nak keluar, bagitahu jururawat dulu dan pakai pakaian hangat sebelum keluar" bebel Ichigo.

   "Maaf. Lain kali saya tak buat lagi" kata Shinano.

.
.
.

   "Tetamu kita hari ni tak lain tak bukan, ZOOL!"
 
   "Hai, semua. Kami ZOOL!"

   "Kami berempat baru sahaja debut beberapa bulan lepas dan sekarang kamu mendapat perhatian semua peminat. Macam mana perasaan kamu?" tanya pengacara.

   "Kami percaya dengan kebolehan kami akan menambat hati peminat kami semua" jawab Haruka.

   "Haruka-kun, kamu sangat bagus dalam tarian. Kamu ada rival dengan sesiapa?"

   "Takde siapa sebab aku rasa aku yang terbaik" jawab Haruka.

   "Soalan untuk Minami-kun, kamu bukan sahaja menulis lirik tapi kamu juga seorang producer. Dalam umur yang sangat muda, macam mana kamu dapat menulis lirik?"

   "Saya selalu meluangkan Masa dengan buat lirik sebab saya dapat inspirasi dari seseorang" jawab Minami.

   "Siapa orang yang memberi inspirasi kepada kamu? Boleh kamu bagitahu macam mana pendiriannya?"

   "Maaf. Saya dah janji dengan dia untuk tak bagitahu apa-apa pas dia" kata Minami.

   "Ah, rugilah kalau macam tu tapi privacy dia penting. Seterusnya! Torao-kun, kebelakangan ni kamu mendapat banyak panggilan dari mana-mana company untuk menjadi model mereka. Kamu ada bentuk badan yang cantik dan seksi. Macam mana kamu jaga badan kamu?"

   "Saya selalu jaga makan dan selalu membuat latihan" jawab Torao.

   "Tipu. Baru sebentar tadi kau makan coklat" kata Haruka.
  
   "Oi! Jangan hocorkan!" kata Torao.

Semua penonton dan pengacara ketawa.

   "Soalan terakhir untuk Touma-kun, kamu tak pernah senyum kepada sesiapa walaupun dengan member kamu sendiri. Kamu tak pernah senyum ke?"

   "Aku cuma akan senyum pada orang yang penting sahaja" jawab Torao.

   "Oh, jadi ada orang yang penting bagi kau sekarang?"

   "Dia tiada di sini dan takkan datang langsung atau melihatnya" kata Torao.

   "Kenapa?" tanya pengacara.

   "Kawannya terlibat kemalangan dan dah koma lama. Sampai sekarang dia masih lagi koma. Bagi Touma, dia adalah orang yang penting macam keluarga" kata Torao.

   "Macam tu ke? Saya harap kawan kamu akan sedar. Baiklah! Sampai sini sahaja!"


   "Terima kasih!"
 
   "Kamu semua memang hebat. Lain kali kita buat program bersama sekali lagi" kata pengacara sebelum pergi.

   "Manager, lepas ni ada apa-apa lagi?" tanya Touma.

   "Torao ada shooting CM pada pukul 2 petang. Minami dan Haruka akan sertai radio dalam masa satu jam lagi. Touma pula, kamu takde apa sehingga pagi esok" kata manager.

   "Yeke?"

   "Kau nak pergi melawat dia ke?" tanya Torao.

   "Ya. Aku nak pergi sendiri" kata Touma.

Dia terus berjalan pergi meninggalkan kumpulannya.

Beginning Of The EndWhere stories live. Discover now