Riku berjalan menuju ke suatu bilik. Dia membawa pasu bunga kecil dengan sekuntum bunga. Dia berjalan dengan riang menuju ke bilik. Dia ingin melawat seseorang. Sekejap tadi, dia minta dari jururawat untuk memetik sekuntum bunga agar dia dapat beri hadiah. Riku berharap dia suka bunga yang dia bawa.
Riku tiba di hadapan pintu bilik. Mulanya dia rasa berdebar tapi dia cuba menenangkan diri Dan memberi senyuman. Dia membuka pintu Dan melangkah masuk. Di dalam bilik itu, ada seorang kanak-kanak berdiri di tepi tingkap sambil memandang ke luar tingkap. Dia Tak endah pun kehadiran Riku.
"Ohayo, Touma" ucap Riku.
Rupanya, Inumaru Touma adalah orang yang Riku datang melawat.
"Hari ni cuaca baikkan?" borak Riku.
Touma tetap diam.
"Saya bawa bunga baru. Saya harap kau suka" kata Riku dan menghulurkan pasu bunga itu kepada Touma.
Touma memaling Dan melihat bunga itu. Perlahan tangannya diangkat sebelum dia hancurkan bunga itu. Mukanya Riku terkejut tapi dia tahu, ini bukan bunga untuk Touma.
"Kau Tak suka ke? Lain kali saya bawa yang lain" kata Riku Dan melangkah keluar dari bilik dengan pasu bunga itu.
Pasu bunga itu dipeluk kuat. Dia melangkah keluar dari bilik Touma Dan berjalan jauh dari bilik sebelum dia melutut menangis.
"Touma...!"
Sebelum ni pun, dia bawa bunga yang berbeza tapi tetap dihancurkan oleh Touma selepas sekali pandang. Riku buntu.
Lepas berapa lama, Riku menyekat air mata dengan lengan bajunya.
"Tak boleh putus asa. Kena cari bunga tu sampai jumpa. Saya dah janji. Saya akan cari bunga tu" semangat Riku.
Setiap Hari, Riku selalu bawa bunga yang baru Dan tunjuk kepada Touma. Tapi sayangnya, kebanyakan bunga yang dia tunjuk bukanlah bunga yang dia inginkan. Setiap Hari, Riku sentiasa bertanya dengan jururawat tentang jenis buka malah membaca buku tentang bunga. Semua jenis bunga yang menandakan menenangkan hati juga, Tak mampu mengembalikan Touma.
"Huh..."
Roku mengeluh lagi. Dia duduk di bangku taman hospital. Dia Tak mampu nak fikirkan bunga apa lagi yang Touma inginkan.
"Kalau terus macam ni, sampai bila pun saya takkan jumpa bunga yang sesuai macam makcik katakan" kata Riku.
.
.
."Riku"
Riku dan Touma berada di bilik ibu Touma untuk menemaninya. Touma sudah ketiduran di kerusi lepas penat menjaga.

ANDA SEDANG MEMBACA
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...