Lama Shinano duduk di dalam pejabat Tsukumo Ryo. Sejak sejam yang lepas, Ryo keluar dari pejabatnya untuk mesyuarat. Dia hanya membaca buku sepanjang Masa untuk meluangkan Masa. Dia tutup buku lepas berapa lama dia menghadap buku. Shinano bangun dari sofa menuju ke pintu. Dia ingin ke tandas. Dia mengintai dari pintu untuk melihat jika secretary Ryo ada di meja. Malangnya, dia tiada.
"Macam mana ni? Ryo-san kata kena bagitahu dia kalau nak ke mana-mana" katanya sendirian.
Dia berfikir sejenak.
"Sekejap sahaja. Bukannya lama"
Shinano terus berjalan menuju ke tandas.
.
.
.Gaku berdiri di hadapan bangunan Tsukumo Company.
"Kenapa aku yang kena hantar?" tanyanya sendirian.
Dia hanya mengeluh. Dia memegang sampul bersaiz A4.
"Alang-alang Kat sini dekat dengan tempat kerja nanti, suka hati je suruh aku hantar Surat ni Kat orang ni" kata Gaku.
Dia melangkah masuk ke dalam bangunan.
"Macam mana diorang boleh salah hantar padahal dah ada alamat" bebel Gaku sebelum dia terlanggar seseorang sebab terlalu fokus pada Surat.
"Aduh!"
"Ah, maaf!"
Gaku terus Bantu orang yang dia langgar. Ia seorang lelaki, mungkin masih pelajar sekolah. Rambutnya bersurai merah crimson. Dia jugak memakai tongkat. Dia sakit ke?
"Kau Tak apa-apa?" tanya Gaku.
"Ya. Saya Tak apa-apa" jawab Shinano.
"Capai tangan aku. Aku tolong kau bangun" kata Gaku dan hulurkan tangannya kepada Shinano.
"Terima kasih" ucap Shinano.
Shinano capai tangan Gaku. Gaku terkejut berapa kurusnya tangan Shinano. Dia bangun sekali dengan tongkat.
"Maaf. Aku Tak perasan kau berjalan Kat depan" kata Gaku.
"Tak. Saya Tak apa-apa. Saya pun Jalan agak lambat" kata Shinano.
"Kau... sakit ke? Kau pakai tongkat. Rasanya bukan patah kali" kata Gaku.
Dia meneliti Shinano. Shinano pula agak Tak selesa apabila Gaku melihat dia dengan mata dia yang tajam.
"Kau pun nampak kurus dan muka kau pucat" kata Gaku.
"Ah, itu..."
"Riku-chan!"
Ryo tiba-tiba datang dari belakang Dan memeluk Shinano.
"Ryo-san!"
"Ke Mana kau pergi? Puas aku Cari kau" kata Ryo.
"Minta maaf. Saya tersesat" jawab Shinano.
"Riku? Mungkin ke kau kawan Touma yang koma lama tu? Riku tu?" tanya Gaku.
"Eh? Er, ya. Selamat berkenalan" ucap Shinano.
"Kenapa kau ada kat sini?" tanya Gaku.
"Er..."
Ryo tiba-tiba mencelah antara Gaku dan Shinano.
"Kau nak apa dengan Riku aku?" tanya Ryo.
"Hah? Aku takde apa dengan dia tapi aku datang sebab nak bagi Surat ni. Posmen tu tersalah hantar ke company kami" kata Gaku dan serahkan Surat itu kepada Ryo.
YOU ARE READING
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...