27

90 11 1
                                    

    "Shinano?"

   "Kau rasa kita akan terperangkap dalam badan Ni selamanya ke?"


Riku diam. Dia jugak Tak tahu jika dia dan Shinano akan terus berada dalam badan yang berbeza dengan kehidupan yang berbeza. Shinano masih lagi ada keluarga manakala dia sudah lama tiada. Dia Tak mahu walaupun dia gembira dapat merasai kehidupan keluarga semula.

   "Sejujurnya saya pun Tak tahu. Tapi saya pasti ada sesuatu yang boleh mengembalikan badan kita ni kepada asal. Saya pasti. Sangat pasti" kata Riku.

   "Riku Tak pernah rasa nak putus asa Kan" kata Shinano.

   "Mestilah! Tenn-nii selalu kata jangan... mengalah..."

Shinano keliru apabila Riku mula perlahan.

   "Kalau boleh saya berharap sangat saya takkan sedar langsung dari koma" kata Riku sambil memeluk kedua lututnya.

   "Kenapa?" tanya Shinano.

   "Saya dah takde siapa lagi. Mula-mula abang saya. Lepas tu mak Dan ayah meninggal lepas kemalangan. Saya rasa macam takde guna saya hidup lagi" kata Riku.

   "Riku..."

Shinano memeluk Riku.

   "Daijoubu. Saya pasti semua takkan apa-apa" pujuk Shinano.

   "Saya rasa bersalah sebab saya ambil kehidupan kau, Shinano. Mereka layan saya dengan baik Dan saya rasa bersalah untuk menipu mereka bahawa saya adalah kau. Aku takut, Shinano. Aku takut mereka pula akan tinggalkan aku... Tak, bukan aku..."

   "Riku!"

Riku memandang ke arah Shinano. Shinano menekup muka Riku.

   "Semua takkan apa-apa! Mereka takkan tinggalkan kau! Saya pun takkan tinggalkan kau! Sama jugak dengan Touma! Saya pasti!" kata Shinano.

   "Jadi, jangan nangis"

Shinano hapuskan air mata Riku dengan jarinya.

   "Rasa pelik tengok muka saya sendiri yang kata begitu" kata Riku.

   "Jangan buat lagi lepas ni. Saya pun malu tengok muka saya menangis" kata Shinano malu.

   "Baik~"

Mereka diam sebentar.

   "Terima kasih. Saya rasa lega sekarang" kata Riku.

   "Ya..."

Touma sudah dengar segala luahan Riku. Dia Tak boleh tahan untuk tasa marah pada Kujo Tenn. Tergamak dia meninggalkan Riku!

.
.
.

   "I'm back!"

Magi berjalan masuk ke dorm.

   "Okairi, Nagi" ucap Mitsuki.

   "Hai, Mitsuki! Saya ada surprise nak bagitahu pada Mitsuki Dan yang lain" kata Nagi.

   "Surprise?" tanya Yamato.

   "Nak bagitahu pada kami?" tanya Sougo.

   "Aku harap ia bukan pasal Cocona..." kata Mitsuki.

   "Yes! Barangan limited Cocona..."

   "Kalau macam tu aku taknak dengar!" marah Mitsuki.

   "Oh, Mitsuki. Saya cuma bergurau sahaja. Ia bukan pasal Cocona" kata Nagi.

   "Jadi, pasal apa, Rokuya-san?" tanya Iori.

Tamaki hanya makan puding sahaja tapi telinga terpasang untuk mendengar apa yang Nagi ingin sampaikan.

Beginning Of The EndWhere stories live. Discover now