"Red... Blood..."
Dia tersenyum. Benar. Dia adalah Red Blood. Pembunuh bersiri yang pihak polis sudah mencari bertahun lamanya. Sekarang dia berdiri di hadapan Touma.
Lelaki di sebelahnya semakin takut lepas dia dapat tahu siapa lelaki itu. Sekarang mereka Tak boleh nak melepaskan diri.
Red Blood mengambil sesuatu dari poketnya sebelum lempar ke lantai. Ia adalah sebuah pisau lipat. Mereka bingung kenapa dia lemparkan pisau itu sehinggalah lelaki di sebelahnya berkata.
"Kau nak kitaorang bunuh salah seorang dari kami dan salah seorang tu akan Selamat?" teka lelaki itu.
Dia mengangguk. Melihat anggukan kepala, lelaki itu cepat-cepat ambil pisau itu dan menghala ke arah Touma.
"Oi, apa kau buat?"
"Aku nak hidup! Aku taknak mati! Lebih baik kau mati je!"
Lelaki itu terus menyerang Touma. Touma mengelak. Dia cuba melarikan diri tapi bilik itu terlalu kecil Dan sempit, dia Tak boleh nak jauhkan diri.
"Jangan lari, bodoh!"
Lelaki itu menghayun pisau dan ia kena pada lengan Touma. Touma tersandung dan dia terus jatuh ke lantai.
"Ittai!"
"Akhirnya... Aku dapat kau... Kau jangan salah Kan aku. Aku cuma nak hidup sahaja. Aku masih ingin hidup. Lebih baik kau je yang mati!"
Lelaki itu mengangkat pisau ke atas dan bila-bila Masa, dia akan menikam Touma. Touma Tak mampu nak buat apa selain menutup mata.
Kenapa tiada rasa sakit? Dia dah mati ke?
Perlahan Touma membuka matanya. Dia ingin melihat jika dia telah pun ditikam atau dia sudah berada di dunia lain. Terbeliak matanya melihat apa yang sebenarnya terjadi di hadapannya.
Lelaki itu masih teguh berdiri tapi banyak darah keluar dari mulutnya. Dia belakangnya, ada Red Blood. Dia tersenyum lebar.
"Ke... a..."
Red Blood menikamnya berkali-kali. Touma Tak boleh nak bergerak langsung. Dia terlalu takut. Mungkin dia pula yang akan menajdi mangsanya yang seterus. Tindakannya lebih mengejutkan lagi. Dia hanya mencapai kedua-dua tangan Touma Dan mencelupnya pada lopak air darah itu.
"Merah..."
Dia juga mencomotkan wajah Touma dengan darah.
"He he he... Cantik... Merah..."
Touma terdiam. Tak tahu berapa lama dia mendiamkan diri sebelum seseorang menggerakkan badannya.
YOU ARE READING
Beginning Of The End
FanfictionCerita lain yang saya buat ni pun fanfiction. Ia kaitan dengan Idolish7 dan Touken ranbu. Just ambil nama wataknya. Jalan cerita semua idea sendiri. Tak tahu best atau tak, just baca. Ia bukan action atau lawan-lawan. Just cerita kehidupan biasa. Ak...